HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, August 23, 2017

The Facts About Us, Human.

Bismillah.

Assalamualaikum & Hi everyone.

Want to know the facts about as a human? See whether those facts are correct or not.


1. Closing your eyes help you to remember things.
2. It takes 66 day to form a habit.
3. First impressions can be changed by spending more time with the person.
4. Of the 5 senses, smell is most closely linked to memory.
5. Daydreamers are more likely to have dreams and remember them.
6. Writing down a list of things tht you are grateful for each day can really brighten it up.
7. People in love have similarities with people with OCD.
8. Studying in 30-5- minute intervals with 10 minute break in between is the most effective way to retain information.
9. You emotionally bond to the person you sing with.
10. You are not one person but three; the one you think you are, the one others think you are, the one you REALLY are.

XOXO,
sheayang

Monday, August 21, 2017

Lazada + Photobook = Happy Face :)


Bismillah.

Assalamualaikum & Hi everyone.

Pagi tadi dapat call dari courier service, tanya mana nak hantar parcel. Pelik juga mula-mula sebab rasanya tak ada beli barang online.

Pelupa sangat, kan?

Rupanya parcel dari Photobook. Eh, terseronok tanpa sengaja. Mesti la seronok sebab ada kisah di sebalik cerita Photobook ni.

Punya la kejar deal RM2 ni dekat Lazada masa Happy Hour. Orang lain dah buat Photobook ni beribu-ribu kot, aku je yang terhegeh-hegeh baru nak mula. Maluuuu...

Confident je aku masuk dalam cart. Dan check out. Walaupun fulus paras-paras je time tu, dek kerana Happy Hour tu aku grab juga 3 sekali. Tamak!

Phexcited!
A few days later, baru Photobook emailkan voucher untuk redeem kat website. Bila korang dah design photobook memasing dan check out, masa tu la nak guna voucher code tu.

Dua je?
Seronok weh main design-design cuma mak-mak macam aku ni kena berperang dengan masa je la. Nasib baik voucher tu valid 3 bulan. Aku beli masa mid May hari tu. A few days sebelum expired baru aku redeem. Punya la lembab. Hihihi. #MakRedho

Dua je aku redeem sebab masa nak redeem photobook ke-tiga, balance dalam akaun tak cukup pula. Berhuhu jela mengadap M2U. Cuba dekat bank satu lagi pun nan hado. Sedih time tu mengenangkan RM2 yang dibuang sia-sia. Hahaha.

Sweet, kan? Hahaha

Photobook #1

Aku rasa sebab rezeki anak-anak, tiba-tiba ada duit masuk sehari selepas aku redeem 2 buku tu. Alhamdulillah, maka segera la aku redeem buku yang ke-tiga iaitu buku yang penuh dengan gambar aku. Hahaha. Tapi belum sampai lagi la, kan.

Photobook #2
Buku no. 1 aku letak gambar dari zaman bercinta sampai dah beranak 1. Buku no. 2 adalah buku Maryam. Tadi aku bagi dia pegang, asyik dok belek-belek je buku tu. Apa dia ingat lawa nau ke dia? :p



Masa check out dekat website Photobook, kena bayar lagi RM10.49 untuk courier service dan GST. Pejam mata je la bayar. Pengalaman ini semua.

Kena paksa sebenarnya :)
Sebenarnya bukanlah happy sangat tapi teruja sebab dapat tengok muka sendiri dibukukan. Fefeeling Fattah Amin & buku 99 kata-kata apa entah *sorry patah, ai tak ingat tajuk buku yu!*

Lagi setahun baru riki-riki lagi untuk buat buku adik Mizwar pula.

Sekian.

XOXO,
sheayang

Monday, July 31, 2017

Bayview Hotel Langkawi - Favourite Holiday Port

Bismillah.

Assalamualaikum and Hi everyone.

Sedar tak sedar, hujung tahun semakin mendekati. Apa yang best pasal hujung tahun?

Mesti la cuti sekolah. Walaupun mak-mak tetap kena kerja, wajib ambil cuti hujung tahun untuk bawa anak jalan-jalan. Atau untuk kita sendiri yang nak de-stress dari workload yang takkan pernah padam itu. Hihihi.

Bila sebut je pasal holiday, tempat yang terbayang kat dalam kepala otak ni dah tentu-tentu kawasan pulau, ada pantai, angin sepoi-sepoi bahasa meniup muka. Perghhh... Rasa tenang kot.

Langkawi is my favourite holiday spot. Sebab apa? Bukan sebab nak jumpa kekasih lama tapi banyak sebab kenapa Langkawi jadi pilihan.

Aku dah pernah ke Langkawi 2 kali tapi masih belum jelak dan terasa nak pergi lagi. Ye la, hantu coklat, kan? Sejak jadi mak-mak ni belum lagi jejak pulau tu untuk beli pinggan mangkuk. Kalau ada peluang kali ni, harus la mak borong segala pinggan mangkuk yang up-to-date. Banyak je tempat menarik untuk dilawati kat Langkawi ni. Pergi sekali memang kena repeat sebab bukan semua tempat kita sempat nak terjah.

Paling teringin nak cuba tanam padi kat sana. Mana la tau, tangan yang panas ni tiba-tiba jadi sejuk bila sampai di bumi Langkawi, kan. Aku suka je tengok kehijauan. Eh, tetiba.

Part paling penting sebelum bercuti adalah survey hotel. Kalau tak survey awal-awal, mungkin harga jadi mahal, mungkin juga hotel tu penuh. Tak pasal-pasal tidur tepi jalan pula. Kalau setakat makan tepi jalan, orang tak hairan sangat lagi. Kan kan kan.

Hari ni terasa nak share pasal hotel yang best bukan dari segi harga je tapi dari segi facilities juga. Dan yang penting harus selesa.

Front view

Hotel itu diberi nama Bayview Hotel Langkawi. Jarak dari Airport Langkawi dalam 13km bersamaan 25 minit kalau drive. Jarak dari Terminal Feri pula 3km, kalau drive 5 minit je dah sampai. Dekat sangat, kan. Tapi aku lebih suka travel by ferry. Adventure sikit. Lepas tu dapat tengok pemandangan yang mendamaikan.


Lets cemporo

Kemudahan parking disediakan percuma untuk guest. Dah tak payah nak pening-pening kepala nak bayar parking mahal ke apa. Nak keluar masuk hotel buat macam hotel sendiri pun tak de hal la. Kolam renang disediakan untuk aktiviti riadah terutama yang datang dengan famili yang ada anak-anak kecil. Kalau tak dapat nak keluar, boleh je buat aktiviti dalam kawasan hotel. Terjun la pada bila-bila masa yang korang suka. Tapi kalau nak terjun tiruk tu, pandang kiri kanan sikit ye.

Gimnasium

Spa

Abam-abam sado yang takde masa nak workout lepas kerja, boleh la workout sambil bercuti. Hotel ni memang sesuai untuk korang juga tau!


Makanan dan bercuti tak dapat dipisahkan. Camner nak berjalan kalau takde energy,kan? Jadi, memang kena makan banyakkk... Pasal makan pula, tak payah risau. Hidangan semua tip top kat sini. Nak makan Chinese food ke, Western food ke, you just name it. Chewahhh... Bila perut kenyang, hati senang, boleh berjalan dengan riang.

Untuk pengetahuan korang,Hotel Bayview Langkawi ni merupakan salah satu skor lokasi yang terbaik di Pekan Kuah. So, memang no wonder la kalau hotel ni termasuk dalam senarai hotel yang bakal korang menginap nanti.

Ada lagi point yang aku belum sentuh?

Dah tentu la ada. Point yang paling korang tunggu-tunggu. BILIK hotel? Dah tentu bilik skor baik, condition bilik pun baik. Nak tergolek terlentang bersama keluarga tersayang atau kawan-kawan memang selesa. Kalau balik dari berjalan, letak je kepala atas bantal, confirm lelap. Gittew. Hihihi. Wifi disediakan secara percuma di setiap bilik. Bila-bilik nak upload gambar tu senang la. Di hujung jari je semua. Ruang bilik air pun selesa untuk korang membersihkan diri. Susunan bilik yang teratur dan sangat mementingkan kebersihan adalah keutamaan hotel ni. Kemudahan lain yang terdapat dalam hotel ni termasuklah peti sejuk, air cond, televisyen dan sebagainya.



Apa lagi yang korang nak?

Pelayan hotel semua baik-baik dan ramah serta cekap dengn tugas masing-masing. Jadi bila dah macam tu, layanan kepada tetamu semestinya first class! Kalau ada yang kurang tu, bagitau je. InshaAllah diorang akan perbaiki dari masa ke semasa sesuai dengan kehendak dan permintaan pelanggan.

Dah tu, nak tunggu apa lagi? Jom plan pergi Langkawi, dan tempah hotel ni di Traveloka!

xoxo,
sheayang

Wednesday, July 26, 2017

Cara Tukar Blogger Primary Email Address

Bismillah.

Assalamualaikum and Hi everyone!


Rasanya dalam sebulan dua ni tidur tak nyenyak mengenangkan nasib blog ni. Sadis teruk ni. Email punya hal, rasa nak delete je segala socmed yang ada. Semakin celaru.

Dalam usaha cuba meng'standardize'kan agar nampak lebih kemas dah teratur. Tapi yang pasti blogpost tidak akan didelete. Sayang tu. Kenangan muda remaja terpahat di situ. Lantak la nampak tak senonoh ke apa. Bak kata otai 'blog aku, suka aku la nak tulis apa'. Gittew. Asalkan berpada-pada la dalam menulis. Jangan tulis yang bukan-bukan, lepas tu kena viral, kena kecam lagi, haaa, siapa nak jawab? Salah sendiri, kan?

Eh, terpanjang pula mukadimah saya hari ni.

Sebenarnya, ada beberapa sebab kenapa kita nak tukarkan primary/login email address ni.

♥ Selalunya, kita create blog dengan email id yang tak kena. Macam kes aku la ni. Email emily[dot]ivani[at]gmail[dot]com, tiba-tiba blog sheayang.blogspot.my pula. Orang akan jadi confused di situ. Ini juga la sebab utama kenapa aku nak sangat tukar email address.

♥ Kalau tujuan kau buat blog to earn money, mesti ada apply dekat Nuffnang ke Google Adsense ke atau mana-mana affiliate marketing. Dan bila kau guna email yang berbeza untuk log in blog dengan website berkaitan, akan timbul masalah di situ.

♥ Bila kau ada banyak blog dan susah nak manage dari email id yang berbeza. Jadi, boleh ubah email id untuk terus manage blog-blog itu dengan menggunakan satu email id sahaja. Senang, kan?

Jadi, mari saya ajarkan cara-cara nak tukar login email address untuk blogger kepada anda.

1. Buat email id baru seperti yang anda mahu.

2. Log in ke akaun blogger menggunakan email id sedia ada.

3. Di Blogger Dashboard, cari Settings > Basic. Kemudian, cari Permissions dan anda akan nampak Blog Authors.



4. Klik pada Add Authors dan send invitation pada email id baru anda.

5. Log in email baru anda dan accept invitation berkenaan.

6. Bila invitation telah diterima, anda akan nampak email id baru sebagai Author. Anda boleh tukar role dari Author ke Admin. 

 

7. Log in blogger menggunakan email id yang baru. Anda akan nampak email id anda dengan kuasa Admin. Anda boleh remove email id yang lama dengan menekan butang X.

8. Settled! Jadi sekarang apa-apa yang berkaitan dengan blog, aku guna email id baru > sheayang86[at]gmail[dot]com. Hihihi.

Dah boleh nyenyak la tidurku nanti.

Sekian.

Sumber :  Ankit Singla

xoxo, 
sheayang