HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, June 27, 2022

Prenatal Massage Experience at Thai Odyssey

 

Assalamualaikum & Hai semua,


Ini bukan paid review, dan aku bayar servis mereka dengan duit sendiri.

Dah lama teringin nak berurut masa mengandung. Sebab biasa la masa mengandung ni, semua anggota badan nak sakit terutama pinggang dan kaki. Ye la, mana nak support kandungan, nak support berat badan yang naik lagi.

Susah juga nak cari tempat yang offer prenatal massage ni. Kalau ada pun, di luar kawasan keberadaan aku.

Pada awalnya, ingatkan nak buat reservation online je tapi sebab urutan untuk wanita mengandung takde dalam online package, so aku agak ragu la. Kebetulan hari Sabtu, aku balik Seremban, singgah la dekat Thai Odyssey Seremban Gateway punya outlet dan front desk tu explain everything pasal pakej untuk pregnant ladies. Malangnya, aku lupa nak snap dan ingat nama pakej tu. Huhuhuhu. 

Disebabkan aku lupa, aku bagi la nama Prenatal Massage Package. Sesuai untuk ibu mengandung yang berada dalam 2nd trimester atau 4-8 bulan mengandung. Kurang atau lebih biasanya mereka tak galakkan. 

Aku hampir nak batalkan untuk ambil pakej tu sebab kandungan dah 32 minggu bersamaan 8 bulan, tapi bila tanya terapis dan dia kata boleh, then aku book appointment je la terus. Nasib tak berapa baik sebab aku ingat nak try kat outlet Seremban Gateway tu since tempat baru dan nampak selesa tapi slot penuh pula. Yang ada kosong hanya di Aeon Mall S2. Disebabkan nak sangat berurut, aku pun on je la. 

Pakej ni ambil masa 90 minit.

Slot aku jam 10.30 tapi aku terlewat sikit sebab nak cari parking, parking yang dekat dengan pintu masuk. Huhuhu. Padahal lepas tu kena jalan jauh la juga nak sampai ke outlet.


Bila dah sampai, front desk terus greet aku. Explain the details again dan minta aku tunggu sebab terapis pergi toilet. Oh ya, payment before service ye. Dan aku bayar pakai card. Nasib juga diorang prefer payment by card. Malas nak pegang cash.

Total before tax RM218.00 and after tax jadi RM231.10.

Best ke?

Sumpah rasa lega lepas berurut. Terapis tak tekan kuat sangat sebab kita pregnant which is okay la. Puas hati. Layanan dia pun memang tip top dari saat diorang pakaikan selipar untuk korang sampai la dia hidangkan air sebelum habis sesi berurut.

The ambiance pun very calm dan tak lupa dia ada guna essential oil nama Soothe yang aku kira very gentle to my skin dan sangat sesuai since aku ada eczema, kan. One whole day tu aku tak menggaru. Rasa nak call je TO dan beli EO tu. Hahaha.

Apa bezanya prenatal massage ni dengan thai massage atau full body massage?

First, urutan dia tak sekuat thai massage (bagi aku la). Ada pressure point yang terapis tak tekan sebab kita mengandung, kan.
Kedua, kita berurut dalam keadaan mengiring, bukan meniarap.
Ketiga, yang pasal essential oil tu la.
Keempat, jangkamasa urutan memang fix 90 min.

Berbaloi ke?

Bagi aku, ya, sangat berbaloi. Memang mula-mula rasa mahal. Tapi anggap la itu self reward untuk diri sendiri. Kalau suami nak sponsor, jangan tolak pula. Terima je tanpa rasa ragu-ragu. :p

Aku memang recommend pregnant ladies untuk try berurut kat sini sebab selesa dan rasa dihargai, tiberrr.

Share tempat korang selalu berurut pula.

xoxo,
sheayang

Post a Comment