HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, November 25, 2019

Giveaway Akhir Tahun by HasrulHassan.Com


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Hujung-hujung tahun ni bloggers dok buat giveaway, kita pun join la. Yang buat giveaway kali ni bukan kaleng-kaleng tau, sifu dalam dunia blogging ni.

Aku dan dia bukan saudara walaupun nama bapa tu sama. Hihihi. Aku tak ingat sejak bila aku kenal dia tapi lama juga dah sebelum ada blog yang sekarang. Masa sibuk blogger boleh buat duit tu aku dah start google dah dan tersangkut pula dekat blog dia, tu yang follow je setiap entri yang dipublish.

Kalau pergi blog dia tak cukup sehari nak baca semua artikel bermanfaat yang sudi dikongsi. Part yang aku suka for sure la 'Tips Blog' sebab aku kan noob pasal blogging ni. Cara penulisan dia sangat kemas dan blog dia sangat ringan. Kejap je dah boleh buka. Serius jealous la. Ni nak buka blog sendiri pun loading, padahal merepek je banyak. :P

Haaaa, korang nak tunggu apa lagi? Klik banner di bawah untuk join. 

Hadiah pun superb weh!


Good luck untuk korang. Dan untuk aku juga!

xoxo,
sheayang

Tuesday, November 12, 2019

Suntikan Anti Tetanus (ATT) Untuk Ibu Mengandung

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Setelah sekian lama nak tulis tentang Suntikan Vaksin Anti Tetanus ni, baru kini rasa rajin nak update draft yang bersusun.

Untuk ibu-ibu baru, mesti tertanya-tanya Tetanus tu apa? Apa fungsi vaksin ni? Sakit tak? Kalau tak inject tak apa ke? Macam-macam benda dalam kepala otak , kan. :P

Sama la saya pun walau sudah 3 kali mengandung pun akan tetap query benda yang sama. Tapi oleh kerana prosedur, kita ikutkan saja. Dalam masa yang sama perlu tanya tentang keperluan suntikan ni. Saya rasa ada tertulis dalam Buku Pink yang diberi. Cuba check. ;)

Photo by Amornthep Srina from Pexels

Apa itu Tetanus?

Tetanus dalam bahasa mudahnya dikenali sebagai kancing gigi. Penyakit ini disebabkan oleh racun Neurotoxin yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium Tetani yang biasanya terdapat di kawasan pertanian dan kawasan bertanah panas dan lembap. Kulit yang luka kerana objek tajam yang tercemar seperti jarum dan paku akan menyebabkan bakteria ini masuk ke dalam badan dan seterusnya merembeskan racun Neurotoxin itu. Racun ini akan menyerang sistem saraf manusia dan menyebabkan gejala seperti :

- Sakit kepala
- Demam & berpeluh
- Sawan
- Kekejangan otot
- Tekanan darah meningkat, degup jantung kencang

Kenapa ibu mengandung perlu ambil suntikan ini?

Ia adalah untuk mencegah jangkitan tetanus pada bayi melalui luka tali pusat yang dipotong dengan peralatan yang tidak disteril atau melalui luka episiotomi.

Walaupun suntikan vaksin anti tetanus ni sudah dianggap tidak relevan pada masa kini, kerana kita tahu rata-rata para ibu kini bersalin di hospital yang terjamin kebersihan serta peralatannya namun pencegahan awal tetap menjadi prioriti.

Kesan sampingan akibat suntikan

Kita sedia maklum yang setiap suntikan akan menyebabkan rasa sakit pada tempat yang disuntik. Jika ada kesan yang lebih teruk seperti nanah atau bengkak, sila rujuk semula ke klinik/hospital. Kesan lain adalah demam dan badan lesu. Kalau macam saya dulu, tangan akan rasa kebas dalam 4-7 hari.

Jumlah suntikan

Untuk kehamilan pertama, ibu akan menerima 2 suntikan; 1 suntikan pada trimester kedua biasanya, suntikan kedua diberi 2 bulan selepas dos pertama.
Untuk kehamilan kedua dan seterusnya, 1 suntikan dos booster akan diberikan.

Sumber : Sinar Harian, Wikipedia

xoxo,
sheayang