HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, July 19, 2019

Rutin Seorang #EczemaFighter Part 4

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Rasa seronok dapat share benda yang bermanfaat.

Masa aku draft part 1 tu, ekzema masih teruk. Tapi masa aku menghabiskan entry tu, Alhamdulillah, dah bebas ekzema. Harap tak datang lagi. :)

Sebenarnya, soal pasal ikhtiar ni, kita selalu nak ambil jalan yang cepat. Tanpa kita tahu ada hikmah sebalik kita diuji tu.

Aku tahu sepanjang aku berhadapan dengan ekzema, mulut aku sedikit jahat. Aku tak mampu nak pendam perasaan sebab bila aku pendam, hati aku sakit, jadi aku akan stress. Bila stress, ekzema menjadi-jadi la. Bukan bohong ye, ini realiti. Yang hadap je yang faham. Orang yang terdekat & tersayang pun mungkin tak akan faham dan seterusnya mengakibatkan perang. It's normal! Kalau kat tempat kerja pula, memang kau lagi stress bila orang push itu ini. Tapi cubalah sehabis baik untuk mengekalkan emosi rasional itu.


Emosi sangatlah harus dijaga. Emosi orang lain, tak jaga tak apa. Hahahaha.

Lagi satu, tidur kena cukup ye. Aku faham susah nak dapat tidur yang cukup sebab tidur kau akan sering diganggu dengan serangan-serangan agen ekzema. Jahat tau!

InshaAllah kalau tidur cukup, setiap kali bangun akan rasa fresh je. Tak ada la timbul isu yang boleh mengakibatkan kemarahan.

Nak sambung lagi tak?

Dah la, tak larat aku nak merapu. Kalau aku ada info best nak share lagi aku buatlah entry. Hihihi.

xoxo,
sheayang

Wednesday, July 17, 2019

Rutin Seorang #EczemaFighter Part 3

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sorry lambat sikit sambung part 3 disebabkan tekanan hidup yang melanda kebelakangan ini. Tapi masih chill lagi, buat apa nak kalut. Kang tak pasal-pasal datang balik Cik E tu.

Teringat masa baru-baru join support group untuk Ekzema, diorang panggil anak-anak yang ada ekzema ni sebagai anak-anak E. Hahaha. Mula-mula macam blur, lama-lama baru faham. Jadi, elakkan tulis penuh sebab nanti ekzema tu akan bertambah teruk. Wallahua'lam.

Cerita pasal makanan, tiada amalan yang betul-betul spesifik yang aku ikut lurus-lurus. #eczemafighter pun ada cheat day tau! Tapi lepas tu hadap la! Hahahaha.

Seafood adalah makanan yang dilarang untuk yang ada ekzema/resdung/alahan, katanya. Tapi aku ambil keputusan untuk buat test dekat diri sendiri.

Udang - Lulus
Sotong - Kantoi
Kerang - Kantoi
Ketam -Lulus

Favourite seafood aku ialah sotong. Bila aku mula rasa gatal makan sotong, aku rasa kecewa amat. Tapi, hidup masih perlu diteruskan. Aku beralih pula kepada udang. Udang ni isi dia memang sedap tapi orang pemalas macam aku ni je tak suka. Sebab apa? Sebab kena kupas kulit dia dulu. Hihihi.

Kerang is a big NO walaupun masa mengandung nurse sarankan untuk makan kerang untuk naikkan hB. Mak cannot eat kerang sungguhpun mak suka sangat kerang cicah sambal kicap.

Pantang makan yang lain ialah Gula Putih. Bukan tak boleh langsung, tapi kalau boleh sehari tu nak minum manis sekali je la. Aku ambil masa sarapan je. Lepas tu, kena berhati-hati. Nampak air tebu tepi jalan macam sedap je kan namun bahananya kau yang menanggung kelak. Processed food yang ada gula tinggi pun boleh lead to eczema macam biskut, kek dan coklat.

Yang lain tu, aku ada senaraikan sikit dekat entry ni --> Rutin Seorang Eczema Fighter 

Sebenarnya, makanan ini bukanlah tak boleh disentuh langsung cuma kena hati-hati untuk elakkan flare pada kulit. Setiap kulit adalah berbeza. Jadi, apa makanan yang sesuai untuk korang, korang kena la test sendiri. Sebab itu pentingnya untuk ada Food Diary walaupun aku sendiri tak pernah ada. Hihihi.

Ekzema dewasa ni kau boleh lagi nak cuba-cuba tapi untuk kanak-kanak agak kesian la. Risau diorang tak dapat cukup nutrisi kalau disekat semuanya. Sebagai ibu bapa yang prihatin, kena la pantau apa yang sesuai untuk anak.

Mizwar suka gila minum susu lembu perisa coklat, tapi lepas tu hadap la bila semua gatal. Bila tak bagi, mengamuk. Kesimpulannya, jangan beli benda yang memudaratkan kesihatan anak.

Apa yang aku makan untuk menjaga kesejahteraan kulit?

1) Al Manna, Gam Arab




2) Vitamin C

3) Vitamin E

Ketiga-tiga ni aku tak ambil sekaligus, sebab memang tak menjadi apa. Tapi aku nak nasihatkan korang sebelum nak ambil apa-apa supplemen, rujuklah pada yang pakar, maksud aku, DOKTOR.

Gam arab ni aku ambil selepas dari pembacaan dan aku teruja dengan kesannya pada sesetengah individu yang dah cuba. Jadi, aku cuba sendiri. Biasanya, aku ambil pagi sejurus bangun tidur. Ada dua jenis gam arab, yang berketul dan serbuk. Yang berketul tu aku selalu rendam malam, pagi dia dah larut dan boleh terus minum. Yang jenis serbuk pula boleh buat on the spot. Tapi aku prefer yang berketul.

Vitamin C pula aku makan sebelum tidur. Pernah aku cuba ambil Vitamin C dengan Vitamin E sekali namun tak menjadi. Wallahua'lam sebab apa jadi begitu. Ambil sebiji je sehari.

Vitamin E pula aku ambil sebiji sehari selalunya selepas minum pagi. Kalau lupa, aku makan je bila teringat asalkan bukan sama masa pengambilan dengan Vitamin C & Gam Arab.

Alhamdulillah, perubahan ketara ditambah dengan ubat sapuan luar. Syukur sangat!

Korang nak tengok tak tangan aku masa luka tengah flare? Hahaha. Jangan tengok masa tengah makan tau.













Sedikit sedutan.

penyebab tak boleh guna thumbprint kat pejabat.

kuku pun buruk masa ni okay.

tengah flare. sedap garu masa ni

Okay. Cukup la gambar tu, kan. Jangan serik singgah blog aku. Hahahaha.

Nak sambung lagi tak?

xoxo,
sheayang

Monday, July 8, 2019

Rutin Seorang #EczemaFighter Part 2

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Tabahkan hatiku untuk menulis. Tak tahu sampai part berapa nanti.

Aku dah kena ekzema ni awal lagi masa mengandungkan Mizwar. Mula aku masuk hospital dan masuk darah tu, lepas seminggu, naik rashes semua. Memang buntu masa tu dan kakak aku bagi krim yang dia pakai. Aku pakai krim tu time tak okay je, bila dah okay sikit, aku stop. Sebab steroid kan, dah la tengah mengandung masa tu.

Krim tu Mometasone Cream brand Elomet.

Krim ni memang sangat membantu tapi tidak menyembuhkan. Dan ekzema terus berulang.


Okay. Selepas didiagnos penghidap ekzema, doktor bagi Aqueous Cream & Neosafe Cream dulu. Dia kata pakai dalam 2 minggu dulu Aqueous Cream kalau masih tak okay, sapu Neosafe Cream. Aku follow je. Asalnya ubat tu untuk Mizwar. Tapi aku tumpang la sikit. Nampak keadaan Mizwar pun semakin okay, cuma bab menggaru tu memang tak dapat nak elak. Sampai la sekarang! 

Serius memang kena jaga diet dia.

Tapi aku cuma manusia biasa dan ibu yang tak sempurna. Kadang-kadang buat juga cekodok dan bagi juga minum susu lembu.

Berbalik ke kisah aku, benda datang tak kita jangka. Dah pulih sikit, lepas tu dia flare semula. Memang kena sabar.

Aku mula gigih cari info pasal ekzema. Aku try losyen dan mandian jenama Ecze. Tak pasti ada lagi ke tak. Okay juga ni tapi lama-lama makin tak lut. Mungkin sebab pemakanan aku tak control.

Aku cuba pakai sabun beras. Elok tapi pedih. Memang tak sanggup. Sekejap je aku pakai ni. Tak habis pun sebuku sabun tu. Dalam masa yang sama aku sapu krim dari Shaklee. Hilang la sikit luka berdarah tu, tapi masih merah dan gatal.

Bermula episod yang memang aku stress gila tahap gaban awal 2018 sebab berperang dengan emosi masa tu, aku ajak suami jumpa dermatologist. Masa dekat register di Mahkota Medical Centre, receptionist tu refer aku ke Dr Lee, physician kat sana. Dalam kepala otak aku masa tu, apa kena mengena ekzema dengan physician. Rasa bangang sangat weh! Hahaha.


Dr Lee bagi aku try Cetaphil Restoraderm Body Wash & Lotion beserta Mometasone Cream & Ointment brand Elomet. Dalam hati aku masa tu,"Haaa sudah. Dia bagi Cetaphil. Confirm takkan elok."

Ini adalah kerana aku terbaca review dekat support group tu yang tak memberansangkan. Tapi tu la, sedangkan rambut orang pun lain-lain warna, inikan pula kulit manusia. Lain kulit, lain la ubatnya. Itu sebab la kita kena ikhtiar, Yang Maha Menyembuhkan tau macam mana dia nak settle problem korang.

Nampak perubahan ketara sebab aku tak melawan cakap doktor tapi sambil tu aku gugel juga ubat yang tak ada steroid.

  
Lepas pada tu, aku nampak iklan Ronella dan berminat nak cuba. Tup-tup sangkut pula jadi dropship. Okay la, aku guna, aku jual. First, aku cuba Ronella Baby Balm Rashes. Walaupun ramuannya untuk ekzema baby, bila baby tua macam aku pakai pun jadi elok.


Aku bagi Mizwar pakai Baby Balm tu dan aku upgrade pula ke NTBax EO Blend yang lebih sesuai untuk orang dewasa, terus jadi bestfriend weh. Seronok sebab gatal-gatal berkurangan dan luka pun semakin jarang terlaku.


Ada satu masa stok NTBax aku habis dan tanda-tanda flare nak datang, aku sapu minyak masak zaitun brand Basso yang ada kat dapur. Ya Allah, kagum betul aku. Seminggu guna, hampir licin kulit aku. Ini memang kenangan la! Minyak masak tu memang ada dalam handbag aku selalu.


Losyen Allano dari Amway tu aku beli je dan jarang-jarang guna sebab review okay dari support group. Cuma bila aku tengok, eh ada paraben. Mungkin dalam kuantiti yang dibenarkan, kan. Jadi, aku simpan dalam laci office. Time-time terdesak boleh gak guna.

 

Lepas mandian Cetaphil habis, aku cuba Gel Mandian Bidara Baroqah. Mula-mula tak suka sebab bau dia kuat sangat tapi lama-lama bila kulit banyak perubahan, aku bersyukur. Tak salah mencuba. Epsom Salt tu dalam sebulan sekali je aku pakai. Itu pun aku buat dalam 2 atau 3 bulan je. 


Eh, lupa. Ekzema aku hinggap di ketiak juga. Jadi, lama juga aku stop pakai deodorant sebab diorang cakap deodorant tak bagus sebenarnya terutamanya yang ada wangian. Jadi, bila aku mula rasa tak selesa dengan ketiak berbau, aku cuba Dr Mist, Alhamdulillah okay sampai sekarang.

Sumber gambar aku google je kecuali gambar Cetaphil & Elomet serta gambar Epsom Salt itu. Korang nak tengok tak keadaan tangan aku time teruk? Tapi nak pesan jangan tengok masa makan ye.

Bab makan, kita sambung nanti ye.

xoxo,
sheayang

Wednesday, July 3, 2019

Rutin Seorang #EczemaFighter

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sebelum proceed dengan entry ini, ada baiknya korang baca dulu pasal ekzema dewasa di SINI. Baru clear kepala otak tu.

Aku didiagnose secara rasmi sebagai pesakit ekzema semasa bawa anak kedua, Mizwar pergi check up dalam 3-4 bulan. Kebetulan, Mizwar pun ada beberapa kesan luka menggaru dan doktor bagitahu dia pun ada ekzema. Sedihnya hati masa tu Allah je tahu.

Dah la kita pun ada ekzema teruk kat tangan dan kaki, baby pun ada masalah yang sama. Lagi bertambah masalah kita ni pekerja di pejabat dan di rumah. Kat rumah tu pula banyaknya kerja melibatkan air macam basuh baju, basuh pinggan. Perittt wehhh...

Jadi, tak kan nak biarkan je cerita ekzema ni tiada kesudahan, kan? Aku pun ikhtiar la dari satu cara ke satu cara, satu produk ke satu produk. Aku senaraikan di bawah ni antara produk yang pernah digunakan.

Ada krim yang aku tak pernah pakai pun. Buat koleksi je.

Ubat Sapuan / Losyen / Mandian
1.  Elomet Oinment
2.  Elomet Cream
3.  Aqueous Cream
4.  Neosafe Cream
5.  Ecze Lotion & Body Wash
6.  Allano Hand & Body Lotion (Amway)
7.  Baby Balm Rashes (Ronella)
8.  NTBax EO Blend (Ronella)
9.  Sabun Beras
10. Herbal Blend Multipurpose Cream (Shaklee)
11. Cetaphil Restoraderm Body Wash
12. Minyak Zaitun
13. Epsom Salt
14. Gel Mandian Bidara Baroqah

Ubat Makan / Supplemen
1. Sustained Release Vita C Plus (Shaklee)
2. Al-Manna

Next entry aku akan beritahu keberkesanan setiap produk yang aku guna.

Aku ada follow beberapa support group yang banyak membantu mengurangkan ekzema dan doktor mengatakan yang ekzema ni ada kaitan dengan leaky guts. Sejauh mana kebenarannya, aku tak boleh nak pastikan. Tapi sebenarnya, ia berkait rapat juga dengan apa yang kita makan. Pantang makan tu sangat membantu. Bukan la nak suruh pantang kaw-kaw, cuma kalau korang prepare food diary sendiri tu pun dah bagus. Tak perlu nak pergi skin prick test semua tu, mahal kot!

Antara makanan yang aku kurangkan pengambilannya adalah:

1. Roti putih
2. Tepung Gandum
3. Telur
4. Minuman manis
5. Makanan laut
6. Kek & biskut

Dan pantang penting dalam menangani ekzema ni ialah JANGAN STRESS.

Tipu lah tak stress langsung tapi kawallah ia, inshaAllah ekzema anda tidak akan meletup-letup kemerahan.

Sambung nanti.

xoxo,
sheayang