HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, July 9, 2018

Adik Adam Rayqal, Ibu Bekerja & Pusat Asuhan

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Awal Julai ni banyak sangat isu tak sempat nak kupas. Kupas apakah? Kupas bawangkah? Hihihi. Bukan itu maksud Shea. Sebagai manusia biasa, kita masing-masing ada pendapat sendiri, kan? Jadi, pendapat kita tu sekurang-kurangnya disalurkan pada tempat yang betul (baca: blog sendiri).



Photo by Rene Asmussen from Pexels

Kes Kehilangan adik Adam Rayqal
Shea rasa semua maklum tentang berita ini. Anak yang dikhabarkan dilarikan individu yang disangka bapa mangsa rupanya tidak hilang. Jasad anak kecil ini dijumpai di dalam peti ais bahagian beku di rumah pengasuhnya di Batu Caves pada hari yang sama dilaporkan hilang apabila polis melihat ada keraguan dalam keterangan si pengasuh itu.

Komen :
Apa yang Shea baca di media sosial, ramai yang bash pengasuh itu termasuklah diriku sendiri. Ya, Shea sangat tidak berpuas hati bila dapat tahu yang pengasuh itu sebenarnya MENIPU! Kenapa la nak buat statement yang bohong sedangkan boleh je bagitahu hal yang sebenar. And more, sampai bila nak sorok mayat tu dalam PETI AIS? Tak ada hati perut ke? Allahuakbar.

Panik? Kalau tak buat salah, perlu panik ke? Bayi tu baru dihantar seminggu (betulkan jika salah) kepada suspek bagi Shea adalah satu tempoh percubaan. Dan tup-tup anak itu hilang nyawanya. Memang kematian itu datangnya tidak pernah lewat dan tidak pernah awal walau sesaat pun tapi asbab kematian itu menyedihkan kita. Done with this.

Photo by energepic.com from Pexels

Ibu-ibu seharusnya menjaga anak di rumah dan tidak perlu bekerja
Komen yang tidak asing di kalangan netizen berjantina lelaki dan juga surirumah. Ini bukan kes pertama melibatkan bayi meninggal di rumah pengasuh. Kenapa tidak duduk saja di rumah menjaga anak dan biarkan suami bekerja mencari rezeki.

Komen :
Zaman sekarang ni dunianya semakin mencabar, mungkin sebab dah akhir zaman. Isu kecil pun jadi besar, yang mudah pun nampak rumit dan begitulah sebaliknya. Shea tidak menyalahkan 
1) kaum lelaki yang belum berkahwin tetapi nak isteri duduk rumah jaga anak. Mungkin dia rasa dia mampu untuk sara keluarganya. Alhamdulillah. 
2) kaum lelaki yang sudah berkahwin dan isteri seorang surirumah. Anda percaya rezeki anak-anak. Syukur anda bahagia dengan keluarga anda. 
3) seorang surirumah. You did a good job. Well done.
4) wanita yang belum berkahwin tetapi berhasrat menjadi surirumah selepas ada anak. Teruskan dengan pilihan anda. Tiada yang menghalang. Your life, your choice.

Tapi TOLONGlah jangan kecam ibu-ibu yang bekerja ni. Ibu-ibu ini keluar bekerja dengan izin suami, dengan niat membantu meringankan beban suami. Balik rumah, dihambat pula dengan tugasan rumah yang tiada kesudahan. Mana tak gila sudahnya bila kiri kanan dok hentam. 


Pusat asuhan kanak-kanak di agensi kerajaan menjelang 2019
Pekerja wanita agensi kerajaan sudah boleh menarik nafas lega sedikit bila pekeliling tentang pusat asuhan ni telah dikeluarkan. Akta Kanak-kanak dan Akta Penjagaan Kanak-kanak juga akan ditambahbaik.

Komen :
Kita sedia maklum kerajaan sudah mula lihat ini satu keperluan untuk membuatkan pekerja wanita lebih fokus dengan tugas mereka. Dengan adanya pusat ini, ibu-ibu yang bekerja tidak lagi berasa susah hati terpaksa berjauhan dengan anak. Dan Shea berharap langkah ini patut dilakukan juga untuk syarikat swasta di masa akan datang. InshaAllah.

Banyak isu tapi kekangan masa. Tak larat nak taip.

Syawal masih berbaki beberapa hari lagi. Jadi, dengan rasa rendah diri, izinkan Shea memohon maaf jika ada artikel di dalam yang ditulis mengguris hati anda yang membaca atau tanpa sengaja Shea terkongsi cerita tanpa dikreditkan kepada tuan penulis. Ada tulisan yang dikongsi di dalam grup Whatsapp dan Shea kongsi semula di blog tanpa tahu siapa yang menulis, mohon halal ye.

xoxo,
sheayang

7 comments:

  1. Sedih dgn kejadian ni.
    Moga pare ts Adam kuat jlni hidup tanpa Adam :-(
    Bagi aida, kena bebetul kenal pengasuh. Tanya org. Dpt kan testimony.
    Anak... Bukan nya nak anta brg.
    Tapi tu la. Takdir Allah. Dugaan buat yg melalui nya. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terkata sedihnya. Semoga parents adam kuat selalu.
      Betul, pengasuh sekarang bukan boleh hire suka-suka. Dan pengasuh pun jangan la ambil kesempatan. Jaga barang dengan jaga budak mana sama.

      Delete
  2. sedih bila teringat..
    Allahu..knp manusia skrng semakin hilang sifat kemanusiaan.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia. Nak cakap apa lagi pun tak tau.
      Sedih yakmat bila dengar berita ni.

      Delete
  3. Bila teringat kes nie, darah terus menyirap berbaur sedih, bila tergiang di telinga tangisan si ibu...

    ReplyDelete
  4. Lately ni banyak sangat kisah manusia yang dah hilang rasa perikemanusiaan.

    Macam-macam kes. Semoga menjadi iktibar buat kita semua.

    ReplyDelete
  5. semoga dijauhkan dari musibah sebegini..

    singgah n follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete