HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, January 29, 2015

Bubur Kacang Hijau Da Boom


Bismillah.

Hi semua. Sihat tak?


Hari ni terlebih rajin dari biasa. Alhamdulillah. Kudrat Allah bagi.

Lepas masak lauk untuk makan tengahari, lepak depan tv sambil layan Maryam. Bila Maryam dah penat, terus aku tidurkan dia dan hampir terlelap dibuatnya.

Lantas aku bergerak ke dapur dan keluarkan bahan apa yang patut.

Jadi, moh ler kita buat Bubur Kacang Hijau Da Boom.

Resepi mak aku tapi diubah sikit sebab kadang-kadang bahan tu macam tak cukup je kan. Hew hew hew...


Bahan-bahan:
150g kacang hijau
1 liter air
1/2 liter santan
1 keping gula melaka
Garam
Daun pandan / Halia

Cara-cara:
1) Rendam kacang hijau untuk semalaman.
2) Satukan kacang hijau, air, santan, gula melaka ke dalam periuk. Kacau rata.
3) Masukkan garam secukup rasa.
4) Daun pandan disimpul dan dimasukkan ke dalam periuk. Boleh digantikan juga dengan halia.
5) Kacau sehingga semua bahan sebati. Matikan api dan hidang!

Dalam kes aku petang tadi, memang tak dan nak rendam. Aku terus rebus je kacang tu. Agak makan masa juga la. Dan kacang pun banyak yang pecah. Tak cantikkkk!

Pastu, santan kurang plak. Tak berlemak sangat jadinya. Next time kena lebihkan. Tapi resipi ni semua aku dah author kasi ngam! Dont worry.

Cicah dengan roti masa panas-panas, best wooo... Takpun letak dekat dalam peti beku. Jadi aiskrim, syokkk...

Baiklah. Aku mohon diri dulu. Selamat malam!


XOXO, sheAYANG

Pertama Kali

Bismillah.

Masih dalam bulan Januari. Masih aku terasa. Debaran memuncak pada tarikh 27 Januari. Jam 3 petang. Fuhhh...

Setelah dua tahun lebih aku meninggalkan arena itu, akhirnya ia muncul kembali.

Temudugaaaaaa...


Haishhh... Punya la suspend. Lutut ketaq, tangan berpeluh, jantung denyut kencang. Pertama kali akan hadapi interview secara berkumpulan. Group interview katanya.

Panel ada 3 orang. Seorang perempuan dan 2 lelaki. Yang akan ditemuduga ada dalam 12++ candidates. Aku dalam group pertama yang dipanggil. Nak kencing pun dah tak keluar masa tu. Ahahaha... Sampai begitu sekali tahap nervousnya.

Tapi buat-buat chill je la. Bila dengar latar belakang candidates lain beserta pengalaman mereka, aku jadi down sekejap. Masing-masing hebat. Hurmm... Aku cuma berharap pada nasib. Harapnya dapat menyebelahi aku. InshaAllah. 

Aku perlukan kerja tu. Untuk bantu suami aku, untuk kukuhkan lagi ekonomi kami dan untuk Maryam juga. 

Kalau tak dapat, maknanya kena cuba lagi. Tak bileh duduk diam saja.

Doakan aku. :)

XOXO, 
sheAYANG

Wednesday, January 21, 2015

Al-Fatihah dan Kehilangan

Bismillah.

Alhamdulillah. Dah 21 hari kita berada dalam tahun baru. Mood nak berazam baru pun dah hilang. Ehehehe... Tapi harapnya tertunai la. Bila dah beranak ni bukan malas nak blogging cuma masa tu tak mengizinkan. Kalau ada masa lebih pun kita sibuk membelek anak. Ehehehe... Jadi kerja blogging tertangguh. 

Konon2 azam 2015 nak banyakkan entry. Nampaknya tak juga. Takpe. Kita start slow2 balik. Momentum tu kena dikekalkan.

Lately banyak benda yang jadi. Aku kehilangan 3 orang anak buat dalam satu minggu. Yang pertama, anak cousin aku. Baby meninggal dalam perut. Memang maknya cuma tunggu hari nak bersalin je tapi baby dah tinggalkan dia dulu. Aku tak dapat nak gambarkan perasaan maknya tu. :'(

Yang kedua, kakak sulung aku. Keguguran. Dia ada mengadu pada kami adik beradik yang dia bleeding. Kami suruh dia cepat2 gi klinik. Akak aku ni jenis relax. Malam tu sakit, esok baru gi klinik. Bila pergi check, doktor cakap dia kena kencing kotor. Hilang sikit risau kami. Esoknya tau2 dia dah pergi hospital, makcik aku yang duduk dekat dengan akak aku hantar. Tau2 dah keguguran. Mengucap panjang aku jadinya. Takpe la. Belum rezeki dia nak dapat baby lagi. Kandungan pun baru 2 bulan masa tu.

Yang ketiga, anak dua pupu aku. Ngam2 usia dia 2 bulan, dia pergi tinggalkan mak ayah dia. Doktor suspek dia kena jangkitan kuman dalam paru-paru. Mungkin sebab selsema. Pilu hati ni tengok bila dia dah dikafankan. Bidadari syurga la kamu wahai puteri. Dua pupu aku ni dah masuk 2 kali kehilangan puteri. Mungkin bukan rezeki mereka nak besarkan anak perempuan. Tapi aku tengok mereka sangat tabah hadapi ujian kali ni berbanding yang sebelumnya. Stay strong buat mereka.

Al-Fatihah untuk bidadari-bidadari syurga ini.

Pagi-pagi dah buat entry sedih. Ni semua aku kutip, jadikan pedoman. Bila kita rasa susah, sedarlah, ada orang yang lagi susah dari kita.

Sekian.

XOXO,
sheAYANG

Friday, January 9, 2015

Terima Kasih 2014, Selamat Datang 2015.


Bismillah.

Alamak! Tertinggal keretapi.

Dah lebih seminggu tahun baru nak terhegeh-hegeh taip entri. Cari idea nak merapu.


To be honest tahun 2014 banyak meninggalkan kenangan pahit bukan bagi aku sorang tapi aku pasti buat orang lain juga. Cerita MH370 tak pernah basi sampai ke hari ni. Menjadikan kita rakyat Malaysia bersatu. Berita MH17 tambah menggemparkan. Kita pasrah dengan dugaan.

Itu baru hal negara, belum masuk hal jiwa raga, hal famili, hal kerja. Kan kan kan?

Tapi tipu la kalau dalam pahit tu ada juga manisnya. Aku delivered baby girl in August 2014. That's the most precious moment in life. Pastu, first year celebrate anniversary and birthday as a mother. The feelingggg... Fuhhh, cant tell la. Kena hadap sendiri baru dapat rasa.


Malam new year sempat bawak Maryam pergi meronggeng kat A'Famosa Cowboy Town. Ada New Year Party katanya. Entry fee RM15. Tahun depan tak tau la naik ke tak.

Apa yang best?

Ada bunga api la. Tu je. Ahahaha. Alaaa... Kat sini hari-hari ada bunga api, tunggu je la kat luar A'Famosa tu dalam pukul 10.45pm.

Maryam plak tengah bunga api dentum dentam boleh plak bantai tido. Kemain lena lagi, langsung takde terkejut2. Sabar je la. Anti klimaks betul anak dara sorang ni.

Ibu Babah Maryam

Ni je la rasanya gambar yang elok masa kat sana. Monopod ada tapi nak tangkap gambar tu punya la payah. Nasib ada kawan yang follow. Boleh la fefeling jadi model tak cukup tinggi jap.

Melalut sudah.

Bila masuk tahun baru, kalau tak cerita pasal azam, memang tak sah. Tapi nanti la dalam entri lain plak.

Tataaa...

Eh, Selamat Tahun Baru, korangggg.. Babai 2014.


XOXO, sheAYANG