HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, January 21, 2015

Al-Fatihah dan Kehilangan

Bismillah.

Alhamdulillah. Dah 21 hari kita berada dalam tahun baru. Mood nak berazam baru pun dah hilang. Ehehehe... Tapi harapnya tertunai la. Bila dah beranak ni bukan malas nak blogging cuma masa tu tak mengizinkan. Kalau ada masa lebih pun kita sibuk membelek anak. Ehehehe... Jadi kerja blogging tertangguh. 

Konon2 azam 2015 nak banyakkan entry. Nampaknya tak juga. Takpe. Kita start slow2 balik. Momentum tu kena dikekalkan.

Lately banyak benda yang jadi. Aku kehilangan 3 orang anak buat dalam satu minggu. Yang pertama, anak cousin aku. Baby meninggal dalam perut. Memang maknya cuma tunggu hari nak bersalin je tapi baby dah tinggalkan dia dulu. Aku tak dapat nak gambarkan perasaan maknya tu. :'(

Yang kedua, kakak sulung aku. Keguguran. Dia ada mengadu pada kami adik beradik yang dia bleeding. Kami suruh dia cepat2 gi klinik. Akak aku ni jenis relax. Malam tu sakit, esok baru gi klinik. Bila pergi check, doktor cakap dia kena kencing kotor. Hilang sikit risau kami. Esoknya tau2 dia dah pergi hospital, makcik aku yang duduk dekat dengan akak aku hantar. Tau2 dah keguguran. Mengucap panjang aku jadinya. Takpe la. Belum rezeki dia nak dapat baby lagi. Kandungan pun baru 2 bulan masa tu.

Yang ketiga, anak dua pupu aku. Ngam2 usia dia 2 bulan, dia pergi tinggalkan mak ayah dia. Doktor suspek dia kena jangkitan kuman dalam paru-paru. Mungkin sebab selsema. Pilu hati ni tengok bila dia dah dikafankan. Bidadari syurga la kamu wahai puteri. Dua pupu aku ni dah masuk 2 kali kehilangan puteri. Mungkin bukan rezeki mereka nak besarkan anak perempuan. Tapi aku tengok mereka sangat tabah hadapi ujian kali ni berbanding yang sebelumnya. Stay strong buat mereka.

Al-Fatihah untuk bidadari-bidadari syurga ini.

Pagi-pagi dah buat entry sedih. Ni semua aku kutip, jadikan pedoman. Bila kita rasa susah, sedarlah, ada orang yang lagi susah dari kita.

Sekian.

XOXO,
sheAYANG

3 comments:

  1. Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga ketabahan kian mendalam dgn apa yg dilalui, Aamin. Takziah ye.

    Singgah baca sambil follow. Jemput ke http://akukaudansesuatu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. innalillahi wainna ilaihi roji'un... takziah di atas setiap perkara. insya allah pasti allah akan ganti sengan seuatu yg lebih baik =)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  3. semoga tabah n sedih la pulak dgr citer akak ni..
    singgah kat sini =)
    jemput dtg blog sy

    ReplyDelete