HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, October 31, 2014

Fenomena

Bismillah.

Maryam dah selamat ditidurkan. Jadi aku ada kelapangan sikit untuk blogwalk. Banyak yang aku dah ketinggalan namun apakan daya, kudrat tak sampai. Habis sedih dah ayat ni. Hik3...

Kami dah kembali ke rumah sewa setelah dua bulan di rumah mak dan sebulan di rumah MIL. Rasa lapang sikit dada ni. Kepak pun semakin luas terbuka. Dan yang penting rasa hebat sangat sebab dapat cabar kemampuan diri. Multitasking la kengkunun. Hik3...

Eh, terpesong dari landasan.

Apa yang fenomena sangat tajuk ni?

Tengok la gambar tu. Aku pun dah terjebak.

Mula-mula tengok orang lain upload, kecur jugak air liur. Makin lama makin ramai plak yang buat. Aku diamkan saja la.

Memandangkan suami memang habtu asam maka beliau pun beli mangga muda dan suruh aku buat Jeruk Mangga Asam Boi ni. Aku kan isteri solehah (Aminnn), menurut saja la perintah tuan besar.

Itu je la nak cerita. Hik3... Apa? Nak resepi?

Kat FB berlambak diknon... Nanti ahkak copypaste ye. Alahaiii... Manjanya dia. Huhuhu...

Sekian. Selamat menikmati malam Jumaat anda. :p


XOXO, sheAYANG

Wednesday, October 15, 2014

Keramat 15.10.14

Bismillah.

Doa aku;
Semoga kau sentiasa sihat,
Tabah dan kuat,
Sentiasa melimpah rasa kasih sayang,
Sentiasa tak lokek dengan senyuman,
Sentiasa menyenangkan hati orang sekeliling,
Sentiasa baik-baik saja,

Dan sentiasa doakan aku.

Mak,
Sepanjang 27 tahun aku hidup, 
Kau manusia paling aku sayang, 
Dan aku tetap sayang sampai habis nyawa aku,
Kasih sayang yang kau curahkan tak ada putusnya,
Marah-marah kau pun yang manja-manja saja,
Jerit pekik kau sikit aku tak terasa,
Sebab aku tau kau nak yang terbaik.

Mak,
Kini aku dah berkeluarga,
Tanggungjawabku dah terbahagi dua,
Tapi kau masih di tangga utama.

Mak,
Terima kasih kerana lahirkan aku,
Terima kasih kerana besarkan aku,
Terima kasih kerana sayangkan aku,
Terima kasih untuk segalanya.

Sayang mak!


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran, MAK!

XOXO,
sheAYANG

Tuesday, October 14, 2014

Batuk +Selsema = Risau

Bismillah.

Pening dah kepala aku. Tengah cari penawar yang paling sesuai untuk Maryam.Batuk tak hilang. Hari tu kena selsema dulu. Ni selsema dah reda,batuk plak berkunjung tiba.

Hari ni batuk teruk juga. Sampai muntah keluar susu. Banyak plak tu. Kesian anak Ibu.

Dah seminggu lebih dia batuk. Puas bagi madu walaupun tak digalakkan sebab Maryam baru 2 bulan. Tapi tetap tak sembuh juga. Mungkin madu tu tak cukup asli kot. :-\

Sumber : superibu.com

Search juga kat internet camner nak hilangkan batuk dia ni, nampaknya ada beberapa petua yang boleh dipraktikkan. Soalnya,aku kena cari masa yang sesuai dan dapatkan kepercayaan partner serta keluarga mertua untuk buat benda tu. Kau ingat diorang senang2 ke nak bagi aku wapkan anak sendiri. Huhuhu... Kalau kat rumah sendiri, boleh la..

Haishhh... Sabarlah ye anak Ibu,Maryam.

Ibu akan usahakan sampai awak sembuh.

XOXO,
sheAYANG

Monday, October 13, 2014

Rindu Kucup Tangan

Bismillah.

Tengah-tengah aku browsing the net dekat hall rumah MIL aku ni, adik ipar datang salam mak dia sebelum pergi kerja.

Perghhh... Sayu plak hati ni tetiba.

Rindu kat mak. 
Rindu nak kerja balik. 
Rindu nak tengok mak hantar aku sampai pintu sebelum pergi kerja.
Rindu bila balik kerja mak tunggu kat pintu.
Rindu nak cium tangan mak.
Rindu nak cium pipi mak.
Rindu nak peluk mak.

Oh, teruknya rindu ni.

Lagi beberapa hari, hari istimewa mak. Tapi aku tak dapat balik.

Kbai.

XOXO,
sheAYANG

Saturday, October 11, 2014

Perkongsian dan Google

Bismillah.

Hari ni keadaan agak tegang dalam satu group di Facebook. Tak pasal-pasal aku yang tak pernah komen kat group tu turut menyampuk. Tak puas hati.

Walaupun insan tu dah bagi aku menang *siap bagi trofi secara maya*, cara dia menegur tidak dapat aku terima.


Topiknya sangat ringan tapi takde kena mengena dengan fungsi group tu. Yang UP post tu minta manusia-manusia dalam group tu supaya jangan tanya soalan macam budak tadika. Masalahnya, soalan macamana yang dianggap soalan budak tadika?

Takde plak aku jumpa orang tanya '1+1=?' dalam group tu.

Bagi aku, apa jua soalan akan jadi relevan kalau kena pada fungsi sebenar group tu.

Takkan la kita pergi dekat group masak-masak, kita tanya pasal macamana nak jahit tudung. Memang tak logik, kan?

Ada yang siap buat hashtag memerli. Kata mereka yang bertanya ni ibarat 'spoonfed' la, tak reti berdikari la. Hey, kalau tak tanya, mana nak tau jawapan. Memang boleh google tapi google tak boleh nak explain details. 

Lagi satu, google tu cuma enjin carian, bukan dia boleh share pengalaman dia dengan kita. Cuba tanya google, apa perasaan dia kena bekerja tanpa henti 365/24/7. Aku nak gak tau apa jawapan google tu. *kesian google tetiba jadi mangsa*

Haishhhh la manusia. Kalau dah terlebih pandai, susah jugak, kan? 

Macam-macam pe'el.

p/s : Ni post semalam. Tak sempat nak post sebab tetiba Maryam bangun plak. Ehehehe...

XOXO,
sheAYANG

Wednesday, October 8, 2014

Maryam is sleeping, Ibu is blogging!

Bismillah.

This is just a quick update, as usual.

Because...

Maryam is sleeping. And I have bonus time to blog. Weeehuuuu...

Take note that Maryam always be my priority. Anak, kannn...

Susah aku nak cari ruang untuk blogging sekarang. To share my experience and to read others. But no matter what, Maryam always comes first. Aku taknak disebabkan kelekaan aku dengan dunia blogging, anak jadi terabai. No good, no good.

Eh, baru anak sorang kot. Jangan nak poyo sangat boleh?

Ni dah kira self reminder. Bila rasa dah overdose blogging tu, haruslah aku baca balik entri ini. Bukan setakat blogging, Facebook, Twitter,Instagram etc. akan sentiasa terkawal dan dalam kawalan.

Okay. Got to go.

Not because Maryam is awake. It's just that I start to yawn. Ekekekeke...

XOXO,
sheAYANG

Friday, October 3, 2014

Tertekan

Bismillah.

Adoi. Baru semalam entri Busy hari ni plak entri Tertekan.

Sumpah, aku tertekan sangat. Bukan sikit-sikit punya. Ini dah diibaratkan 'diluah mati mak, ditelan mati bapak'.


Tapi apakan daya. Semua tu aku terpaksa ku kemam je la. Sebab taknak mana-mana pihak rasa terluka. Nak bersuara kang, dikatakan tak hormat pendapat orang lain. Tapi tiap orang kan punya pendapat sendiri. So, who cares?

Fuhhhh....

Lega sikit rasa. 

Terima kasih blogku sayang.

Sekarang main taip pendek-pendek je. Agagagaga... Kekangan masa gamaknya. Kau apa tau!

XOXO,
sheAYANG

Thursday, October 2, 2014

Busy

Bismillah.

Rasa macam dah lama blog ni terbiar. Krik krik. *konon macam famous blogger gayanya*

Argghhh... Kesibukan melanda. Penyakit plak datang tiba-tiba. Lepas Ibu, Maryam plak kena. Harap semuanya baik-baik saja.


Cabaran 30 Hari terpaksa aku lupakan. Biarkan. Tanpa noktah. Mungkin juga dah boleh tukar tajuk 'Cabaran 30 Bulan'. Agagagaga... *gelak gaya baru*

Fokus aku sekarang cuma Maryam. 

Okay. Got to go.

*Wah! Pendek plak entri ni. Agagagaga... Arghh... Lantak la, blog aku.*

XOXO,
sheAYANG