HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, July 15, 2013

#15 : Musibah Ramadhan

Assalamualaikum dan hai,

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah masih lagi kekal berpuasa. Walaupun kadang-2 perut meragam tapi itu semua lumrah. Lumrah kehidupan.

Ajal maut jodoh pertemuan juga lumrah. Takdir Allah.

Musibah, tak pernah patah. Jangan pernah leka dan mengalah.

Tiga kronologi kemalangan minggu lepas. Sabtu, Ahad dan hari ini, Isnin.

Sabtu, kakak aku dengan suami beserta anak kemalangan di Seremban. Nasib tiada kemalangan jiwa. Cuma kenderaan sedikit rabak. Kenderaan buatan Jepun laju dari belakang menghentam bonet kereta. Demi mengejar 'ayam' di pusat hiburan khabarnya atau mabuk tak ingat dunia. Wallahua'lam.

Ahad, kawan sekerja mak pergi menghadap Ilahi. Gadis berumur 24 tahun dari Segamat bertolak ke tempat kerja di Hospital Tuanku Jaafar selepas sahur bersama keluarga. Kereta terlanggar lopak air dan terbabas melanggar pokok. Agak tragis. Niat untuk mencari sesuap nasi untuk diberi kepada keluarga berakhir sampai di situ.

Isnin, suami kepada rakan sekolah rendah terlibat kemalangan dengan lori treler ketika umat Islam lain mahu bersahur. Dengarnya arwah baru pulang dari kerja. Usia perkahwinan baru menjengah dua tahun dan anak baru berumur lebih kurang 7 bulan. Kehilangan ayah di usia kecil.

Semua ini ketentuan. Yang pergi, pasti Allah lebih sayang. Lagi pula dalam bulan mulia ini.

Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya sentiasa diberkati dan dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

Salam,
sheAYANG

Post a Comment