Assalamualaikum dan Hai semua,
Macam mana cuaca kat tempat korang sekarang?
Panas? Hujan? Redup-redup manja?
Kat tempat saya ni agak tak menentu.
Kejap hujan kejap panas. Begitu la keadaannya hari-hari. Tapi tetap ku hadapi
dengan penuh ketabahan. Hihihi.
Kulit muka ni pula rasa berminyak je
walaupun keluar lunch sekejap. Bila tengok kawan-kawan kulit jenis berminyak
tahap tak boleh bawa bincang, rasa kesian sangat. Rasa macam nak kenalkan je pencuci
muka terbaik ni kat mereka.
Apa itu kulit berminyak?
Minyak atau sebum yang dihasilkan oleh kulit muka sebenarnya bertujuan untuk melindungi wajah dari habuk dan kekotoran. Tetapi masalah kulit berminyak adalah kerana minyak yang dihasilkan melebihi keperluan.
Kulit muka berminyak akan menyebabkan
liang pori tersumbat sekaligus menyebabkan jerawat mula timbul.
Punca
kulit muka berminyak?
1. Hormon
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
kulit muka jadi berminyak tanpa kita sedar. Salah satunya adalah disebabkan
hormon yang tidak stabil. Kebanyakan wanita mengalaminya sewaktu datang bulan
atau haid.
2. Emosi
Selain itu, emosi yang negatif seperti
merasa tertekan atau stress juga mendorong kepada berlakunya masalah kulit
berminyak. Masalah ini juga boleh terjadi disebabkan genetik. Apabila ada ahli
keluarga yang mempunyai masalah kulit berminyak, tidak mustahil ianya diwarisi
oleh yang lain.
3. Pemakanan
Pengambilan makanan yang berminyak juga
antara faktor yang menyumbang kepada masalah kulit berminyak. Dan pengambilan
gula dan tenusu yang berlebihan juga boleh mengganggu kesihatan kulit.
Remember, you are what you eat!
4. Penggunaan produk yang
tidak sesuai
Dan paling kerap terjadi di kalangan para
wanita adalah penggunaan produk penjagaan wajah atau kosmetik yang tidak
bersesuaian dengan kulit wajah. Penggunaan produk yang tidak sesuai akan
menyebabkan masalah kulit berminyak kerana kulit kita akan memberi reaction
yang tidak baik jika sesuatu produk itu kurang bersesuaian dengn kulit kita.
Cara
merawat kulit berminyak
Untuk mengatasi masalah bukan hanya kulit
berminyak tetapi juga untuk mencegah jerawat dan masalah pori terbuka ini,
memakai produk pencuci muka yang sesuai adalah antara solusinya.
Pertama sekali, kita haruslah mencari
produk yang sesuai dengan kulit wajah kita. Produk yang paling penting ialah
pencuci muka kerana ia merupakan langkah pertama dalam skincare routine kita.
Sifat pencuci muka haruslah yang boleh membuang lebihan sebum dan yang boleh
mengawal kulit berminyak. Seterusnya, jangan culas untuk gunakan pelembab muka
kerana bila kulit lembab, sekaligus dapat mengurangkan penghasilan sebum yang menyebabkan
kulit jadi berminyak.
Hansaegee Nature telah memperkenalkan
pencuci muka terbaik yang dihasilkan menggunakan teknologi dari Korea. Produk
ini terbukti sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.
Pencuci
muka untuk kulit berminyak - Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Di dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser
ini terkandung aloe vera dan tea tree yang secara semulajadi bagus untuk
merawat kulit wajah tambahan pula jika memiliki kulit wajah yang berminyak.
Aloe Vera bersifat anti radang yang boleh membunuh bakteria punca jerawat
selain dapat memberi kelembapan kepada kulit wajah dan mengecilkan liang pori.
Begitu juga tea tree oil yang mempunyai khasiat sama.
Selain itu, pencuci muka untuk kulit
berminyak ini boleh membuang lebihan sebum dan mengawal kulit berminyak.
Sebagai testimoni, bila saya guna pencuci muka ini sebelum tidur, keesokan
harinyanya bila bangun dari tidur, kulit
tidak rasa berminyak. Dan bila guna waktu pagi pula, kulit akan rasa segar
sepanjang hari!
Tekstur bubble yang lembut dan halus
membuatkan ia menjadi pencuci muka terbaik yang feeling good on skin dan tidak
membuatkn muka jadi berminyak. Saya sangat mengesyorkan kepada anda kerana
pencuci muka ini adalah pencuci muka untuk kulit berminyak yang bagus!
Soft
Watery Bubble Cleanser
Tekstur pencuci muka water based ini yang
berupa buih-buih air yang lembut membantu untuk membersihkan liang pori dengan
mendalam sekaligus melembapkan kulit. Cukup dengan satu pam pencuci muk aaloe
vera ini, ia mampu membersihkan wajah dengan sempurna. Buih-buih halus yang
terhasil boleh deep cleansing dan membersihkan pori-pori secara mendalam.
Buih-buih yang terhasil juga mampu
menyerap kotoran dengan lebih cepat menjadikan kulit lebih bersih dan pori-pori
tidak tersumbat. Bila kita apply light make up pada wajah, dengan mudah pencuci
muka aloe vera ini akan menanggalkan segala kotoran. Barulah tidak akan ada
jerawat yang timbul bila pori-pori dah bersih, kan!
Kelebihan
tentang pencuci muka terbaik ni?
Dalam mencari pencuci muka yang sesuai
untuk kulit, pastinya kita mahukan produk yang selamat dan bebas bahan
berbahaya, kan? Selain tidak mengandungi bahan berbahaya, Aloe AC
Clean Bubble Cleanser juga bebas paraben, tanpa alkohol dan tidak
mengandungi sulfat.
Meletakkan Aloe Vera dan Tea Tree Oil
sebagai bahan utama, di mana Aloe vera bertindak sebagai anti inflammation
& anti fungus yang memberikan soothing effect pada kulit dan tidak
menrengsakan. Manakala Tea Tree Oi pula mampu mengurangkan infection yang
membuatkan jerawat mengecut sekaligus menjadikan kulit lebih sihat.
Pencuci muka untuk kulit berminyak ini
bukan sahaja sesuai digunakan untuk mereka yang kulit berminyak malahan untuk
mereka yang memiliki kulit kombinasi juga. Water based cleanser ini tidak
merengsakan kulit sebaliknya sangat lembut pada wajah. Cukup dengan mencuci
muka dua kali sehari akan membantu anda mendapat kulit yang sihat dan bebas
cela.
Jangan gusar untuk dapatkan Aloe AC Clean
Bubble Cleanser di pasaran kerana ia merupakan basic skincare yang terbaik
untuk kulit sensitif dan berminyak.
Cara
penjagaan muka untuk kulit berminyak
Selepas kita dapatkan pencuci muka yang
terbaik ini, cara penggunaan juga memainkan peranan penting. Jadi, berapa kali
kita mencuci muka sehari? Kalau tanya pada saya, selalunya saya akan cuci muka
dengan pencuci muka sebanyak 2 kali sehari. Jika saya menggunakan make up pada
hari-hari tertentu, I make it to three times a day.
Jadi, untuk kulit berminyak, seeloknya
cuci muka dua kali sehari - pagi dan malam.
Waktu bangun tidur biasanya kulit akan
rasa berminyak, jadi dengan mencuci muka dapat membuang lebihan sebum pada
kulit wajah dan seterusnya membuatkan kulit berasa segar sepanjang hari.
Diikuti dengan pemakaian pelembab wajah yang bantu untuk mengawal kulit
berminyak.
Rutin cucian pada waktu malam pula agar
dapat membersihkan segala kekotoran dan minyak berlebihan di muka kerana kulit
terdedah pada udara luar sepanjang hari dan diikuti pula dengan skincare routine
harian.
Feedback
selepas menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature
Selepas sebulan menggunakan pencuci muka
terbaik, Aloe AC Clean Bubble Cleanser - kulit saya terasa semakin sihat,
kurang berminyak dan nampak lebih segar.
Kulit kurang berminyak lebih bangun tidur
kerana pada malam harinya saya sudah mencuci muka dengan pencuci muka aloe vera
ini. Bila guna waktu pagi pula, rasa fresh je kulit muka ni. Automatik akan
rasa kulit makin sihat, kan!
Nak guna pun mudah je sebab hanya perlu
tekan dan sapu je terus ke muka. Guna pun tak banyak, cukup dengan 1 kali pam.
Memang best la kan pencuci muka terbaik ni!
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih
details, anda juga boleh layari mana-mana sosial media mereka seperti link di bawah!
Brand : Hansaegee
Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia