HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, November 25, 2016

I Love My Mary Kay ♥

Bismillah.


Puas hati menang cabutan bertuah selepas program berlangsung. Orang yang terakhir yang dapat ye. Kira macam menang Grand Prize la ni. Teka apa hadiahnya? :P

Mary Kay Waterproof Mascara. Harga, rahsia-lah!

Masa diumumkan sebagai pemenang bertuah, kena berdiri dan sebut "I  My Mary Kay".

Memang mengidam nakkan mascara tu since mascara sedia ada dah mengering dan another favourite mascara dah sedekah kat kakak. So kind, kan?

Cerita sehari sebelum program ni berlangsung, pengarah program pujuk aku join sekali tapi aku macam berat hati sebab dah dekat nak audit dan tambah pula aku kena buat kerja seorang diri. Tak ada orang bantu.

Aku cakap dengan dia, pusing dulu nanti datang semula. Hahaha. And yes, she came back. Jadi, aku pun setuju dan daftarkan diri.

This is not my first time join grooming class under Mary Kay. Before this, I went to somewhere in Lobak, Seremban and also Ampangan. Both, personal class. Bayaran masa tu cuma RM10 sebab belajar basic sahaja. It was like 5 or 6 years ago. Sekarang dah up RM5 lagi. 

Seronok belajar grooming ramai-ramai ni. We share experiences and the most important, boleh gelakkan orang lain kalau mekap tak lawa. Jahat!

Kalau ada advanced class, memang nak join. Sebab masih fail lagi bab nak lukis kening. Mary Kay, I really love your products but I don't have enough money to buy all. :p

Lip Mask ke Lip Scrub entah memang best sangat. Harus dapatkan satu! Eh.

Okay, penutup. I really hope UEEC UCAM akan terus berkembang dan menawarkan program-program yang lebih menarik untuk staff belajar. Bukan program yang berbentuk teori, tapi program yang berbentuk kemahiran. Otak dah tepu nak absorb segala data dan nota. Hahaha.


Tak dapat nak compare Before & After
Sekian.

XOXO,
sheayang

Thursday, November 24, 2016

Rizalman Bridalwear For ZALORA


Bismillah.




Hai, nasiblah dah kahwin.

Memang sangat menguji iman bila tengok koleksi baju-baju pengantin rekaan designer terkenal, Rizalman ni. Cantik sangat!

Bakal-bakal pengantin yang masih lagi mencari tu, boleh tengok dulu kat sini. Rambang dengan tak rambang je la mata tengok, kan?

Boleh cekidaut dekat website Zalora.

XOXO,
sheayang

Monday, November 21, 2016

Appreciation Post to BFF




Bismillah.

I feel so glad that you are there when I need you. I know sometimes we have different opinions over a thing but that's not the barrier for us to be friends forever. 

You always be the shoulder that I can lean on. When I face difficulties in life, you are the one that can hear and listen to me. When I'm hurt, you comfort me. 

We share most everything together; our ups and downs, tears and happiness, dreams and future. And I hope we'll be always like this.

The distance does not a matter for you and me to keep in touch as long as we know what is the meaning of Bestfriend. 

Thanks for being a good friend. I love you, Bestie. 

p/s : You know who you are and how much you mean to me.

XOXO,
sheayang

Thursday, November 17, 2016

Check Up Kali Ke-4, 19 minggu

Bismillah.

Untuk setiap ibu mengandung, aku rasa masa nak pergi checkup tu la waktu paling excited walaupun kadang-kadang rasa malas nak datang lambat ke pejabat, rasa malas nak minta sign boss setiap kali keluar dan lain-lain masalah sampingan.

Sama la!

Tapi hari ni aku positif. Dah tiga hari rasa tak berapa bersemangat nak kerja, hari ni datang kerja dengan muka senyum. Temujanji dengan doktor pukul 10 pagi, jadi buat la kerja sikit dulu. Dalam pukul 9.30 pagi gerak dari pejabat dan ambil suami di tempat kerja dia pula.

Doktor & jururawat je faham :p
Alhamdulillah, hb naik dari 10.7 ke 11. Jadi, tiada lagi dakwat merah. Hihihi. Berat naik agak mengagumkan. dari 46.1 kg ke 49 kg. Kena pantau bulan depan tak boleh naik lebih dari 2 kg. :) 

Part EDD tu je faham. Yang lain, buat-buat faham.
Sebenarnya, masa check up ni la masa untuk tanya apa saja keraguan di hati. Jadi, akan menyenangkan kita dan kandungan pun dapat dikesan kalau ada masalah ke apa. Kadang-kadang segan juga nak tanya sebab rasa soalan tu remeh. Tapi, sebagai CLIENT, kita ada hak untuk tanya. 

Hari ni aku terlebih tanya sebab yang serve aku tu seorang Matron dan berumur sikit. Confirm banyak pengalaman boleh dikongsikan. Seronok borak sebab kita kita tanya satu soalan, dia akan terangkan dengan jelas. Lepas check up biasa, jumpa doktor pula untuk scan baby. :)

Waktu ni yang paling ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, dah nampak pembentukannya sikit-sikit. Klinik pakai 2D je. Kalau nak clear lagi, boleh pergi klinik swasta. Tapi rasa macam awal sangat, hold dulu sampai 20+ minggu nanti. 

Faktor risiko :'(
Kebarangkalian untuk bersalin di hospital daerah berdekatan rumah mungkin tak dapat sebab faktor risiko tu. Kena bersalin di hospital besar juga macam bayi pertama dulu. Walaupun nampak tak serius sangat, kena la follow the rules.

Kita tunggu lagi 3 bulan macam mana progress dia. Pujuk doktor sampai ke sudah la nanti. Hihihi.

Sekian.

XOXO,
sheayang