HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, July 28, 2016

#NakPenuhkanBloglist 1

Bismillah.

Salam Hari Khamis semua. Kenyangnya perut tidak terhingga selepas melantak banyak di jamuan raya di tempat kerja. Huhuhu.Kena la menghadap kebuncitan perutku ini. Ala, who cares? Pakai je baju besar kasi selindung sikit lelemak kental tu.


Seperti tajuk di atas, kalau tengok bar belah kiri bawah sekali tu memang dah ada tulis 'My Bloglist' tapi masih kosong lagi. Belum ada penghuni. Dengan itu, marilah tolong saya penuhkan ia, anda mampu mengubahnya.

Saya belum decide nak letak berapa limit blog nak letak. Cuma permohonan dibuka sehingga hari Isnin depan (1 Ogos 2016). Merdeka! Hihihi.

Caranya mudah saja.

Klik button 'Follow' blog saya dan kemudian tinggalkan URL blog anda di ruangan komen. Simple, kan?

Harap ramai la join sebab nanti senang saya nak blogwalk sekali. Yehuuu...

XOXO,
sheayang

Monday, July 25, 2016

7 Makanan Perlu Elak Ketika Sakit

Bismillah.

Kita ni Allah dah bagi tubuh badan sihat, kena la pandai jaga, ye dak? Tapi kalau sesekali sakit tu, janganlah dibiarkan melarat pula.

Sekarang ni ramai orang sakit bukan sebab tak cukup makan, tapi sebab makan macam-macam. Ye la, betul orang tua cakap 'masa sihat la boleh makan semua; esok dah sakit, semua tak boleh makan'. Tapi sejauh mana ni nak pegang pada kata-kata itu?

Selalu orang complain makan lauk kat hospital tak sedap. Dah tu kalau nak makan sedap, tak payah duduk hospital. Melantak je kat rumah sana. Dah sakit nanti jangan pergi hospital. Terus je cari tanah kubur, korek sendiri dan masuk dalam tu. Eh, emo pula saya.

 Dah, cukup!

Ramai yang tak tau masa kita sakit ada makanan yang kita tak boleh makan. Dah tu, jom la baca.



1) Kopi
Masa demam, kesan ketara dari kafien dalam kopi boleh menyebabkan kita sakit kepala, banyak berpeluh dan hilang keseimbangan. Bukan itu saja, malah dikatakan kopi mampu melemahkan sistem kekebalan tubuh lalu melambatkan proses penyembuhan. Dah tengok iklan Panadol yang baru? Dua-dua kalau boleh kita nak elak, kan? Sudahnya, rendam kaki dalam air suam + Epsom Salt je la. Moga-moga cepat baik.



2) Keju
Kalau anda diserang cirit birit dan rasa loya, keju adalah makanan yang patut dihindarkan. Ini kerana ianya sukar dihadam sekaligus menjadikan tubuh semakin lemah. Selain itu, ia bakal melambatkan proses melawan bakteria yang menjadi punca kepada jangkitan dan sakit perut. Tapi, kalau dah sihat, makan keju banyak pun takpe. Kalsium katanya.



3) Kacang
Ada bahan di dalam kacang tanah yang mampu meningkatkan suhu badan maka dengan itu ia adalah dilarang untuk dimakan ketika demam. Kacang lain boleh tak? Cuba tanya doktor anda.



4) Telur
Ketika kita menghidap sakit perut, elakkan pengambilan telur kerana enzim yang dihasilkan di dalam perut tidak mampu untuk mencerna protein di dalam telur itu. Keadaan akan bertambah teruk jika kita terus memakannya sama juga macam keju tadi.



5) Kobis dan brokoli
Ada juga sayur yang tak boleh dimakan masa sakit. Sayur ini boleh menyebabkan pertambahan gas di dalam perut dan mengakibatkan kemudaratan jika anda mengalami cirit birit. Jadi, hati-hati memilih sayur.



6) Daging
Kandungan lemak dalam daging akan melambatkan kemampuan tubuh untuk melawan kuman dan bakteria punca penyakit. Elakkan mengambilnya secara berlebihan tetapi gantikan dengan mengambil lebih sayur-sayuran.


7) Makanan ringan
Tiada zat di dalam makanan ringan yang diperlukan untuk tubuh sebaliknya kandungan lemak tepu di dalamnya bakal mengakibatkan badan sukar menghadamnya seterusnya menjadikan keadaan kesihatan kita semakin teruk.

Jadi para ibu perlu berjaga-jaga. Kita amat diperlukan untuk menjaga seluruh isi rumah. Jangan biarkan diri anda sakit dan jangan biarkan orang di sekeliling anda bertambah sakit.

XOXO,
sheayang

Friday, July 22, 2016

Sawan / Cradle Cap / Kerak Kepala

Bismillah.

Masa Maryam lahir, rambut dia memang lebat sangat. Sama lebat macam rambut Lara Alana. Eh! Nak jugak, kan...


Sangat malang kerana terpaksa cukur. Bukan terpaksa, sunat sebenarnya. Itu pun lepas beberapa bulan. Alhamdulillah, ada hikmahnya. Rambut baru yang tumbuh masih lebat dan lebih sihat.

Lepas beberapa hari Maryam lahir, tiap kali siapkan dia, mesti ada bau yang kurang enak kat kepala dia. Mula-mula memang tak tau. Mak pun tak cakap apa-apa. Huhuhu... Bila balik rumah mertua, dia tanya kenapa kepala Maryam bau hamis dan tentulah saya tak dapat nak jawab. Periksa punya periksa, rupanya melekat daki sawan kat kepala dia. Punya la tebal terselindung di sebalik rambut. Rasa nak muntah pun ada bila gosok-gosok kepala dia.

Masa mertua cakap daki sawan tu tercengang juga la. Sebab seingat saya, Maryam tak pernah kena sawan atau meragam luar biasa. Cemas juga mana la tau kot kot in the future plak kena. Hadoi... Punya la naif kan. Tak teringat plak nak gugel masa tu. Hihihi...

Nama lain untuk daki sawan ni ada juga yang panggil tahi sawan atau kerak kepala. Kalau bahasa omputehnya pula panggil cradle cap.

Sangat normal sebenarnya benda ni terjadi pada bayi cuma puncanya tidak diketahui secara spesifik. Ada sumber mengatakan yang sawan ini akan hilang dengan sendirinya. Walaupun ada sesetengah kanak-kanak yang menghidapnya lebih lama.

Masa tu tak pakai petua apa pun. Cuma letak baby oil bagi memudahkan kerak tu tanggal. Berkesan la pada Maryam. Pada anak-anak lain, saya tak pasti. Ibu-ibu kena sabar la sikit buat benda ni. Tak boleh kasar-kasar. Kepala baby kan lembik lagi masa ni.

Bila tergugel, jumpa plak satu petua. InshaAllah boleh digunapakai untuk para mommies yang menghadapi masalah yang sama.

Petua Merawat Sawan Di Kepala 
Sekiranya bayi yang berusia sebulan ke atas mengalami kulit kepala berkudis serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ambil 3 helai daun pandan, 3 helai daun serai dan sedikit air. Bahan-bahan ini direbus hingga asam gelugur menjadi kembang. Setelah air panas suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala. Lakukan setiap kali memandikan si bayi.
Sumber : Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Okay. Sekian saja.

XOXO,
sheayang

Tuesday, July 19, 2016

Siapa Suka Pakai Leggings?

Hai,

Siapa peminat legging kat sini?

Honestly, I'm one of them. One reason yang boleh jadikan anda sebagai pemakai legging yang tegar ialah "perghhh, kurusnya dan panjangnya kaki aku". Kan kan kan? Pls admit! :p

Aku selalu pakai leggings dalam rumah je la, nak pakai kat luar ada rasa segan sikit tapi kalau pergi kerja memang pakai. Sebab pakai baju kurung, kalau tak pakai seluar/legging kat dalam rasa lain macam je. Hew hew hew.

Legging pernah jadi satu fenomena dulu dan masih lagi menjadi kegemaran hingga sekarang. Kalau keluar ke mana-mana, kita akan nampak para remaja terutamanya mengenakan legging bermacam warna. Kadang-kadang boleh sakit mata jadinya. :p

Pasangan untuk legging adalah loose tees. Kalau tak pakai dengan loose tees ibarat tak cukup mengancam. Sekarang ni legging pun dah boleh digayakan secara kasual. Bukan setakat santai-santai tepi pantai mahupun di rumah sahaja. Dengan syarat kena patuh dengan DO & DON'T nya la kan.

Jadi, untuk penggemar leggings for girls yang ingin bergaya, lets cekidaut!
DO
  • Pastikan pakaian yang dipilih sesuai dipadankan dengan koleksi leggings anda. Seeloknya pilihlah t-shirt yang loose atau blouse yang labuh menutupi pinggul. Boyish shirt sangat ngam okay!
  • Pakai koleksi leggings berwarna gelap untuk menampakkan imej kaki yang lebih kecil.
  • Kasut yang dikenakan dengan leggings juga memainkan peranan. Untuk tampil menarik, ankle boots atau pumps sangat menyerlahkan penampilan anda.
 DON'T
  • Elakkan memakai koleksi leggings yang terlampau ketat sehingga menampakkan kaki dan pinggul anda kelihatan besar.
  • Menghadiri majlis formal atau majlis istimewa yang lain dengan mengenakan leggings adalah sangat tidak sesuai.
  • Bagi yang bertubuh gempal, leggings yang bercorak sebolehnya dielakkan.

Jadi sekarang, anda lebih yakin untuk menggayakan legging?

Say yes!

XOXO,

sheayang