Bismillah.
Masa Maryam lahir, rambut dia memang lebat sangat. Sama lebat macam rambut Lara Alana. Eh! Nak jugak, kan...
Sangat
malang kerana terpaksa cukur. Bukan terpaksa, sunat sebenarnya. Itu pun
lepas beberapa bulan. Alhamdulillah, ada hikmahnya. Rambut baru yang
tumbuh masih lebat dan lebih sihat.
Lepas
beberapa hari Maryam lahir, tiap kali siapkan dia, mesti ada bau yang
kurang enak kat kepala dia. Mula-mula memang tak tau. Mak pun tak cakap
apa-apa. Huhuhu... Bila balik rumah mertua, dia tanya kenapa kepala
Maryam bau hamis dan tentulah saya tak dapat nak jawab. Periksa punya
periksa, rupanya melekat daki sawan kat kepala dia. Punya la tebal
terselindung di sebalik rambut. Rasa nak muntah pun ada bila gosok-gosok
kepala dia.
Masa
mertua cakap daki sawan tu tercengang juga la. Sebab seingat saya,
Maryam tak pernah kena sawan atau meragam luar biasa. Cemas juga mana la
tau kot kot in the future plak kena. Hadoi... Punya la naif kan. Tak
teringat plak nak gugel masa tu. Hihihi...
Nama lain untuk daki sawan ni ada juga yang panggil tahi sawan atau kerak kepala. Kalau bahasa omputehnya pula panggil cradle cap.
Sangat normal sebenarnya benda ni terjadi pada bayi cuma puncanya tidak diketahui secara spesifik. Ada sumber mengatakan yang sawan ini akan hilang dengan sendirinya. Walaupun ada sesetengah kanak-kanak yang menghidapnya lebih lama.
Masa
tu tak pakai petua apa pun. Cuma letak baby oil bagi memudahkan kerak
tu tanggal. Berkesan la pada Maryam. Pada anak-anak lain, saya tak
pasti. Ibu-ibu kena sabar la sikit buat benda ni. Tak boleh kasar-kasar.
Kepala baby kan lembik lagi masa ni.
Bila tergugel, jumpa plak satu petua. InshaAllah boleh digunapakai untuk para mommies yang menghadapi masalah yang sama.
Petua Merawat Sawan Di Kepala
Sekiranya bayi yang berusia sebulan ke atas mengalami kulit kepala berkudis serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ambil 3 helai daun pandan, 3 helai daun serai dan sedikit air. Bahan-bahan ini direbus hingga asam gelugur menjadi kembang. Setelah air panas suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala. Lakukan setiap kali memandikan si bayi.
Sumber : Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
Okay. Sekian saja.
sheayang
Memang kena buang.. ada sesetengah bayi takde kerak ni... Kalauada kena buang..bau dia buatkan kita dan baby pun tak selesa.
ReplyDeleteTu la. Bau dia kadang2 kuat sangat.
DeleteAnak2 saya bila lahir rambut mcm xde. Nipis je.
ReplyDeleteRambut nipis senang nak jaga. Hihih.
DeleteInshaAllah lepas cukur, rambut tumbuh lebat.
Kadang-kadang nasib juga, kan.