HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, November 1, 2016

Official Third Year With You.

Bismillah.

Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Masuk tahun ke-3 bersama suami mengajar aku untuk menjadi insan yang lebih baik. Terima kasih kerana terima aku seadanya aku. Kita masing-masing memang punya kekurangan, kadang-kadang mampu ditutup, kadangkala boleh diperbaiki dan kadang-kadang gagal juga nak kawal diri.

Doakan kami agar terus bahagia hingga ke Jannah hendaknya.  

2006
2013

XOXO,
sheayang

Tuesday, October 25, 2016

Tantrum Si Kecil, Tips Untuk Ibu Bapa Menghadapinya.

Bismillah.

Terpanggil rasanya untuk menulis tentang tantrum anak kecil kita. Sejak Maryam cecah umur 2 tahun ni memang dugaan sangat rasanya nak mengawal keletahnya. Kadang-kadang geram, kadang-kadang sedih, kadang-kadang kecewa. Perasaan bercampur baur bila tengok dia tantrum tu.


Apa yang ibu bapa lain kata tentang 'terrible two' adalah benar belaka. Hihihi. Apapun, mereka tetap anak kita, amanah Allah.


Punca tantrum masih menjadi misteri. Tapi, ibu bapa boleh mengenalpasti bila anak mereka berhadapan dengan tantrum ni. Jadi, bila anak tengah melalui fasa kesukaran ini, ibu bapa perlu :

1. BERTENANG
Jangan marah atau melenting sungguhpun dalam keadaan penat atau nak cepat. Maryam sekarang bangun pagi je mesti nak merengek-rengek nak perhatian. Jadi, aku bagi dia calm down dulu, dalam masa yang sama kita pun bertenang walaupun nak bergegas ke tempat kerja. Kalau kita marah pula, lagi menjadi-jadi raungan dan amukannya. Ingat, jangan marah. Ini dinamakan reverse psychology. ;)

2. CUBA PUJUK
Dalam hal Maryam, Babahnya memainkan peranan yang sangat penting dalam pujuk memujuk ni. Selalunya bila aku pujuk, memang tak jalan la. Anak bapak, kannn... Kalau anak lelaki, elok si ibu kot yang pujuk. Bila terpaksa pujuk Maryam, aku gunakan teknik belaian dan urutan dan kata-kata manis serta zikir. Mana yang sempat je la keluar dari mulut ni. :)

3. BUAT APA YANG MEREKA SUKA
Kalau anak suka menyanyi, awak nyanyi la. Kalau dia suka menari, awak menari la. Kalau dia suka makan, bagi dia makanan kegemarannya. Lama-lama mesti diorang cool punya tengok perangai mak bapak dah macam diorang dah. :)
Pokok pangkalnya kita sebagai mak bapak lebih kenal anak kita dan tau cara nak handle mereka. Banyakkan membaca dan belajar. Praktikkan. InshaAllah, akan lebih mudah. Jangan rasa kita gagal bila tak mampu nak handle anak tu sebab kita ni hanya insan biasa yang lemah. Jadi, istighfar la banyak-banyak dan jangan give up sebab kita semua parent yang awesome!


XOXO,
sheayang

Tuesday, October 18, 2016

Tekanan

Bismillah.

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah ni dan masih dapat menatap wajah-wajah kesayanganku setiap hari.

Semenjak dua menjak ni, memang aku akui, aku hadapi sedikit tekanan. Tekanan di tempat kerja, tekanan dalam mengurus rumahtangga, tekanan menjadi ibu. By the way, it's normal (some said). Walaupun hakikat keperitan tu kita je yang rasa dan Allah yang Maha Mengetahui. 

Ada berita gembira, disulami berita duka. Aku cuma mampu berdoa supaya Allah berikan hari yang baik kepada aku. Jadi, aku tak perlu nak fikir perkara-perkara negatif yang berlegar di sekeliling aku ni.

InshaAllah, Doakan aku terus kuat. ;)

XOXO,
sheayang

Tuesday, September 6, 2016

Review : FLYODS KITCHEN

Bismillah.

Jarang-jarang rasanya review pasal tempat makan ni. Entah angin apa yang melanda, TERrajin pula nak menaip. Alkisah memang kerjanya makan luar minggu sudah sempena meraikan hari jadi Maryam. Maryam punya birthday, mak bapak dia yang dapat makan sedap. Kikiki.

Sabor aje la, nak.

Mula-mula encik suami hint-hint dekat FB, pastu pakat tag kita dengan kengkawan dia. Amboi, kemain. Sah-sah mak yang kena belanja paknya ni.

To cut it short, tau-tau kami dah sampai sini. Landmarknya senang je. Dah nampak Jusco, nampak Seng Heng, jumpa dah. Bagi orang luar Melaka, boleh je guna Waze dan cari Floyds Kitchen.

Memang santai sangat tempat ni. Instead of hipster, deko dia sangat minimal. Aku suka!




Gambar dicuri dari Facebook dan Instagram Floyds Kitchen. Mohon halal ye sebab akak datang nak makan je, bukan ambil gambar. Akak ni kuno sikit. Eh!

Ni je pic yang akak sempat snap

Gambar makanan tak sempat nak snap sebab memasing dah kebulur tahap gaban. Makan apa pun dah tak ingat. Memang kena rujuk resit balik.

Eh, entry ni dah sebulan terperuk dalam draft, akak takde masa nak edit diknon. Betapa sibuknya akak ni kan. Yang akak ingat Maryam makan Macaroni Cheese yang aku rasa memang one of her favorite. Masa first try dulu kat Kenny Rogers Roaster. So, bila nampak menu ni dalam list, sepantas kilat akak order.

Godek punya godek, jumpa plak resit.
Ha. Itu la yang akak makan 3 beranak. Nak belanja engkorang, doakan akak kaya cepat. Harga, standard kot. Pandai-pandai la korang bajet masa nak datang tu.

Akak macam dengar tak dengar brader cashier tu cakap hari tu. Macam ada 5% discount kalau kita share pasal Floyds Kitchen ni kat FB. Tak tau la valid lagi ke tidak sekarang. Akak dah rugi 5% kat situ sebab suami akak je yang share kat FB, tapi akak tukang bayar. Huk huk huk.

Cadangan aku : Mohon Floyds Kitchen atau mana-mana restoran pun bagi option untuk kids meal. Kadang-kadang anak kecik tak tau nak bagi makan apa. Kesian depa. Yang lain, keep it up!

Moh support!


Address:

No 5, Jalan Lagenda 3,
Taman 1-Lagenda
75400 Melaka
Contact No. :
013-927 8600

XOXO,
sheayang