Bismillah.
Assalamualaikum & Hai semua.
Ada yang rindu saya tak? Haaaa. Tak payah la nak rindu sangat. Saya ada je aktif di socmed yang lain. Susah nak maintain di blog sahaja.
Saja la selit link sikit.
Personal FB : She Ayang
Page FB : Blog Sheayang
Instagram : @sheayang_
Kejap je dah April, kan? Mac memang sepi di blog ni. Padahal, in real life, rasa macam tak cukup nafas nak uruskan segala hal. Terpaksa dan dipaksa untuk menjadi kuat walaupun mengendong kandungan yang kini dah hampir ke tarikh kelahiran. Seram? Hanya Allah je yang tahu.
Memang minta sangat untuk baby M tak keluar terlalu awal since banyak lagi kerja belum settle. InshaAllah minggu depan dah boleh start bercuti kalau tiada aral melintang. Jangan dibagi last minute task, sudah la ye. Memang nangis tepi bucu workstation ni nanti.
Rasa nak jalan pi toilet pun dah tak larat sekarang. Ye la, pundi kencing dah penuh, toilet pula 30 meter dari office. Jalan pun dah senget-senget tak serupa orang dah sebab tahan kencing punya pasal, kan. Hahaha. Terpaksa la gelakkan diri sendiri. Siapa suruh suka tahan-tahan nak buang air.
Update untuk hari ni, settle check up 38 minggu. Semalam, check up di Klinik Pakar O & G, Hospital Melaka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doktor benarkan untuk bersalin normal bila tiba masanya. Tapi kalau dah sampai due tak bersalin juga, maka kena induce la. Harap dijauhkan. Khabarnya sakit induce tu tidak tertahan.
Weh, contraction pun dah azab, inikan pula induce. Tak sanggup nak bayangkan.
Banyak lagi nak update tapi nak balik rumah dulu. Rindu dah dengan anak-anak. Eh, makin dekat waktu nak bersalin, rasa rindu tu lain macam tau. Awak pula jangan nak macam-macam.
Okbai.
xoxo,
sheayang
wah dah 38 weeks!! semoga dipermudahkan semuanya!!
ReplyDeleteThank you @sisgee . Mudah-mudahan. Aamiinnn... ;)
Deletesemoga dipermudahkan segala urusan :) seronok tgh sheayang pregnant. take care. harap semua go smooth amin.. takpe dont worry insya Allah semua okay :)
ReplyDeleteThanks illy. Aamiinnn... Next baby pula illy. Hihihihi
Deletesemoga dipermudahkan segalanya =)
ReplyDeleteThank you siti. Aamiinnnn.... ;)
Deletesemoga dipermudahkan urusan untuk bersalin. take care ye.
ReplyDeleteThank you ana. InshaAllah Aamiinnn...
Deletedidoakan semoga awak tak overdue. Sy anak last dulu 37wk aje,itu pun dah macam penguin berjalan,semput
ReplyDeletePenguin pun gelak tengok kita jalan cam dia agaknya. Huhuhu. InshaAllah mudah-mudahan segalanya lancar. Aamiinnn...
DeleteMoga rutin harian dipermudahkanNYA.
ReplyDeleteTerima kasih. :)
DeleteSemoga dipermudahkan bersalin nanti... :)
ReplyDeleteTerima kasih. Alhamdulillah dah selamat. :)
Deletealololo comel perutnya tu..
ReplyDeleteBukan perut kita. :P
DeleteAssalamualaikum... sis datang sini balas kunjungan.... wah dah dekat tuuu... take care dan sis doakan semoga semuanya selamat... jgn bimbang.. enjoy that moments! =D
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Terima kasih sudi berkunjung. Alhamdulillah dah selamat semuanya. Aamiinnn
DeleteWah! Tak lama dah. Ke dah selamat bersalin? Anyway, tahniah!
ReplyDeleteDah selamat dah. Alhamdulillah. Hihihi
DeleteSemoga dipermudahkan segalanya nanti ye. In Shaa Allah mudah-mudahan semuanya berjalan lancar
ReplyDeleteTerima kasih ciktie. Tengah berpantang ni.
Deletebdebar aih saat tunggu hari...
ReplyDeleteyg 1st sy mmg plan czer sbb songsang
2nd induce tp lastly czer jgak slps 3 hari induce jln x buka
Allahu. Besar dugaan tu. Harap tak serik nak pregnant lagi.
Deleteaemoga dipermudahkan urusan nak bersalin nanti ya.. ke bersalin dah baru sempat komen hii..
ReplyDelete