Bismillah.
Assalamualaikum & Hai korang!
Bagitau saya, mak mana yang tak risau kalau sesuatu yang buruk berlaku pada anak dia?
Dalam dunia serba canggih sekarang, memang anak-anak kita terdedah dengan bahaya yang kita sendiri tak nampak dengan mata. Kadang-kadang saya rasa menyalahkan pihak lain adalah sangat tidak wajar. Cuma, kalau kita bersatu hati memerangi gejala pedofilia ini, inshaAllah, hidup akan lebih aman.
Cerita pedofilia ini bukanlah cerita baru. Dah wujud berabad lamanya. Entah nafsu serakah apa entah sanggup mempergunakan kanak-kanak dan menakutkan kita sebagai ibu bapa.
Pedofil ini adalah manusia dewasa yang mempunyai gangguan psikologi di mana mereka tertarik untuk melakukan hubungan intim dengan kanak-kanak atau menjadikan kanak-kanak sebagai pemuas nafsu mereka.
Saya kongsi tips yang saya dapat ini sebagai rujukan kita semua untuk menghindarkan anak-anak kita dan kanak-kanak di luar sana dari pesakit jiwa ini.
BERHENTI MEMPAMERKAN GAMBAR ANAK DI LAMAN SOSIAL
Saya akui memang sukar malahan saya pun masih melakukan perkara ini. Bukan tak sayang anak, kita simpan untuk memori kita kemudian hari. Cuma saya boleh bataskan sajalah. Pilih gambar yang sepatutnya sahaja dan pilih audiens anda.
TAK PERLU BERITAHU SATU DUNIA
Status di laman sosial kadangkala boleh mengundang bahaya terutama bila anda memberitahu lokasi keberadaan anda. Kita tidak sedar adanya manusia yang memerhatikan kita dan bersedia untuk menyerang.
AJAR ANAK MENGENAL ANGGOTA BADAN SULIT
Susah untuk dipraktikkan tetapi kalau kita kerap beritahu anak tentang ilmu ini, inshaAllah lama-lama mereka akan ingat juga. Ajar mereka supaya jangan beri sesiapa sentuh 'private parts' mereka walaupun orang terdekat.
SIASAT APA YANG ANAK BERITAHU
Kita sering mengabaikan kata-kata anak tetapi tidak salah bila mereka menceritakan sesuatu yang mencurigakan, anda dengar dan siasat. Bukan percaya bulat-bulat dan bukan juga buat tak endah sahaja. Harus sentiasa waspada dan curiga.
ASINGKAN TEMPAT TIDUR
Perkara utama berlaku di dalam rumah. Jadi, ajarlah anak anda untuk tidur di bilik berasingan supaya tidak terdedah aurat ibu bapanya. Nampak remeh tapi berbekas dalam diri mereka.
HADKAN PERGAULAN
Pergaulan antara adik beradik lelaki dan perempuan perlu dibataskan kerana bimbang apabila semakin dewasa, ia boleh menjerumuskan kepada sumbang mahram. Begitu juga pergaulan anak perempuan dengan ayah. Dalam hal ini, ibu perlu waspada dan bijak mengesan sebarang kecurigaan. Tidak terhad kepada ank perempuan sahaja, anak lelaki pun ada risiko untuk menjadi mangsa pedofilia. Beritahu anak-anak anda tentang pentingnya menjaga keselamatan diri.
JERIT & LARI
Ajar anak kecil anda, jika 'orang jahat' sama ada yang dikenali atau
tidak dikenali mengganggu mereka (menyentuh bahagian sulit mereka)
segera menjerit sekuat hati, menggigit orang itu dan larikan diri sejauh
mungkin daripada orang itu. Sekurang-kurangnya ini dapat melepaskan
mereka daripada menjadi mangsa.
Isu pedofilia sebenarnya telah lama berleluasa di negara ini dan ia
semakin berkembang mengikut peredaran masa seperti menerusi laman sosial
di internet.
Berhentilah daripada menjadi ibu bapa yang tidak peduli denga isu
pedofilia. Jangan sudah terkena batang hidung sendiri baru hendak
mengambil tindakan. Ambillah iktibar daripada kes pedofil yang mendapat
perhatian duni ini.
Jagalah keselamatan anak kita di mana sahaja mereka berada. Ibu bapa
yang bertanggungjawab melindungi anak-anak kecil daripada menjadi mangsa
jahat si pedofil.
Sumber: BERNAMA
xoxo,
sheayang
Isu pedofilia semakin berleluasa sekarang. Geram marah bila baca berita ada isu ni. Tak faham betul dengan nafsu serakah terutama yang makan darah daging sendiri. Huhu.
ReplyDeleteGood sharing, Shea!
Betul tu. Geram asyik isu sama je. Macam takde hati perut pula kan.
DeleteThanks siqah! ;)
good tips, banyak illy belajar :) expecially suruh dia jerit and lari tu <3 tq dear..
ReplyDeleteYes, bila dah ada kids ni kena extra careful. Welcome illy. :)
DeleteTakutnye .lg2 ank perempuan .perlu lebih phatian.. kena alert dgn keadaan skeliling
ReplyDeleteBetul tu. We never know kan. Bahaya are everywhere.
ReplyDelete