Bismillah.
Assalamualaikum & Hai korang!
Kejap je dah hari Jumaat, kan.
Sempena hari Jumaat yang mulia ni, aku nak share story je la. Since mood blogging pun belum mari sangat ni, mari membaca cerita je la.
Cerita ni aku dapat dalam tulisan berbahasa Inggeris tapi aku Melayukan la ye.
Ada sebuah mesin yang mengalami kerosakan di dalam sebuah kilang.
Pemilik kilang itu telah mengupah beberapa orang pakar untuk cuba membaikinya namun mesin masih belum dapat berfungsi. Sehinggalah, ditemukan seorang lelaki tua yang memang kerjanya membetulkan mesin sejak dari muda.
Dia membawa bersama beg besar yang berisi peralatan dan setibanya dia di kilang tersebut, dia bergegas bekerja.
Dia memeriksa mesin itu dengan teliti, dari atas hingga ke bawah. Setelah itu, dia mengambil tukul besi kecil dari beg yang dibawanya. Dia mengetuk sesuatu dengan lembut. Dan tanpa diduga, mesin itu kembali bernyawa.
Dia menyimpan semula tukulnya.
Seminggu kemudian, pemilik kilang tersebut mendapat bil dari lelaki tua yang membaiki mesinnya itu dan alangkah terkejutnya dia bila bil yang tertera jumlah RM1,000 itu.
"Apa?! Dia tidak buat apa-apa pun!" katanya tanda tidak puas hati. Dia kemudiannya menghantar nota berbunyi "Sila hantar bil yang terperinci"
Lelaki tua itu kemudiannya menghantar bil yang lengkap.
Mengetuk dengan tukul ............. RM2/-
Tahu di mana untuk diketuk .............RM998/-
Sekian.
Apa kesimpulan yang dapat anda buat dari cerita ini / pengajaran yang anda dapat?
XOXO,
sheayang
Fuhh. Pengalamannya yang begitu luas dalam membaiki mesin tu begitu hebat sampai tahu di mana nak diketuk. Pengalaman dan pengetahuan tu yang paling mahal!!
ReplyDeleteKannn, jangan pandang org takde mata, ye tak? Hihihi...
Delete"Tahu di mana untuk diketuk" - WIN
ReplyDeleteDalam cerita kat atas, dah terang lagi bersuluh yang pengetahuan dan pengalaman adalah sangat penting. dan boleh buat duit. Hihi
Tau takpe. So lets kumpul pengalaman banyak2 pastu demand gaji. Hahaha...
Delete