Monday, September 22, 2014
7 weeks old :)
Sunday, September 21, 2014
Cabaran 30 Hari [Hari 14] - Cerita kasut SheAyang
Cabaran 30 Hari [Hari 13] - 5 Blog Kegemaran SheAyang
Cabaran 30 Hari [Hari 12] - 5 Wishlist SheAyang
Friday, September 19, 2014
Cabaran 30 Hari [Hari 11] - Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak
Bismillah.
Bila baca topik ni, tiba-tiba tersenyum sorang-sorang. Walaupun hakikatnya otak tengah ligat fikir nak taip apa. Aduhai. Nak me'recall' kisah lampau ni yang perit sikit ni. Memori tak berapa bagus la.
Haaa... Dapat dah.
Tapi kalau tulis kang meleret-leret jadinya. Boleh buat novel. Huhuhu. Jadi, aku tulis point-point yang penting je la ye.
Aku rasa masa tu aku darjah 6. Masa sekolah petang (baca : Ko-Kurikulum), aku stayback la. Nak balik rumah, malas. Bukan ada orang pun.
Aku dengan kawan decide nak pergi kedai kat bawah nak beli stok kunyah-kunyah. *sekolah aku atas bukit*
Lalu, kami pun memulakan perjalanan. Sedang kami berbual-bual, kami dengar ada bunyi tapak kaki dekat sangat dengan kami. Seraya kami menoleh ke belakang. Tak nampak apa!
Kemudian kami tunduk pula ke bawah sikit, lalu secara otomatiknya kami buka langkah seribu.
ANJINGGGGGGG....
Jerit kami.
Sedar diri ini bukan seorang atlet maka aku dengan tindakan bijak telah membuat U-Turn setelah membuat larian sejauh 20 meter. *bijak kan?*
Anjing tersebut terus mengejar kawan aku namun malangnya kawan aku dapat meloloskan diri dengan memanjat tangga Dewan Orangramai kat kawasan tu. Aku syak anjing tu malas nak naik tangga. Jadi dia biarkan kawan aku tu.
Maka, terselamat la kami berdua lalu berdekah la ketawa kami dan berjalan la kami ke kedai untuk membeli jajan.
Pengalaman lucu yang memenatkan atau Pengalaman pahit yang melucukan? Dua-dua pun aku terima.
#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari
XOXO,
sheAYANG
Cabaran 30 Hari [Hari 10] - Apa Di Dalam Handbag SheAyang
Cabaran 30 Hari [Hari 9] - 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian SheAyang
I like u! Ahahahha |
Ishhh...Mata dia... |
Yes boss! |
Monday, September 15, 2014
Cabaran 30 Hari [Hari 8] - 5 Lagu Cinta Kegemaran SheAyang
Cabaran 30 Hari [Hari 7] - Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi SheAyang
Cabaran 30 Hari [Hari 6] - Apa Yang SheAyang Makan Hari Ini
Sunday, September 14, 2014
LIEBSTER AWARD 2014 : Tagged by Kak Norma
Untuk pertama kalinya, rasa macam tercalon untuk Anugerah Bintang Popular la plak. Puas aku gugel pasal Liebster Award ni tapi pakcik gugel ni kedekut sangat nak bagitau. Jadi, aku kopipes je la apa yang blogger lain buat yer. Jangan mareee...
Biarlah aku bagitau syarat-syaratnya dulu.
Rules when being nominated :Ampun! Memang syarat ditaip dalam English. Tak kuasa aku nak translate. Nanti jadi bunyi lain plak.
1-Mention the person who nominated you with a link to their blog. /
2-Answer the 11 questions asked. /
3-Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
4-Create 11 of your own questions for them to answer.
5-Notify your nominate
Ayuh, kita mulakan!
1-Mention the person who nominated you with a link to their blog.
Kak Norma
2-Answer the 11 questions asked.
1. Siapakah orang yang paling rapat dengan anda ?
Mestilah, suami saya :)
2. Sekiranya tiba2 anda mendapat duit RM1 juta, apakah yang anda akan buat dengan duit tersebut ?
Pergi Umrah & Haji, beli rumah, melabur untuk masa depan.
3. Apakah sesuatu @ tempat yang memberi anda ketenangan ?
Ilhamina Maryam, anak kesayangan hamba.
4. Jika ternampak orang datang meminta derma, adakah anda akan marah ?
Pasti tidak.
5. Apakah yang boleh membuat anda tersentuh @ menangis?
Bila tengok Maryam menangis.
6. Jika ditawarkan satu tempat percutian percuma, manakah tempat yang ingin anda lawati.
Maldives! :)
7. Biasanya hari minggu apakah aktiviti anda ?
Bersiar-siar ke tempat rekreasi atau pusat beli-belah.
8. Adakah anda sudah berkahwin / berkeluarga?
Sudah berkahwin dan punyai seorang anak.
9. Anda berasal dari negeri mana ?
Negeri Sembilan.
10. Adakah anda masih mempunyai ibubapa ?
Ya, Alhamdulillah.
11. Buku yang anda suka baca ?
Buku keluaran FIXI.
3-Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
http://notasangsemut.blogspot.com
http://ziraleeyas.blogspot.com
http://farah-wawa.blogspot.com
http://ciklisa99.blogspot.com
http://tentanghati98.blogspot.com
http://tupperwaremurahnass.blogspot.com
http://katanajeeb.blogspot.com
http://notashalimar.blogspot.com
http://farahamzah.my
http://maryati2you.blogspot.com
http://mamamyja.com
4-Create 11 of your own questions for them to answer.
- Anda berasal dari mana? Menetap di mana?
- Namakan jenama telefon bimbit yang anda gunakan beserta modelnya.
- Nyatakan model kereta idaman anda.
- Posisi tidur yang paling anda sukai.
- Apakah bentuk wajah anda?
- Anda anak ke berapa dalam keluarga?
- Benua manakah yang paling kecil di dunia?
- Berapa ringgit harga nasi lemak di tempat anda?
- Aksesori pilihan anda?
- Apa yang menyebabkan anda rasa tertekan?
- Dah follow blog saya?
5-Notify your nominate
Done!
Harap yang di-tag ni sudi membalasnya. Jangan tag semula dah la ye. Jenuh nak fikir soalan dari fikir jawapan. Hehehe...
XOXO,
sheAYANG
Saturday, September 13, 2014
Cabaran 30 Hari [Hari 5] - 3 Perkara Yang SheAyang Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih
Cabaran 30 Hari [Hari 4] - Buku Kegemaran SheAyang
Gobok kecil-ku |
Zaman Si Manis 17 |
Cabaran 30 Hari [Hari 3] - Sesuatu Yang Menguatkan SheAyang
Sekadar hiasan. Mohon tidak terpengaruh :p |
Friday, September 12, 2014
Cabaran 30 Hari [Hari 2] - 5 Cara Memenangi Hati SheAyang
Bismillah.
Apa? Nak tackle hati-ku? Ingat mudah?
Perghhh...
Hati gua keras, Roy. Keras! Ahahaha. Keras sangat la!
Lets cekidaut!
1) Hormat aku.
Walaupun aku perempuan, walaupun aku muda dari kau, walaupun aku kuli kau, walaupun aku tak kenal kau, tolong respek! Orang timur ni kan kaya dengan sopan santun berbahasa, lemah lembut tutur kata. Jadi, tak kira apa gender, pangkat, usia, bangsa, agama, keturunan dan lain-lain, sematkan dalam diri rasa hormat tu. Bila kita hormat orang, otomatik, orang akan hormat kita, inshaAllah.
2) Bagi kejutan.
Jangan la bagi kejutan yang boleh buat aku kena serangan jantung plak. Cukupla sekadar kejutan yang sweet seperti bagi teddy bear masa aku merajuk, masakkan untuk aku bila aku marah atau hadiahkan aku pakej percutian idaman. Gittew. Curlast tak?
3) Jangan bagi aku penat.
Sebab bila aku penat, aku akan stress. Bila aku stress, aku akan jadi moody. Bila aku moody, aku akan cepat marah orang. Bila aku marah, aku lambat nak cool down. Bila lambat cool down, orang akan buat aku penat lagi. Dan begitulah cycle-nya yang takkan ada kesudahan.
4) Jadi diri sendiri
Orang yang berpura-pura jadi orang lain ni adalah sangat annoying di mata aku. Sebab aku percaya, manusia tu tak sempurna. Jadi, tak payah la nak nampak perfect sangat.
5) Be gentle.
Aku tak suka orang yang kasar, honestly. Tapi kadang-kadang yang kasar tu lebih mulia sebenarnya dari yang acah-acah baik. Entahlah. Yang aku tau, aku tak boleh masuk dengan orang-orang yang kasar ni. Bukan tak boleh langsung, tapi makan masa sikit la. So please, be gentle!
Banyak lagi sebenarnya nak list down tapi macam over sangat plak. Dah kenapa nak memenangi hati aku, kan?
Tunggu Maryam dah besar, aku buat sesi temuduga cari calon suami untuk dia, barulah cara-cara ni boleh digunapakai. Wah, tinggi menggunung betul harapan ni. Ahahaha
Sekian saja rapuan untuk topik ni.
#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari
XOXO,
sheAYANG
Cabaran 30 Hari [Hari 1] - 1 Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang SheAyang
Bismillah.
Amboi, ketaq tangan nak sahut cabaran ni. Tapi aku cuba naaa... Kata sama-sama nak jadi blogger konsisten. Huhuhu...
Nah!
Mak Buyung with Qaseh |
Ni yang paling latest ada dalam simpanan. Gambar masa raya, 2 hari sebelum melahirkan Maryam. Lepas tu tak kuasa nak ambil gambar sendiri dah. Gambar anak je penuh dalam handphone. Hehehe...
Dan fakta tentang aku :
1) Baru bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan yang comel. Gila kalau tak mengaku anak sendiri comel. Siapa lagi nak puji anak sendiri, weh?
2) Mempunyai banyak nama gelaran. Kadang-kadang sampai orang tegur kita, kita tak perasan. Panggil nama entah apa-apa.
3) Bukan orang yang suka selfie. Sebab tak rasa yang diri ni fotogenik, cuma kadangkala fotogedik sikit je. Tapi bila orang lain ambil gambar, aku suka nak menyibuk. Ahahaha
4) Suka mengemas. Tapi ikut mood la. Kalau mood mari, habis licin satu rumah kasi clear. Kalau mood tak berapa mari, ala kadar la hasilnya.
5) Pemalu dan pendiam. Yang ni toksah la nak elaborate lebih-lebih. Sendiri faham la kan.
Dah.
Task completed!
Bila baca balik, macam tak menarik. Tapi, peduli la. Asalkan ada benda nak taip. Hehehe...
Kita tunggu task seterusnya.
#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari
XOXO,
sheAYANG
Thursday, September 11, 2014
Rasa Tercabar
Bismillah.
Maryam kejut aku. Dah time untuk dia menyusu. Aku ni kalau dah bangun, payah plak nak tidur balik. Aku dok ulit-ulit anak, dia pun tak layan. Jadi, aku update la sikit apa yang mampu.
Update thru phone ni memang mencabar la. Kau nak edit pun setakat nan hado. Redho je mampu.
Sejak join group Kelab Blogger ni, notifications selalu masuk bertalu-talu. Naik kejang jari nak scroll atas bawah. Tapi Alhamdulillah, banyak juga dapat belajar.
Dah dasar keturunan pantang dicabar, aku tengok depa dok hashtag Cabaran 30 Hari, aku pun try tanya otai-otai macamana nak join. Apa lagi, depa bagi green light untuk join. Tapi belum sempat nak post entry. Mungkin esok baru mula. Takpe, pelan-pelan kayuh. Asal konsisten.
Aku tengok senarai tajuk yang depa bagi ni, boleh tahan tahap mencabarnya. Apa-apapun kita cuba je buat. Anak cucu nak baca esok ni. Hehehe...
Okay. Gerak dulu la. :)
#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari
XOXO, sheAYANG
Wednesday, September 3, 2014
Wahai anak
Setiap anak Adam yang dilahirkan disentuh oleh syaitan pada saat dilahirkan oleh ibunya kecuali Maryam dan anaknya.
-Riwayat Bukhari dan Muslim-
Perjuangan kamu baru nak bermula, anakku. Ibu tak mampu melindungi kamu setiap waktu tapi Ibu akan mendoakan kamu tak kira waktu. -sheAYANG-
sheAYANG