HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, September 19, 2014

Cabaran 30 Hari [Hari 10] - Apa Di Dalam Handbag SheAyang


Bismillah.

Eh, dah kenapa nak tau apa yang ada dalam handbag aku ni? :p

Takde apa yang menarik pun. Sumpah! Tapi dah alang-alang baca tu, biarlah sampai habis, ye dak?

Nah, belanja gambar satu!


1) Buku Pink a.k.a Rekod Kesihatan Ibu & Anak.
Benda wajib bawa gi mana-mana sekarang! Kalau takde, memang kena patah balik. Tapi setakat ni tak pernah tinggal lagi. Hehehehe.

2) Beg mekap.
Ni pun wajib. Tapi kadang-kadang tinggal gak sebab macam semak je kan. Dalam beg ni, ada barang-barang yang basic je macam bedak, lip balm, eye liner, maskara. Eh, macam bawa semua je? :p

3) Dettol & Optrex & Balm (baca : minyak angin).
Ni jatuh hukum harus walaupun kalau bawa memang jarang pakai. Buat penuh bag je. Baik tulis 'First-Aid Kit' je, kan senang?

4) Losyen.
Aku suka bau baby. Jadi, losyen sangat sesuai untuk melambangkan watak aku ni. Huhuhu. Fake plak rasanya buat ayat gedik gini.

5) Wallet.
Bukan wallet laki aku. Suka wallet rather than purse. Wallet nampak nice and easy to keep. Yang aku tak faham, lelaki sekarang suka usung purse ke sana sini. Tak manly langsung!

6) Earphone.
Tau fungsi dia tapi jarang sangat berfungsi untuk aku.

7) Pen.
Faham fungsi dia kan? Nampak remeh, tapi besar gunanya.

Puas hati dapat selongkar?

Eh, kalau takde topik ni, rasanya memang sampai ke sudah aku tak kemas handbag ni. Hehehehe. Besar maknanya topik kali ni.

Nora bagi 4 bintang!

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

XOXO,
sheAYANG

3 comments:

  1. oh selama nih handbag bersepah eh.. hihik ^_^

    ReplyDelete
  2. Nice..simple je kan..takde nak bawak beg besar sangat..hihi

    www.naturalhealthyandbeauty.blogspot.com

    ReplyDelete