Thursday, August 29, 2013
#25 : Pergi mati
Ada sedikit rasa give-up dalam diri
Tatkala semua orang tak ambil peduli
Nak harung macam mana lagi?
Tak nampak muka aku serius macam nak mati?
Rileks dulu,
sheAYANG
Wednesday, August 28, 2013
#24 : Sedia
Masih kaku
Menunggu hari ditunggu
Bersediakah aku?
Bersediakah aku?
Bersediakah aku?
Getar
Debar
Bersatu
Memecah menjadi beribu
Jangan gusar
Usah kesal
Penuhkan kobar
Kerana kau kental
Salam,
sheAYANG
Thursday, August 15, 2013
#23 : Dah jumpa dah bulannya...!
Bismillah.
Syukur semuanya sudah dibincangkan. Harap-harap tiada lagi halangan lepas ni. Maksud aku, halangan mengenai tarikh. Aku harap semua setuju dan tak sentap-sentap lagi.
Maaf-lah aku terpaksa bekerja pada hari tersebut. Cuti tak banyak.
Okay. Lagi lebih kurang 2 1/2 bulan dan biasa-lah, mesti akan rasa gementar punya.
Semoga Allah permudahkan segalanya. Aminnn...
Sumber : Pakcik Sayang |
Dapat yang sempoi macam ni pun, jadi-lah. Besederhana tu kan lebih baik, inshaAllah.
Salam,
sheAYANG
Monday, August 12, 2013
#22 : SHRMZB, people!
Bismillah.
Assalamualaikum,
Allah masih panjangkan usia aku dan kalian untuk terus bernafas di atas muka bumi yang fana ini. Ayat ni kalau boleh, tak nak mengalahkan ustazah. Nanti sentap. Be humble je sudah la ayang. Bukan orang kenal kau pun di alam maya. Kau bajet-bajet baik pun ada orang dengki. Buat buruk, lagi la orang mengata.
Ah, sudah. Melalut ke laut pulak.
Hari aku menaip entry ini lagi 9 minit nak menuju ke hari raya yang ke-5. Makanya, akan menjelang hari Isnin. Dan secara otomatiknya, hari Isnin adalah hari aku mula bekerja kembali. Oh no...!!
Oh, yes. Alhamdulillah. Allah masih bagi aku kudrat untuk mencari rezeki. Syukur sangat ya Allah.
Dan di kesempatan ini, aku taknak taknak dan taknak ketinggalan untuk ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia Ampun Maaf Dipinta Mencuci Hening Dosa' ... So, shortform tahun depan akan ditukar kepada 'SHRAMAMDMHD'... Sumpah memang mintak penyepak di hari raya kannnn....
Mohon untuk aku teruskan ucapan.
Dengan ini, aku nak minta maaf zahir dan batin kepada semua orang yang aku pernah buat salah. Terkutuk, terumpat, tersekeh kepala, tertackle kaki, terkenyit mata, terbisik-bisik benda tak baik, tertengok apa yang tak patut, terajak pergi ke tempat tak senonoh, banyak sangat TER. tak TERmampu nak taip sudahnya.
Hidup manusia ni penuh dengan maksiat. Apa saja maksiat, mohon ditinggalkan segera. Bulan Ramadhan adalah permulaan untuk sesuatu yang baik. Jadi, istiqamah-lah dalam meneruskan perkara yang baik itu. * #self-reminder *
Semoga Allah menerima segala amalan kita. Dan semoga Allah permudahkan urusan taubat kita. InshaAllah.
Sekian,wassalam.
Sayang,
sheAYANG
Saturday, August 3, 2013
#21 : Cita-cita
Bismillah.
Assalamualaikum,
Lagi beberapa hari lagi nak raya. Semua orang dah mula buat kuih, atau mungkin dah siap kuihnya. Semua orang dah start beli baju raya, yang mungkin dah berbulan diambil dari tailor. Dan semua orang, I mean budak-budak dah start main mercun here and there, atau mungkin ada yang dah masuk hospital. Okay. Gurau.
Asal nak raya je aku akan jadi orang yang paling stress dalam rumah. Nak kemas itu ini, tapi tenaga tak mencukupi. Nak alih perabot itu ini tapi kudrat tak dapat tampung. Stress, kan? Cita-cita nak buat rumah macam syurga tapi bila nak merealisasikan tu punya azab. Betul orang tua-tua cakap, bukan senang nak senang. *tiba-2*
Aku ni banyak sangat konflik dalam diri. Hati ni jahat sangat dok suruh buat benda tak patut.
Genap setahun aku kat company baru, awal bulan Julai lepas. Dah setahun kira baru ke? Hehehe. Kerja seronok, tengok Bangla dengan Nepal bergaduh, tengok Indon dengan Bangla bercinta, tengok Sales dengan Production bertekak. Seronok. Sangat seronok. Tapi bila fikir-fikir balik, aku rindu dengan hidup aku yang gemilang dulu.
Gemilang sebab kerja okay, pangkat ada, gaji mampu beli apa yang aku nak. Cuma aku je bodoh. Bodoh sikit je. Tak fikir panjang. Buat keputusan semua ikut nafsu. Ikut perasaan. Ikut rasa serabut dan celaru. Tapi menyesal kemudian apalah gunanya kan?
Aku banyak kali tanya pada diri.
Apa cita-cita kau yang sebenar?
Dan sampai sekarang aku masih tak jumpa jawapan. Jawapan yang sebenarnya datang dari dalam diri aku sendiri. Takkan aku tak kenal diri sendiri?
Aku serah takdir aku bulat-bulat pada Allah. Teruknya aku. Langsung tak nak usaha perbaiki diri, tak ada inisiatif nak majukan diri. Memang teruk. Dan aku tambah malu bila adik-adik bawah aku tanya pasal misi visi hidup aku, objektif hidup aku, kerjaya aku, matlamat aku. Aku boleh je sembang kencang dengan diorang tapi apa hasilnya untuk diri aku. Sampah!
Kadang-kadang kita pilih jalan berbeza dari orang lain. Kita marah bila orang lain tentukan hala tuju hidup kita. Kadang-kadang mereka cuma bagi petunjuk untuk kita nilai bukan untuk kita ikut. Dan sering terjadi juga kita pilih untuk buat benda yang kita suka tapi akhirnya ia menjahanamkan kita. Make sense!
Tak larat nak merapu. Lagi dilayan, lagi serabut jadinya.
Saya mohon undur diri.
Raya ini, instead of ucapkan 'Selamat Hari Raya' cuba ubah cakap 'Moga Allah menerima amal saya dan juga kamu'.
Salam,
sheAYANG
Thursday, August 1, 2013
#20 : Sisi Gelap
Sisi gelap tidak mampu diubah,
Sukar untuk dilupa,
Jadikan saja ia sebagai tauladan,
Untuk kau mengembara,
Jauh ke masa depan.
Cintai aku kerana aku,
Jangan membenci aku kerana masa silamku,
Kerana setiap insan,
Punya sisi gelap yang berbalam.
Sekian,
sheAYANG