HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, December 10, 2021

Dah cuba SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum?


Sebagai seorang ibu yang bekerja, aku sangat mementingkan penjagaan wajah terutamanya kulit. Bila bekerja, kita akan berhadapan dengan ramai orang. Nak pula di kala pandemik ni, dengan pemakaian pelitup muka sepanjang 8 jam bekerja, kalau tak dijaga kulit muka kita, entah apa yang akan jadi.


Hampir semua orang tahu, Safi adalah jenama Halal skincare no. 1 di Malaysia. Baru-baru ini, Safi merasmikan rangkaian Safi Youth Gold iaitu rangkaian baharu anti-penuaan dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold. Rangkaian baru ini memfokuskan kepada mereka yang mencari penyelesaian kepada masalah penuaan dengan produk yang mampu milik dan produk yang berkualiti.




Demi memenuhi keperluan pelanggan, Safi Youth Gold memperkenalkan 2 produk baru dalam rangkaian ini iaitu Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser. Dengan kombinasi penggunaan kedua-dua produk ini boleh mengurangkan masalah dagu berlapis (double chin) dan kulit kendur sebanyak 50%  dalam masa 15 minit. Wow, tak? 


Confirm wajah tampak lebih muda dan berseri-seri dengan kulit yang lebih anjal dan dagu yang runcing dan tirus lepas tu.

Untuk kali ini, aku nak cerita lebih tentang Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift, kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa. Ciri yang dicari oleh kebanyakan wanita untuk serum ialah yang tidak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit dan ciri itu memang terdapat dalam Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum. Ia juga diperkaya dengan Duo-Age Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit iaitu :

  • Menegangkan kulit
  • Meningkatkan keanjalan
  • Mengurangkan garis halus & kedutan
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Melindungi kulit dari pengoksidaan
  • Meningkatkan kehalusan kulit
  • Memperbaiki kulit rosak

Dah teracun ke tu? Meh nak bagitau harga pula.

Untuk Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum berharga RM59.00 manakala Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser pula cuma RM19.80 ye. Mampu dimiliki, kan? Dan produk boleh didapati di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada. 


Kalau korang nak dagu runcing & muka tirus, boleh beli sekarang di outlet berdekatan atau klik saja link di bawah ni.

 

Untuk lebih maklumat, boleh ke laman sosial Safi di :

Instagram - @safimalaysia 

Facebook - @SAFI.My

Twitter - @SAFImalaysia

Youtube - SAFI Malaysia


Selamat mencuba!


xoxo,

sheayang


Post a Comment