HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, August 31, 2021

Wrap Up - Ogos 2021


Bismillah. 

Assalamualaikum & Hai semua.

Harapnya kita semua dalam keadaan yang baik.

Lama dah tak menulis ni rasa sedikit kekok walaupun selalu merapu di media sosial yang lain. Hihihi.


Kredit : 1001ucapan.com

1. Sebagai warga Malaysia, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 buat semua walaupun cuma berbaki beberapa minit menuju ke bulan September. Di waktu pandemik melanda ni, banyak masalah yang kita dan negara sedang hadapi. Apa apapun, semoga kita sentiasa teguh sebagai bangsa Malaysia yang bersatu. 

Apa yang kamu banggakan bila bercakap tentang Malaysia? Sila kongsi.


2. Hari ni juga hari ulangtahun perkahwinan Mak & Abah yang ke-42. Alhamdulillah, sebagaimana teguhnya Malaysia, begitulah teguhnya cinta antara mereka. Ewah! Anak-anak sentiasa mendoakan kebahagiaan Mak & Abah hingga ke syurga. Tak ada kejutan dah 2 tahun dah ni. Hanya cheese tart dan chocolate bouquet pengganti diri anak-anakmu yang berada jauh ni. Yang dekat tu confirm dah bagi macam-macam. Hihihi.


3. Masih dalam tempoh kuarantin berbaki 4 hari lagi. Rasa tak kuat nak terperap di rumah tapi demi rasa tanggungjawab pada negara, ku pertaruhkan jua. Cerita pasal kuarantin ni lain kali je la. Tambah pula, bukan penting pun.

4. Walaupun dah berbulan duduk di rumah, masih belum mampu untuk menguruskan pdPr anak seorang diri. Walaupun yang bersekolah baru seorang. Ada saja kerja yang terlupa nak hantar, borang kehadiran yang tak ingat nak isi. Memang ke laut dalam kadang-kadang. 

Rasanya cukup untuk Wrap Up bulan Ogos ni. Semoga bulan depan akan lebih baik.

Kamu pula bagaimana?

xoxo, 
sheayang

6 comments:

  1. Selamat menyambut hari kebangsaan . Stay safe

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut kemerdekaan negara Malaysia ke 64! :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Merdeka. Happy aniversary buat ibubapa sis, moga berbahagia selalu.

    ReplyDelete