Bismillah.
Assalamualaikum & Hai semua.
Hari ni hari keputeraan nabi kesayangan kita yang juga nabi yang terakhir, Nabi Muhammad SAW.
Saya kongsikan sedikit biodata baginda.
Biodata Rasulullah SAW
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
Kredit : Biodata Rasulullah SAW
Betul ke sambutan Maulidur Rasul ni termasuk dalam perkara bida'ah yang mesti dielakkan?
Imam al-Suyuti meriwayatkan daripada Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafii. Imam al-Syafii berkata: Perkara-perkara baharu yang diadakan terbahagi kepada dua bentuk :
Perkara yang diadakan menyalahi al-Quran, al-Sunnah, pandangan ulamak salaf dan ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang sesat
Jika perkara yang diadakan itu ada kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada al-Quran, al-Sunnah, pandangan Ulamak Salaf Dan Ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang tidak tercela.
Oleh itu, berdasarkan pandangan ini sambutan Maulidur Rasul tidak termasuk di dalam perkara bid’ah (perkara baharu) yang menyesatkan. Selagimana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kredit : MAIS
Apa perkara yang boleh dilakukan sempena Maulud Nabi ini?
1. Berpuasa
Antara amalan yang boleh untuk dilakukan adalah berpuasa. Diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:
“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”. -Riwayat Muslim
Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut. Maka, jika Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari Baginda dilahirkan begitulah juga yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada hari ini, sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana diutuskan Rasulullah SAW.
2. Berselawat
Berselawat juga antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Perbuatan berhimpun di masjid atau di surau, di samping dapat solat fardu berjemaah. Demikian juga amalan berzanji yang dimaklumi mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan selawat kepada baginda tidak dapat dinafikan mengandungi banyak kebaikan di dalamnya. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali”
-Riwayat Muslim dan Abu Daud
3. Bersedekah & berbuat baik
Sebagai mencontohi baiknya peribadi Rasulullah SAW, perbanyakkanlah sedekah dan berbuat baiklah dengan semua makhlukNya.
Dalam apa sahaja yang kita lakukan, bersederhanalah.
Jadi, apa perancangan untuk hari esok?
xoxo,
sheayang
Salam Maulidur Rasul ❤️
ReplyDelete