HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, September 18, 2019

Half Year 2019 Recap


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Harap semuanya sihat-sihat belaka. Maklumlah jiran sebelah dah mula kirim asap, pasti kita terkena tempiasnya. Siapkan awal-awal mask N95 sebagai perisai.

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah ada dalam 3rd quarter untuk tahun ni. Apa pencapaian anda sepanjang 6 bulan yang lepas? Hihihi.

Aku hanya menulis 7 post untuk 6 bulan yang lepas. Bulan Mac dan Mei langsung tiada pengisian dan aku namakan 2 bulan itu sebagai bulan Malas. Bulan M kan. :P



Entry yang paling mendapat sambutan ialah entry ini ---> Kantoi MGTT

Mugkin ramai ibu-ibu mengandung yang mencari info pasal kencing manis agaknya. Tambahan pula masa ni aku kuat menempel di segala group blog di Facebook. Jadi, tinggi la sikit rating untuk entry ni.

Eh, nak cerita pasal recap, apsal cerita pasal entery pula. Maafkan hamba.

Januari 2019
Maryam mula sekolah awal tahun ni. Excited dia & Ibu lain macam. Maklumlah, pengalaman kali pertama. Memang banyak kena soal dan kena hadap. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Attend family dinner belah husband di Sungai Rembau Ikan Bakar. Serius kena repeat sebab hari tu tak sempat buat review.

Februari 2019
Kandungan semakin sarat masa ni. Rasa nak tercabut otot lutut ni sebab berjalan hantar Maryam ke kelas sambil dukung Mizwar. Sentiasa ingat ada sahamnya di sana nanti.

Cuti sempena Tahun Baru Cina, short vacay dengan family belah hu8sband di Pengkalan Balak. Dapatlah hirup udara segar sambil menanti hari nak bersalin. Hihihi.

Balik dari vacay, baru ada mood nak kemas dan packing barang baby. Start keluarkan baju-baju Maryam dan Mizwar yang masih elok untuk dipakai.

Mac 2019
Awal Mac memang berjalan je kerja. Masuk hujung Mac segala seram seriau semua muncul. Minggu last bulan Mac dah rasa Braxton Hicks. Memang menguji kesihatan mental betul.

April 2019
Selamat melahirkan Maisarah pada tanggal 7 April 2019, kelahiran yang sangat tenang sebab bersalin lepas Subuh. Hihihi. 

Confinement period went smooth walaupun ada upside down, itu semua normal. Kita handle dia! ;)

Mei 2019
Masih dalam tempoh berpantang sedangkan umat Islam yang lain sudah mula berpuasa. Nak makan pun rasa segan. Hihihi.

Jun 2019
Rayaaaaa. Tahun ni sambut di kampung suami. Alhamdulillah. Dah tambah lagi seorang anak ni, bertambah meriahnya. Syukur! ;)

Dan kembalilah bekerja semula selepas cuti berpantang 2 bulan. Hihihi.

Sekian recap untuk dikenang. Walaupun tak menarik, tetap la nak tulis sebagai ingatan. 

xoxo,
sheayang

24 comments:

  1. Saya pulak sibuk belajar dari bulan Jan sampailah Mei. Lepas tu rilek2 je dekat rumah sampailah sekarang tengah tunggu posting hehe. Semoga tahun 2019 berakhir dengan baik untuk kita:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, aamiinnnn...
      Dah boleh busy2 blogging sambil cari side income.

      Delete
  2. Takpe.. slow2 je blogging. Tapi jgn stop terus ya hahaha ain setahun lebih hilang baru buat comeback kenkonon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 la kita buat comeback. Hihihi. Nak berhenti tu macam impossible juga tapi tu la, kita tengokkan aje dulu. Huhuhu

      Delete
  3. Salam perkenalan..
    No wonder bulan Mac dan Mey xde post sebab tunggu hari bersalin & sedang berpantang..
    Tahniah dengan kehadiran seorang lagi cahayamata Sheayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Thank you sis.
      Nak maintain ada entry tiap2 bulan memang susah sikit.
      Maklum la dah ada FB, IG ni nak update semua memang tak larat.

      Delete
  4. Tahniah baby April 👏👏 sy baru follow sini #147

    ReplyDelete
  5. ada time tu mmg ada penyakit M tu..hehe
    kita pun sama laa..la ni baru angin rajin tu bertiup kuat..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. jarang2 berlaku kan, sekali angin rajin mai, semua kita sapu.
      bertabahlah kita.

      Delete
  6. Waalaikumussalam kak. Done follow blog akak

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak. Lama tak singgah blog akak. Tula skrg pun kita kena cari mood blogging, tak mcm awal dlu, rajin kita. Skrg busy kerja tak smpat update sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan. dah ada komitmen lain, blog macam terabai sikit.
      takpe, datang mood nanti, kita update banyak2. hihihi

      Delete
  8. Alhamdulillah dah semakin besar keluarga pasti lebih meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. memang meriah, syukur. hihihi.

      Delete
  9. Hahaha.. penyakit M tu memang kan. Tengah idea mencurah-curah pun kalau dia datang memang langsung tak terr update

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tau takpe. part tu yang sakit hati, kan. tengah berkobar2, sekali datang benda tak diduga, terus murung jadinya.

      Delete
  10. jika artikel mesra SEO....sudah cukup sekali sebulan.

    pembaca akan datang secara organik.

    inilah cara blogger yang buat ketika banyak blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih banyak kena belajar ni.
      terima kasih sebab atas penjelasan.

      Delete
    2. sama-sama.

      saya secara peribadi menulis blog setiap hari dan menerbitkan pada masa tertentu sahaja

      Delete
  11. Baby Maisarah dah 6 bulan, mesti tambah aktif skrg. Dunia blogging memang mencabar kan, bukan mudah nak tulis post, especially kalau kita ada anak kecil & kerja full-time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. InshaAllah diberi kudrat, kita akan terus menulis. Walaupun lambat.

      Delete