HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, June 12, 2018

Iklan Raya Yang Mana Dekat Di Hati Anda?


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Amacam Ramadhan? Okay?

Di timeline Facebook Shea, ramai juga ibu-ibu yang sedang berpantang. Jadi, buat para ibu sekalian, selamat berpantang ye. Nanti jangan lupa ganti pausa. Hihihi.

Okay. Dah semakin dekat dengan Syawal ni, iklan raya pun dah bersepah-sepah. Sempatlah juga google iklan yang best-best. Best di mata Shea tak semestinya best kat mata korang, kan?


1. Cerita Ceria Raya Nabil Ahmad
Ini first iklan yang Shea tengok tahun ni. Mengetengahkan Nabil Ahamd dengan loghat Negeri Sembilannya rasa macam tengah berborak sesama keluarga. Hihihi. Jalan cerita yang sempoi pasal 2 beradik ni. Memang comel la keletah si kecik tu. Tak padan dengan saiz, luku kang! :P


2. Rumah Epik Fantastik - Tenaga Nasional
Iklan raya paling meriah sebab ramainyaaaaa yang terlibat. Hihihi. Shoot pun cantik je. Eh, suka la tengok. Sesuai dengan tajuk Rumah Epik Fantastik tu, sempit-sempit pun boleh muat ramai orang. Memang awesome!


3. Mak Long Bawang - TM
Ini iklan paling pedih setakat ni. Yang muda-muda tu wajib la tengok iklan ni. Eh, yang dah berusia pun kena tengok dan raya nanti boleh adjust 'tune' pertanyaan tu ye. #sispesanje


4. Dendam Adam - KFC
Bukan setakat sarat dengan mesej, malahan bila menonton iklan ini, perut asyik berbunyi pula. Dinasihatkan tidak menonton di siang hari. :P


5. Misi Riuh Raya - Petronas
Petronas selalu tampil dengan iklan yang tak pernah mengecewakan walaupun selepas ketiadaan Yasmin Ahmad. Memang riuh raya mereka tahun ni. Sempoi!



Banyak lagi sebenarnya iklan yang best. Tak dan nak tengok semua.

Korang rasa iklan mana yang korang paling suka tengok?

xoxo,
sheayang

8 comments:

  1. tahun ni banyak iklan yang best..

    follow sini

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Memang banyak. Semua best2 lak tu. Hihihi.

      Delete
  2. mek tak tahu nk vote yg mana. semua ok bg mek. tp sies tahun ni tkde yg extraordinary.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab takde iklan yg betul2 touching menyentuh hati kot.
      Iklan KFC tu pun rasa macam kurang perisa sikit. Sedih, sedih dah. Huhuhu.

      Delete
  3. salam singgah sini ..banyak sungguh iklan tak sempat nak tengok semua hii.. tapi suka iklan yang makcik bawang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Iklan lambat sangat keluar. Itupun ada yang sempat tengok kat Youtube je.

      Delete
  4. Suka epik fantastik. Iklan raya Chin pun ok jugak.

    ReplyDelete