Bismillah.
Assalamualaikum & Hi everyone.
Sedar tak sedar dah setengah tahun berlalu dengan slumbernya tanpa menunggu kita yang terhegeh-hegeh ni. Sedih tau.
Sebab apa?
Banyak lagi target tak achieve. Confirm KPI tahun ni jatuh merudum. Nak betulkan balik memang tiada maknanya lagi. Jadi lepas ni kena do better sampai penghujung tahun, inshaAllah. Semoga dipermudahkan.
Apa pencapaian aku sepanjang setengah tahun ni?
KEHIDUPAN
Dah bertambah seorang lagi cahayamata cikebum cikebum. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kelahiran walaupun keperitan semasa 3rd trimester tu sangatlah mencabar sebab kena keluar masuk wad, follow up itu ini. Allah je yang tahu penatnya nak hadap. Maryam dah pandai nak cemburu dengan adiknya, Mizwar. Semoga Ibu akan terus kuat untuk membesarkan kamu berdua.
Birthday suami baru berlalu beberapa hari lepas tapi takde celebration pun untuk dia. Dia kerja, aku busy dengan anak-anak, so mood memang ke laut la nak buat surprise bagai. Mohon redho la ye.
KESIHATAN
Alhamdulillah syukur nikmat. Tak dapat untuk aku menidakkan apa yang telah Dia kurniakan. Cuma aku tengah mengalami sakit kulit pada jari dan kaki yang aku anggap tak serius sangat pun. Sakit-sakit lain tu kau anggap je la ujian sikit sebab kau melantak bagai nak rak raya hari tu. Hihihi.
RAYA
Tahun ni ada perubahan sikit. Turn kampung suami, maknanya kami #TeamRayaMelaka. Hehehe. Nasib tahun ni kami pergi berjalan, takde la tidurrrr je petang raya. Sampai ke malam la kami berjalan rumah saudara-mara. Baru la aku tau ada gak saudara suami aku ni.
RUMAH
Setelah bermain tarik tali, akhirnya dapat dah kunci rumah. Syukur. Sekarang dalam proses akhir untuk memindahkan dan menyusun atur segala khazanah. Hujung bulan ni minta korang doakan kami dah berpindah sepenuhnya.
KERJA
Kontrak aku tamat 30 April lepas. Masa tu dalam tempoh cuti bersalin. Dan sebulan aku jadi penganggur tiada gaji plus dalam pantang pula tu. Nasib tiada komitmen besar untuk dibayar. Dan Alhamdulillah juga sebab pihak syarikat sudi sambung kontrak aku lagi setahun. Setahun ni akan jadi tahun yang paling tough sebab aku kena tunjukkan komitmen kerja yang sebenar untuk dapatkan status tetap tu. Terkilan juga la sebenarnya bila sakit yang kita tak minta affect pada status kerja kita.
HOBI
Setakat ni belum ada hobi baru. Senarai hobi memang berderet tapi belum sempat explore yang mana sesuai dengan diri ini.
HALA TUJU BLOG
Aku masih lagi tercari-cari dan mencari. Sedang mengumpul kekuatan untuk berblog secara konsisten dan tercari-cari content yang sesuai untuk diketengahkan dalam blog ini. Kalau anda ada cadangan, sila tinggalkan pada ruangan komen. Hihi.
Sekian, update saya untuk kali ini.
p/s : Bukan entry recap sangat pun sebenarnya. :P
XOXO,
sheayang
Alamak. Siqah baru bacalah entri ni 😅😅
ReplyDeleteAlhamdullilah dan tahniah Shea atas kelahiran baby =)
Didoakan agar Shea berjaya dapatkan status tetap dalam kerja. Insyallah ada rezeki di situ.
Seronoknya Shea nak pindah rumah sendiri! Best best! 😍
Rumah dah mahal. Nak nangis rasa. TErpaksa beli sekarang walaupun kecil cuma rumahnya. Apapun tetap syurga kita kan.
Delete