HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, July 26, 2017

Cara Tukar Blogger Primary Email Address

Bismillah.

Assalamualaikum and Hi everyone!


Rasanya dalam sebulan dua ni tidur tak nyenyak mengenangkan nasib blog ni. Sadis teruk ni. Email punya hal, rasa nak delete je segala socmed yang ada. Semakin celaru.

Dalam usaha cuba meng'standardize'kan agar nampak lebih kemas dah teratur. Tapi yang pasti blogpost tidak akan didelete. Sayang tu. Kenangan muda remaja terpahat di situ. Lantak la nampak tak senonoh ke apa. Bak kata otai 'blog aku, suka aku la nak tulis apa'. Gittew. Asalkan berpada-pada la dalam menulis. Jangan tulis yang bukan-bukan, lepas tu kena viral, kena kecam lagi, haaa, siapa nak jawab? Salah sendiri, kan?

Eh, terpanjang pula mukadimah saya hari ni.

Sebenarnya, ada beberapa sebab kenapa kita nak tukarkan primary/login email address ni.

Selalunya, kita create blog dengan email id yang tak kena. Macam kes aku la ni. Email emily[dot]ivani[at]gmail[dot]com, tiba-tiba blog sheayang.blogspot.my pula. Orang akan jadi confused di situ. Ini juga la sebab utama kenapa aku nak sangat tukar email address.

Kalau tujuan kau buat blog to earn money, mesti ada apply dekat Nuffnang ke Google Adsense ke atau mana-mana affiliate marketing. Dan bila kau guna email yang berbeza untuk log in blog dengan website berkaitan, akan timbul masalah di situ.

Bila kau ada banyak blog dan susah nak manage dari email id yang berbeza. Jadi, boleh ubah email id untuk terus manage blog-blog itu dengan menggunakan satu email id sahaja. Senang, kan?

Jadi, mari saya ajarkan cara-cara nak tukar login email address untuk blogger kepada anda.

1. Buat email id baru seperti yang anda mahu.

2. Log in ke akaun blogger menggunakan email id sedia ada.

3. Di Blogger Dashboard, cari Settings > Basic. Kemudian, cari Permissions dan anda akan nampak Blog Authors.



4. Klik pada Add Authors dan send invitation pada email id baru anda.

5. Log in email baru anda dan accept invitation berkenaan.

6. Bila invitation telah diterima, anda akan nampak email id baru sebagai Author. Anda boleh tukar role dari Author ke Admin

 

7. Log in blogger menggunakan email id yang baru. Anda akan nampak email id anda dengan kuasa Admin. Anda boleh remove email id yang lama dengan menekan butang X.

8. Settled! Jadi sekarang apa-apa yang berkaitan dengan blog, aku guna email id baru > sheayang86[at]gmail[dot]com. Hihihi.

Dah boleh nyenyak la tidurku nanti.

Sekian.

Sumber :  Ankit Singla

xoxo, 
sheayang

2 comments:

  1. Ooo camtu eh caranyaaaa!! Berjaya jugak shea tukar author. Means lepas ni selalu update blog lah kan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Mood blom mari siqah.
      Dok belek blog orang je. Hihihi

      Delete