HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, November 8, 2016

Supplemen Ketika Hamil

Bismillah.

Hai. Terperap lama pula entri ni dalam draf. Entri sebelum ni ada hint-hint nak cerita pasal suplemen. Jadi, ini kalilah!

Masa mengandungkan Maryam dah start makan Shaklee. Asalnya, atas cadangan sepupu sendiri. Alhamdulillah, serasi. So, this time why not kita ambil lagi. Cuma kali ni aku tak ambil ESP.

ESP ni umpama induk kepada produk Shaklee tapi aku kureng sikit la benda berasaskan soya ni. Kalau taufufa tu boleh la. Huhuhu. Buat masa sekarang memang tak minum susu apa-apa. Dah tergerak hati nanti, baru pergi cari. 


Ni rangkaian produk yang aku makan. Memang set prenatal cuma tak ada ESP dan Omega Guard. Omega Guard tu boleh consume selepas usia kandungan 6 bulan. Kenapa? Panjang ceritanya. Boleh Google je. InshaAllah kalau rajin, aku buat entri lain.

Produk Shaklee memang recommended since aku sendiri dah cuba produk ni kan. Kalau tak cuba, memang tak berani nak cakap. Hb tak pernah rendah, rasa bertenaga (malas tu cuma perasaan ibu-ibu hamil je okay), berbaloi.

Sekian saja update kali ni.

XOXO,
sheayang

Post a Comment