Bismillah.
Baru berkesempatan nak buat entri untuk aktiviti 2 bulan lepas. Kemain sibuk lagi dengan hal-hal duniawi la katakan.
Nama arwah atok aku Othman. Ni atok sebelah Mak, kira bapa kepada Mak aku. Ada beberapa orang adik-beradik Mak aku berbintikan Othman@Saffar. Sejarahnya, aku pun tak tau. Tak sempat pun nak jumpa arwah atok aku, apatah lagi nak interview.
|
Hi. Tema kami hijau. Sehijau bumi Allah. Gittew! |
|
Maryam & Swing - can't be separated |
Jadi, bermulalah Hari Keluarga Othman@Saffar pada 16 & 17 September 2016 bertempat di UbiPadi Leisure, Hulu Langat dengan tema Sehati, Sejiwa, Sekeluarga Selamanya. Gittew!
|
Naked face sangat! |
Ada beberapa famili yang tak dapat join atas sebab bisnes dan lain-lain. But it's okay. The programme is still on baybeh!
Aku gerak dari Melaka dalam pukul 9. Plan berkumpul di R&R Beranang ikut Lebuhraya Lekas. Since kitorang ni very urban, kena la ada orang guide ke sana. Aku pun tak tau mana Pak Uda bawak kitorang pusing-pusing tau-tau dah sampai je. Ni bukan first time kitorang buat family day dekat area Hulu Langat, cuma lokasi je tak sama.
My first impression bila jejak je UbiPadi Leisure ni is like Wowww. Very calm and kampungness. Ada 3 biji kolam ikan, ada reban ayam termasuk haiwan lain macam arnab, itik, ada tumbuh-tumbahan herba, pokok-pokok sayur, pokok-pokok buah. Eh, pendek kata memang macam dekat kampung la. Cumanya, kitorang tidur dekat pondok. Nak adventure sikit, boleh je tidur dalam khemah. Pilihan masing-masing. Pondok ada 6, memang kitorang je la yang conquered. Muahahaha.
|
Khemah boleh bawa sendiriatau sewa jekat sini |
Pondok tak ada kipas, ada lampu dan kelambu je. Kalau rasa-rasa tak boleh survive, cari la alternatif lain. Hahaha. Maksud aku bawa la kipas USB ke. Oh, plugpoint pun tak ada ye di pondok tu. Memang back to nature konsepnya. Jangan takut dengan serangan nyamuk sebab petang tu memang pihak UPL akan buat fogging. Mohon jangan cemas nau nau.
|
Early preparation |
|
Menghayati bunyi krik krik ke? |
Bila dah sampai sana, memang takkan ada masa nak tidur. Rehat kejap-kejap tu boleh la. Maryam pula berapa kali buat cubaan nak masuk kolam ikan. Kecik besau kecik besau je aku perati budak tu. Memang mencabar minda kat bawa dia pergi outdoor.
|
Ada game untuk Maryam la! ;) |
Ini baru sikit je gambar. Tak larat pula nak upload bebanyak. Nak buat Part 2 mungkin kena tunggu lagi 2 tahun. Hahaha.
Kesimpulannya, kalau nak tengok gambar kami menggila, bolehlah follow
FB UbiPadi Leisure. Kat situ,owner UPL upload juga video masa kitorang tengah game. Malu seyh! Apapun memang kitorang enjoy sangat.
Next time kalau korang nak buat apa-apa aktiviti, boleh try tempat ni. Aku bagi 4.5 bintang.
Bye!
XOXO,
sheayang
Macam menarik tempatnya.. lagipun masih di negeri yang sama.. gee
ReplyDeleteBukan main lagi tema ek. Hehe.
@Siqah Hussin Memang best. Tak rugi pergi. Hehehehe...
ReplyDelete