HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, July 1, 2016

Dugaan Akhir Ramadhan

Bismillah.

Dalam diam tak diam, hari ni adalah Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan. Cepatnya masa berlalu, kan? Dah nak raya. Horeyyy...

Gembira nak raya, ada juga dugaan yang melanda. Pagi tadi Mak hantar Whatsapp kata stor Abah terbakar. Stor tu Abah dirikan dan jadikan tempat simpan barang-barang untuk kenduri, simpan barang-barang recycly, penanggah untuk orang kenduri dan ada sangkar kucing yang Abah baru buat bulan lepas. Ye, kucing!

And Alhamdulillah, semua kucing sempat selamatkan diri.

Cuma aku yang jauh ni je la yang macam sentimental sangat sebab baru last week aku lepak dengan Mak & Maryam sambil tengok kucing-kucing tu. Tengok apa yang ada kat stor Abah. 

Masa kejadian, Abah pergi qiam dekat Masjid Negeri. Habis semua saudara mara jiran tetangga call tapi tak berjawab. Sudahnya pukul 8 baru dia tau. Itupun sebab dia dah balik dari masjid. 

Ya Allah. Dugaan sangat. Dah la rumah baru renovate sikit. Aku tak pasti Mak Abah ada letak barang rumah kat stor tu atau tak. Tak sanggup nak tanya banyak. Motor 5 biji hangus. 

Semoga family aku tabah hadapi semua ini *sentimental mode*






Vespa kenangan kami hangus

XOXO
sheayang

4 comments: