Bismillah.
Semasa aku menaip entry ini, aku menaip dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi leka main handphone. Tengok IG, FB dengan harapan ada sale yang menggila sampai buat diri sendiri jadi tak keruan. Dalam hati, terus beristighfar. Mohon Allah kuatkan iman hambaNya yang rapuh ibarat tulang tak cukup kalsium.
Tutup kejap la handphone ni. Kacau je.
Buka balik. Eh, ramainya orang share resepi hari ni. Resepi sama pula semua. Mesti pakat-pakat nak balik masak nanti untuk juadah berbuka. Amiinn. Kenyang perut tak payah pergi bazaar. Aku juga yang takde inisiatif nak merekod resepi dalam kepala otak. Semak. Masak ikut style sendiri je la. Penat nak hadam satu-satu resepi. Tapi kalau yang mudah tu, boleh juga try.
Hari ni bawa magazine pergi office. Beli dah dua hari tapi tak sempat nak baca lagi. Boss takde pergi kursus, memang sesuai baca magazine untuk isi masa lapang. Bulan puasa ni memang kerja kurang sikit tapi tak bermakna boleh mengular. Haruslah buat 5S setiap 5 minit walaupun meja tak sesemak mana. Demi untuk tidak menimbulkan syak wasangka rakan sekerja yang bersikap iri hati, kadang-kadang.
Tak sabar nak tunggu hujung bulan. Rindu betul. Rindu dengan gaji. Dah dapat gaji, baru boleh shopping. Tapi kena beringat. Gaji datang sebulan sekali je. Uhukkk...
Terima kasih kerana membaca rapuan saya ini. Hihihi.
XOXO,
sheayang
Reen pula shopping makanan je kat bazar! Nasib baik habis makanan masa berbuka. Heeheehe btw, Reen datang jalan-jalan sambil komen dan follow blog SheAyang. :)
ReplyDeleteRambang mata tengok makanan, kan?
DeleteThanks mama reen. ;)