Bismillah.
Hari ni saya nak share sesuatu. Sesuai untuk bacaan adik-adik yang baru lepas ambil SPM/STPM/STAM/SPMV. Ada lagikah SPMV? Tak pasti.
Okay. Ada seorang Prof yang forwardkan entry dari seorang blogger ni ke group WhatsApp. Jadi saya rasa bermanfaat apa yang cuba disampaikan.
Apa perbezaan kemasukan ke Program Matrikulasi, Asasi,
Diploma dan Tingkatan Enam? Harap adik2 yg bakal mengambil keputusan SPM
nanti dpt membuat pilihan yg tepat.
Berikut adalah perbezaan masuk matrikulasi, IPTA, dan
Tingkatan 6 KPM. Bagi calon lepasan SPM yang sedang menunggu atau ingin
mengambil keputusan menyambung pelajaran, dibawah adalah perbezaan
antara ketiga-tiga institusi milik kerajaan yang paling digemari ramai.
Kelebihan Tingkatan 6
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
* Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
* Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan
mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid
mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
* Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer
subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira
ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding
kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf
akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki
kat U kalau masuk form 6 ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau
5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam
setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor
bila jawab soalan STPM ni.
* Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
Matrikulasi KPM
* Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program
Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains
Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal.
* Jurusan Teknikal baru
diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih
bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
* Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar
adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk
jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi,
para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester.
* Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau
Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat
ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang
lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang
sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang
tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.
Asasi IPTA
* Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang
berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi
kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu
hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus
kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program
asasi tersebut.
* Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi
iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi
Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian
Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains
Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi
Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi
Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan,
Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan
Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
* Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi
adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia
(UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM).
* Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar
adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran
pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun
begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak
RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
* Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon
melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi
mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi
mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus
ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat
dan kelayakan yang ditetapkan.
Diploma IPTA
* Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh
pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil
masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi
telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila
pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh
merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
* Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
* Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar
adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran
pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar.
Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti
PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
* Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka
mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon
melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun
begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka
ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Sumber: Perbezaan Masuk Matrikulasi, IPTA, Dan Tingkatan 6 KPM | melvister.com
Terima kasih. Sekian.
p/s : Buatlah pilihan yang bijak. Anda mampu mengubahnya. Kikiki...
XOXO,
sheayang
Post a Comment