HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, December 7, 2015

Kesedihan Berganda Kuasa Tiga

Bismillah.

Hurm. Sebenarnya masih bersedih. Perkhabaran sedih silih berganti. Apapun ayuh kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk insan² yang kita sayang.


Amiinn. Ya Rab.

End of November hari tu kita dikejutkan dengan pemergian pelawak negara. Sumpah tak sangka. Walaupun aku takde la minat sangat kat dia namun tetap sentap jap bila dapat tahu berita ni. Bila aku tengok balik video² arwah Pak Yus, kesedihan tu muncul. Betapa dia benar seorang penghibur. Viral here and there tentang kebaikan arwah. Alhamdulillah. Dia pergi dalam keadaan tenang dan masih ramai orang sayangkan dia.


Belum reda kesedihan mengenang arwah Pak Yus, seniwati negara Mariani pula pergi menghadap Ilahi. Khabarnya penyakit kanser usus menjadi punca. Wallahualam. Kali terakhir aku tengok dia di kaca tv seakan tak percaya bahawa itu dia. Kelihatan seperti menahan kesakitan. :'(


Sabtu lepas, sekali lagi terkejut. Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil turut pergi meninggalkan dunia fana ini. Di kala umurnya yang baru menginjak ke 25 tahun, kehilangannya menyedarkan kita yang umur ini bukan penentu ajal. Ketabahan beliau melawan penyakitnya tu amat aku kagumi.


Tapi nyata Allah lebih sayangkan orang-orang baik seperti mereka.

Giliran kita pasti akan tiba cuma masanya tak tau bila.
Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang² yang beriman dan berada dalam lindunganNya. Amiinn...


XOXO,
sheayang

Post a Comment