Sunday, August 31, 2014
31 Ogos, lahirnya sebuah cinta
31 Ogos 1957, negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan.
Bangga.
Sungguh.
Walaupun saat itu kita belum ada lagi di dunia.
Pengorbanan mereka yang lebih dahulu memperjuangkan maruah negara
Harus dihormati
Dicontohi
Dan teladani.
Tanpa mereka, senangkah kita hari ini?
Di sini lahirnya sebuah cinta.
Selamat ulangtahun negaraku, Malaysia.
31 Ogos 1979
Penyatuan dua hati
Kasih diikat, cinta bersemi
Di antara seorang wanita dan seorang lelaki
Harap sayangnya berpanjangan
Moga kasihnya bawa ke syurga
Cintanya tak dimamah usia
Di sini lahirnya sebuah cinta
Selamat ulangtahun perkahwinan ke-35
Buat dua insan yang aku sayang
Mak dan abah, cinta sampai mati.
XOXO,
sheAYANG
Thursday, August 28, 2014
SHRMZB
Friday, August 22, 2014
Hari Berkabung Malaysia
Berkabung. |
Friday, August 15, 2014
Kidalism :P
Orang bertangan kidal ni umpama bahan eksperimen, kalau korang perasan la. Sebab kita ni unik. Apa saja tentang orang bertangan kidal, akan mengilhamkan satu research dan hasilnya akan diwar-warkan. Best?
So, kelebihan apa yang korang ada wahai kidalian sekalian? Ahakzzz...
Aku? Belum jumpa lagi.
Ada yang pandai melukis, tapi aku tak.
Ada yang pandai berpuisi, tapi aku tak.
Ada yang pandai bermain alat muzik, tapi aku tak.
Kelebihan seni adalah milik orang bertangan kidal. Tapi aku hanya pandai (kot) dalam Matematik saja. Alhamdulillah. Kurniaan Allah.
Baiklah. Sekian.
Selamat menikmati hari Jumaat anda dan banyakkan berselawat!
XOXO,
sheAYANG
Thursday, August 7, 2014
Belon
Bismillah.
Hayatilah kisah ini.
Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar 'Senyumlah' bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim. Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah.
Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut. Para peserta berebut-rebut, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka. Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon. Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing.
Ustaz Rahim tersenyum lagi.
Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana. Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.
Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri. Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.
Gembirakah org sekeliling kita bersama diri kita? Musahabah diri.. =)
Sumber: WhatsApp
XOXO,
sheAYANG
XOXO, sheAYANG