HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, May 26, 2014

#68 : Kelantan-ese


Bismillah.

Tengok tajuk, jangan ada yang sentap plak ye. 

Dulu, masa study Diploma, aku ada satu perasaan yang rumit terhadap orang Kelantan. Ya, aku rasa korang pun lebih kurang kot. Perasaan yang macam kau tak tau nak describe macamana menyampahnya dengan puak Kelantan ni. Hihihi...

Tapi, seorang yang bernama Muhammad telah merubah persepsi aku terhadap orang Kelantan. Sebab kita pun tau, karakter manusia tu bukannya bergantung dari mana dia berasal tapi lebih kepada cara diri sendir yang membentuk karakter tu. Assabiyah yang selalu dikaitkan dengan orang Kelantan tu aku rasa tak relevan. Sebab kita kalau ke mana sekalipun, kita mencari orang yang sama bangsa dengan kita kan?

Bercerita pasal Muhammad ni, dia baru datang melawat ke rumah aku malam tadi. Dia ni anak angkat mak aku.seorang graduan lulusan UKM yang baru mula mengajar di Mersing kalau tak silap. Masa dia praktikal dekat sekolah berhampiran kawasan perumahan kami, dia menyewa dekat taman ni bersama dua orang lagi rakan.

Peribadi Muhammad ni takde la aku nak kagum sangat tapi cara dia menguatkan ukhuwah sesama Islam tu yang aku banggakan. Sanggup datang jenguk mak angkat dia (mak aku), tanya khabar semua. Nampak remeh tapi berapa ramai antara kita yang buat camni? Setakat keluar gi shopping mall on weekend tu ramai la. :p

Betul la kata mak, kalau kita buat baik dengan orang, inshaAllah orang akan balas baik. Kalau bukan dekat kita, mungkin dekat keturunan kita kelak. Jangan berkira kalau nak buat baik dengan orang.

Bertitik tolak dari situ, aku rasa, pemilihan nama anak pun memainkan peranan penting. Cara kita panggil anak pun penting.

Muhammad... Muhammad... Indahnya namamu setanding akhlakmu.

XOXO,
sheAYANG

Post a Comment