Friday, February 14, 2014
#40 : Hikayat Sang Blogger
Menulis ni kena dari hati.
Menulis kena ada idea.
Kalau setakat merapu, orang taknak baca.
Orang jadi menyampah.
Setakat tajuk gempak, orang pun jadi bosan.
Aku tak pandai bercerita.
Tapi aku selalu bermati-matian mencuba.
Bukan ada yang mahu dengar kadangkala.
Tiada salahnya berusaha.
Paling tidak, kau ada memori untuk kau simpan di hari tua.
Blog ni, bukan aku tujukan untuk sesiapa.
Tapi bila aku usai kembali cerita lama.
Aku tau sejarah diri.
Jauh mana aku mampu pergi.
Dan tak mungkin untuk aku meninggi diri.
Andai ditakdirkan aku ada anak suatu hari nanti.
Aku akan jadikan dia pencerita terbaik.
Untuk aku dan suami.
Supaya kami takkan rasa sunyi.
Entry ini sekadar melepas rindu.
Pada blog yang terbiar membisu.
Dalam keadaan aku sakit kepala tak menentu.
Tiada siapa yang dapat membantu.
Beban kerja menggunung beribu.
Buat aku jadi buntu.
Jangan sampai jadi kaku.
Sudah-sudahlah menaip secara melulu.
Aku mohon izin untuk undur diri dulu.
Salam,
sheAYANG
I am thinking that in this time you should give a try to this new app EvoCreo Mod Apk : which is now most trending app in the world.
ReplyDelete