HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, February 18, 2014

#41 : Kenangan Lalu


Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu
Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta

Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya

Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru...

Salam Pengimbau,
sheAYANG




Friday, February 14, 2014

#40 : Hikayat Sang Blogger


Menulis ni kena dari hati.
Menulis kena ada idea.
Kalau setakat merapu, orang taknak baca.
Orang jadi menyampah.
Setakat tajuk gempak, orang pun jadi bosan.

Aku tak pandai bercerita.
Tapi aku selalu bermati-matian mencuba.
Bukan ada yang mahu dengar kadangkala.
Tiada salahnya berusaha.
Paling tidak, kau ada memori untuk kau simpan di hari tua.

Blog ni, bukan aku tujukan untuk sesiapa.
Tapi bila aku usai kembali cerita lama.
Aku tau sejarah diri.
Jauh mana aku mampu pergi.
Dan tak mungkin untuk aku meninggi diri.

Andai ditakdirkan aku ada anak suatu hari nanti.
Aku akan jadikan dia pencerita terbaik.
Untuk aku dan suami.
Supaya kami takkan rasa sunyi.

Entry ini sekadar melepas rindu.
Pada blog yang terbiar membisu.

Dalam keadaan aku sakit kepala tak menentu.
Tiada siapa yang dapat membantu.
Beban kerja menggunung beribu.
Buat aku jadi buntu.
Jangan sampai jadi kaku.

Sudah-sudahlah menaip secara melulu.
Aku mohon izin untuk undur diri dulu.

Salam,
sheAYANG

Wednesday, February 12, 2014

#39 : Manusia dan Tuhan


Kalau dah namanya manusia.
Mana bisa untuk jadi Tuhan.
Mana boleh jadi sehebat Tuhan.
Mana mungkin jadi berkuasa lebih dari Tuhan.
Amat mustahil untuk jadi yang lebih mengetahui, merencanai dari Tuhan.

Kerana kalau dah namanya manusia.
Sampai mati pun akan kekal manusia.
Mana boleh jadi Tuhan.

Hanya boleh jadi kepala, ketua.
Tapi bukan yang sempurna.

Bukan Tuhan,
sheAYANG


Posted via Blogaway