HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, February 15, 2018

Tiada Tajuk

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Lama sudah tidak bersua. Blog dibiar tidak bernyawa. Bebanan tugas harian masih sama. Cuma malas saja yang berganda. 


Korang tau tak betapa tenangnya jiwa kalau dapat bercanda di tepian pantai masa cuti ni? Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut muka, kaki bermain di gigi-gigi air, melihat awan nan biru tanpa dihiasi bangunan-bangunan pencakar langit. Oh, betapa aku perlukan kedamaian begitu, sekarang.

Dah.

Berangan lebih.

Balik. Packing baju. 

Jom balik kampung!

p/s : Selamat Bercuti engkorang!

xoxo,
sheayang 

Monday, January 29, 2018

And, Can You Follow Me Now?

Follow my blog with Bloglovin

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Look like long time no see huh!

Banyak perkara yang mengganggu fikiranku sejak akhir-akhir ini.


This post seriously means nothing to you but me. And, lets follow me if you are interested in my blog. *i am hoping*

My blog : sheayang.blogspot.my
My Facebook : She Ayang
My Facebook Page : Blog Sheayang
My Instagram : sheayangdotcom
My Twitter : sheAYANG
My Bloglovin' : She Ayang
My Pinterest : On the way :)

Just one click away gais. Come on. Hit once and will not regret. Hihihi.

Let me know if you need a follow back!

xoxo,
sheayang

Wednesday, January 17, 2018

Perkara-Perkara Yang Membuang Masa Saya Selama Ini

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Officially a week without any blogpost. My last entry was on 10th. Agak memalukan juga la awal tahun dah tercalar GOALS yang diwar-warkan.

But, it's okay. Warm up session lagi ni. It's January bebeh. Chill la!

Bila throwback balik, ada perkara-perkara yang aku buat selama tahun lepas dan tahun ni juga yang mencuri dan membazirkan masa aku. Sungguh!


Spending my time watching dramas. I watched a lot of K-dramas last year okay like The Doctors and Descendants of The Sun (It's worth to watch btw). Dan juga Michael Ang punya drama yang katanya meletop kebabom sangat itu. Tapi tu la, nak menyesal pun tak guna, jadi, muhasabah diri sajalah. 

Finding solution for other's problems. Kadang-kadang nak kata diri sendiri ni baik tu tidaklah. Tapi bila ada orang buat masalah, aku rela pula nak tolong selesaikan masalah orang lain tu, sedangkan masalah aku pun tak settle. Walaupun tak selalu terjadi, seringkali terbawa-bawa masalah itu dalam tidurku. Pergh, deep betul efek dia.

Trying so hard to make everyone like me. Sehinggalah aku jumpa pepatah 'haters gonna hate'. Muahahaha. Kau  rasa kau ada haters tak? Dah level-level retis dah rasa ni. Aku tak suka cari pasal dengan orang dengan harapan orang akan suka kat aku. Tapi selalu juga la manusia ni burukkan manusia tu, si polan ni cerita pasal si polan tu kat aku. Jadinya, dalam dilema sudah. Kita diam sajalah sebab mungkin suatu hari nanti ada orang pula yang bawa cerita tak baik pasal kita. Nauzubillah min zalik.

Fail to plan. Disebabkan awal 2017 tu rasa macam the worst ever, aku jadi malas nak plan apa-apa. Apa yang datang tu aku hadap je la dengan bersahaja. Baca entry awal 2017 tu pun bunyi macam hopeless je. Bila dah gagal nak merancang ni maka banyak la masa terbazir begitu sahaja. Tahun ni dengan adanya planner 3,4 buah ni, hasilnya berbeza inshaAllah. Chaiyokkk...

Make else happy while I am not. Ini standard, hipokrit level tinggi ni. Allah je yang tahu apa dalam hati ni menangis merintih sebab nak jaga hati orang lain. Aku percaya semua orang lalui fasa ni bezanya kerap atau tidak saja.

Apapun, 2018 baru bermula. Jangan dibawa perkara-perkara yang lepas tu. Biarkan saja noda hitam itu berlalu pergi, aku akan sentiasa di sisi menemani.

XOXO,
sheayang

Wednesday, January 10, 2018

Cara Untuk Menjadikan Hari Anda Lebih Produktif

Bismillah.

Assalamulaikum & Hai semua.

Walaupun baru 10 hari dalam tahun baru, aku dah mula rasa lemau-lemau ni. Saki baki malas tahun lepas terbawa-bawa sampai ke hari ni. Boleh bilang dengan jari berapa hari saja yang aku rasa semangat untuk memulakan hari baru.

Nak tahu rahsia, kenalah banyak membaca. Bila dah baca, bolehlah kita kongsi dengan orang lain. Kan kan kan?



Cara pertama; bangun lebih awal. Seeloknya 2 jam sebelum kita nak memulakan perkara penting contohnya ke pejabat atau kolej. Jadi, kita akan ada lebihan masa untuk bersiap dan dapat berdandan dengan tenang tanpa gesa.

Lakukan perkara yang penting di awal pagi. Ada orang suka tengok & scroll phone bila bangun pagi tapi itu sebenarnya tidak penting langsung. Ia akan merenjatkan hari anda lagi ada la. Sebagai Muslim, bangun pagi digalakkan madi dahulu kemudian solat. Lepas tu boleh la kita sarapan ke siram pokok bunga ke.

Berhenti komplen dan kata tak cukup masa. Sejak anak dah dua ni, aku suka guna alasan ini untuk minta tolong dari suami. House chores sebenarnya mudah kalau kita pandai bahagi masa tidak kira kita surirumah sepenuh masa ataupun ibu bekerja. Cuma kudrat tak sama dan masih perlukan bantuan, itu saja. :)

Jauhi multitasking. Ia sebenarnya meletakkan anda dalam bahaya kalau anda jenis yang memang tak boleh multitask. Tapi ada saja perkara yang anda boleh multitask contohnya sambil mesin kain baju, boleh memasak ataupun sambil menyapu boleh tanak nasi. Bukan alasan untuk anda tidak buat salah satu perkara itu.

Dah kalau memang tak boleh multitask, anda kenalah set rutin harian. Masak nasi-15 minit, masak lauk-30 minit, mesin baju-40 minit, menyapu & mengemop-30 minit. Ini contoh, tak perlu ikut pun. 

Afterall, you MUST leave some freetime in your schedule. Too hectic schedule will lead to other problems later on. Jadi, kita plan masa kita, janji kerja settle.

p/s: I am not going to write about my 2018 Wishlist which I wrote here because I see it is not important for you all but me. Hihihi.

XOXO,
sheayang