HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Saturday, October 11, 2014

Perkongsian dan Google

Bismillah.

Hari ni keadaan agak tegang dalam satu group di Facebook. Tak pasal-pasal aku yang tak pernah komen kat group tu turut menyampuk. Tak puas hati.

Walaupun insan tu dah bagi aku menang *siap bagi trofi secara maya*, cara dia menegur tidak dapat aku terima.


Topiknya sangat ringan tapi takde kena mengena dengan fungsi group tu. Yang UP post tu minta manusia-manusia dalam group tu supaya jangan tanya soalan macam budak tadika. Masalahnya, soalan macamana yang dianggap soalan budak tadika?

Takde plak aku jumpa orang tanya '1+1=?' dalam group tu.

Bagi aku, apa jua soalan akan jadi relevan kalau kena pada fungsi sebenar group tu.

Takkan la kita pergi dekat group masak-masak, kita tanya pasal macamana nak jahit tudung. Memang tak logik, kan?

Ada yang siap buat hashtag memerli. Kata mereka yang bertanya ni ibarat 'spoonfed' la, tak reti berdikari la. Hey, kalau tak tanya, mana nak tau jawapan. Memang boleh google tapi google tak boleh nak explain details. 

Lagi satu, google tu cuma enjin carian, bukan dia boleh share pengalaman dia dengan kita. Cuba tanya google, apa perasaan dia kena bekerja tanpa henti 365/24/7. Aku nak gak tau apa jawapan google tu. *kesian google tetiba jadi mangsa*

Haishhhh la manusia. Kalau dah terlebih pandai, susah jugak, kan? 

Macam-macam pe'el.

p/s : Ni post semalam. Tak sempat nak post sebab tetiba Maryam bangun plak. Ehehehe...

XOXO,
sheAYANG

Wednesday, October 8, 2014

Maryam is sleeping, Ibu is blogging!

Bismillah.

This is just a quick update, as usual.

Because...

Maryam is sleeping. And I have bonus time to blog. Weeehuuuu...

Take note that Maryam always be my priority. Anak, kannn...

Susah aku nak cari ruang untuk blogging sekarang. To share my experience and to read others. But no matter what, Maryam always comes first. Aku taknak disebabkan kelekaan aku dengan dunia blogging, anak jadi terabai. No good, no good.

Eh, baru anak sorang kot. Jangan nak poyo sangat boleh?

Ni dah kira self reminder. Bila rasa dah overdose blogging tu, haruslah aku baca balik entri ini. Bukan setakat blogging, Facebook, Twitter,Instagram etc. akan sentiasa terkawal dan dalam kawalan.

Okay. Got to go.

Not because Maryam is awake. It's just that I start to yawn. Ekekekeke...

XOXO,
sheAYANG

Friday, October 3, 2014

Tertekan

Bismillah.

Adoi. Baru semalam entri Busy hari ni plak entri Tertekan.

Sumpah, aku tertekan sangat. Bukan sikit-sikit punya. Ini dah diibaratkan 'diluah mati mak, ditelan mati bapak'.


Tapi apakan daya. Semua tu aku terpaksa ku kemam je la. Sebab taknak mana-mana pihak rasa terluka. Nak bersuara kang, dikatakan tak hormat pendapat orang lain. Tapi tiap orang kan punya pendapat sendiri. So, who cares?

Fuhhhh....

Lega sikit rasa. 

Terima kasih blogku sayang.

Sekarang main taip pendek-pendek je. Agagagaga... Kekangan masa gamaknya. Kau apa tau!

XOXO,
sheAYANG

Thursday, October 2, 2014

Busy

Bismillah.

Rasa macam dah lama blog ni terbiar. Krik krik. *konon macam famous blogger gayanya*

Argghhh... Kesibukan melanda. Penyakit plak datang tiba-tiba. Lepas Ibu, Maryam plak kena. Harap semuanya baik-baik saja.


Cabaran 30 Hari terpaksa aku lupakan. Biarkan. Tanpa noktah. Mungkin juga dah boleh tukar tajuk 'Cabaran 30 Bulan'. Agagagaga... *gelak gaya baru*

Fokus aku sekarang cuma Maryam. 

Okay. Got to go.

*Wah! Pendek plak entri ni. Agagagaga... Arghh... Lantak la, blog aku.*

XOXO,
sheAYANG