HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, June 20, 2024

Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2024 - Jenis Water Based | Apakah Punca dan Cara Merawat Kulit Berminyak

 

Assalamualaikum dan Hai semua,

Macam mana cuaca kat tempat korang sekarang? Panas? Hujan? Redup-redup manja?

Kat tempat saya ni agak tak menentu. Kejap hujan kejap panas. Begitu la keadaannya hari-hari. Tapi tetap ku hadapi dengan penuh ketabahan. Hihihi.

Kulit muka ni pula rasa berminyak je walaupun keluar lunch sekejap. Bila tengok kawan-kawan kulit jenis berminyak tahap tak boleh bawa bincang, rasa kesian sangat. Rasa macam nak kenalkan je pencuci muka terbaik ni kat mereka.

 

Apa itu kulit berminyak?

Minyak atau sebum yang dihasilkan oleh kulit muka sebenarnya bertujuan untuk melindungi wajah dari habuk dan kekotoran. Tetapi masalah kulit berminyak adalah kerana minyak yang dihasilkan melebihi keperluan.

Kulit muka berminyak akan menyebabkan liang pori tersumbat sekaligus menyebabkan jerawat mula timbul.


Punca kulit muka berminyak?

1. Hormon

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kulit muka jadi berminyak tanpa kita sedar. Salah satunya adalah disebabkan hormon yang tidak stabil. Kebanyakan wanita mengalaminya sewaktu datang bulan atau haid.

2. Emosi

Selain itu, emosi yang negatif seperti merasa tertekan atau stress juga mendorong kepada berlakunya masalah kulit berminyak. Masalah ini juga boleh terjadi disebabkan genetik. Apabila ada ahli keluarga yang mempunyai masalah kulit berminyak, tidak mustahil ianya diwarisi oleh yang lain.

3. Pemakanan

Pengambilan makanan yang berminyak juga antara faktor yang menyumbang kepada masalah kulit berminyak. Dan pengambilan gula dan tenusu yang berlebihan juga boleh mengganggu kesihatan kulit. Remember, you are what you eat!

4. Penggunaan produk yang tidak sesuai

Dan paling kerap terjadi di kalangan para wanita adalah penggunaan produk penjagaan wajah atau kosmetik yang tidak bersesuaian dengan kulit wajah. Penggunaan produk yang tidak sesuai akan menyebabkan masalah kulit berminyak kerana kulit kita akan memberi reaction yang tidak baik jika sesuatu produk itu kurang bersesuaian dengn kulit kita.


Cara merawat kulit berminyak

Untuk mengatasi masalah bukan hanya kulit berminyak tetapi juga untuk mencegah jerawat dan masalah pori terbuka ini, memakai produk pencuci muka yang sesuai adalah antara solusinya.

Pertama sekali, kita haruslah mencari produk yang sesuai dengan kulit wajah kita. Produk yang paling penting ialah pencuci muka kerana ia merupakan langkah pertama dalam skincare routine kita. Sifat pencuci muka haruslah yang boleh membuang lebihan sebum dan yang boleh mengawal kulit berminyak. Seterusnya, jangan culas untuk gunakan pelembab muka kerana bila kulit lembab, sekaligus dapat mengurangkan penghasilan sebum yang menyebabkan kulit jadi berminyak.

Hansaegee Nature telah memperkenalkan pencuci muka terbaik yang dihasilkan menggunakan teknologi dari Korea. Produk ini terbukti sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.


Pencuci muka untuk kulit berminyak - Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Di dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini terkandung aloe vera dan tea tree yang secara semulajadi bagus untuk merawat kulit wajah tambahan pula jika memiliki kulit wajah yang berminyak. Aloe Vera bersifat anti radang yang boleh membunuh bakteria punca jerawat selain dapat memberi kelembapan kepada kulit wajah dan mengecilkan liang pori. Begitu juga tea tree oil yang mempunyai khasiat sama.

Selain itu, pencuci muka untuk kulit berminyak ini boleh membuang lebihan sebum dan mengawal kulit berminyak. Sebagai testimoni, bila saya guna pencuci muka ini sebelum tidur, keesokan harinyanya  bila bangun dari tidur, kulit tidak rasa berminyak. Dan bila guna waktu pagi pula, kulit akan rasa segar sepanjang hari!

Tekstur bubble yang lembut dan halus membuatkan ia menjadi pencuci muka terbaik yang feeling good on skin dan tidak membuatkn muka jadi berminyak. Saya sangat mengesyorkan kepada anda kerana pencuci muka ini adalah pencuci muka untuk kulit berminyak yang bagus!




Soft Watery Bubble Cleanser


Tekstur pencuci muka water based ini yang berupa buih-buih air yang lembut membantu untuk membersihkan liang pori dengan mendalam sekaligus melembapkan kulit. Cukup dengan satu pam pencuci muk aaloe vera ini, ia mampu membersihkan wajah dengan sempurna. Buih-buih halus yang terhasil boleh deep cleansing dan membersihkan pori-pori secara mendalam.

Buih-buih yang terhasil juga mampu menyerap kotoran dengan lebih cepat menjadikan kulit lebih bersih dan pori-pori tidak tersumbat. Bila kita apply light make up pada wajah, dengan mudah pencuci muka aloe vera ini akan menanggalkan segala kotoran. Barulah tidak akan ada jerawat yang timbul bila pori-pori dah bersih, kan!


Kelebihan tentang pencuci muka terbaik ni?

Dalam mencari pencuci muka yang sesuai untuk kulit, pastinya kita mahukan produk yang selamat dan bebas bahan berbahaya, kan? Selain tidak mengandungi bahan berbahaya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser juga bebas paraben, tanpa alkohol dan tidak mengandungi sulfat.

Meletakkan Aloe Vera dan Tea Tree Oil sebagai bahan utama, di mana Aloe vera bertindak sebagai anti inflammation & anti fungus yang memberikan soothing effect pada kulit dan tidak menrengsakan. Manakala Tea Tree Oi pula mampu mengurangkan infection yang membuatkan jerawat mengecut sekaligus menjadikan kulit lebih sihat.

Pencuci muka untuk kulit berminyak ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk mereka yang kulit berminyak malahan untuk mereka yang memiliki kulit kombinasi juga. Water based cleanser ini tidak merengsakan kulit sebaliknya sangat lembut pada wajah. Cukup dengan mencuci muka dua kali sehari akan membantu anda mendapat kulit yang sihat dan bebas cela.

Jangan gusar untuk dapatkan Aloe AC Clean Bubble Cleanser di pasaran kerana ia merupakan basic skincare yang terbaik untuk kulit sensitif dan berminyak.




Cara penjagaan muka untuk kulit berminyak

Selepas kita dapatkan pencuci muka yang terbaik ini, cara penggunaan juga memainkan peranan penting. Jadi, berapa kali kita mencuci muka sehari? Kalau tanya pada saya, selalunya saya akan cuci muka dengan pencuci muka sebanyak 2 kali sehari. Jika saya menggunakan make up pada hari-hari tertentu, I make it to three times a day.

Jadi, untuk kulit berminyak, seeloknya cuci muka dua kali sehari - pagi dan malam.

Waktu bangun tidur biasanya kulit akan rasa berminyak, jadi dengan mencuci muka dapat membuang lebihan sebum pada kulit wajah dan seterusnya membuatkan kulit berasa segar sepanjang hari. Diikuti dengan pemakaian pelembab wajah yang bantu untuk mengawal kulit berminyak.

Rutin cucian pada waktu malam pula agar dapat membersihkan segala kekotoran dan minyak berlebihan di muka kerana kulit terdedah pada udara luar sepanjang hari dan diikuti pula dengan skincare routine harian.



 

Feedback selepas menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature

Selepas sebulan menggunakan pencuci muka terbaik, Aloe AC Clean Bubble Cleanser - kulit saya terasa semakin sihat, kurang berminyak dan nampak lebih segar.

Kulit kurang berminyak lebih bangun tidur kerana pada malam harinya saya sudah mencuci muka dengan pencuci muka aloe vera ini. Bila guna waktu pagi pula, rasa fresh je kulit muka ni. Automatik akan rasa kulit makin sihat, kan!

Nak guna pun mudah je sebab hanya perlu tekan dan sapu je terus ke muka. Guna pun tak banyak, cukup dengan 1 kali pam. Memang best la kan pencuci muka terbaik ni!




Untuk mendapatkan maklumat yang lebih details, anda juga boleh layari mana-mana sosial media mereka seperti link di bawah!


Brand : Hansaegee Nature 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia