HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, January 9, 2024

Kitsui Bellos Fiber Untuk Kelegaan Perut Anda

 Assalamualaikum & Hai semua.

Masa cuti-cuti ni memang terlajak makan je. Pergi sini, makan, pergi sana, makan lagi.

Nak ditolak kang, orang yang belanja. Hihihi. Kita sauk je la.

Pastu yang merana, perut sendiri. Dah jadi hal kena sembelit pula. Kadang-kadang sampai rasa nak menangis sambil memerut dalam tandas. Punya la seksa!

  

Kita pun apa lagi, menggelupur la cari penyelesaian. Tiba-tiba terjumpa pula Kitsui Bellos Fiber ni. Katanya dapat membantu masalah sembelit dan terbukti berkesan seawal 3 hari.

Kita pun apa lagi, kasi try la. Try punya try, jadi pulaaa. Tak menyesal, wak!

 


Apa lagi yang Kitsui Bellos Fiber ni boleh buat?

• Menyingkirkan  toksin yang berkumpul di dalam usus melalui proses pembuangan

• Melancarkan sistem penghadaman

• Melegakan kembung perut

• Membantu dalam proses detoksifikasi



Apa kandungan dalam Kitsui Bellos Fiber ni?

Dengan gabungan 9 jenis buah-buahan yang diperkaya dengan vitamin & mineral, KITSUI BELLOS FIBER ni memang best kalau consume.

• Nenas : tinggi fiber dan nutrisi membantu penyerapan nutrien dengan optimum

• Epal : mengandungi pectin yang mampu menyingkirkan toksik dan membersihkan usus.

• Kiwi : tinggi antioksidan dan vitamin C yang ideal untuk menurunkan berat badan dan bagus untuk detoks.

• Markisa : kaya dengan fiber yang membantu proses pencernaan dan mengelakkan sembelit.

• Lemon : tinggi vitamin C yang membantu mengelakkan dehidrasi.

• Pear : sumber serat yang hebat termasuk vitamin C, vitamin K dan kalium yang menghasilkan kebaikan untuk usus dan mencegah sembelit.

• Bayam : membantu mengawal kalori dalam badan.

• Timun : membuang toksin dan mengekalkan kulit yang sihat.

• Saderi : mempunyai sifat antimikrob yang membantu  meningkatkan sistem imun.

 


Apa penyebab masalah sembelit?

Ramai antara kita yang mengalami sembelit kerana kurang makan sayur- sayuran dan buah buahan. Jadi serat-serat yang bernutrisi tiada dalam badan.

Selain dari itu, sembelit adalah hasil dari pemakanan yang tidak seimbang. Main bedal je makan pun susah juga perut di kemudian hari.

Kesan dari stress dan tekanan harian pun menjadi salah satu punca masalah sembelit ni ye. Tak bagus untuk badan terutamanya perut kita.

              



Produk di bawah brand Kitsui sangat menjaga kualiti dan mencapai standard seperti ISO, HACCP dan GMP. Jadi, sebagai pengguna, tidak perlu ragu dengan status Kitsui Bellos Fiber ini.

Selain dari kualiti, produk Kitsui juga menggunakan bahan-bahan plant-based di mana ianya selamat dikonsumi dan sesuai untuk individu yang berdiet ataupun vegan.

Jenama ini juga telah disahkan Halal, tidak akan timbul rasa ragu-ragu di kalangan pengguna Muslim.


    

Kitsui juga telah menerima pelbagai penghargaan dan awards atas kecemerlangan kualiti produk yang dihasilkan di antaranya Brand Laureate, Halal Asia Award, Watson Top Brand dan Superhealth Brand. Penghargaan ini juga menunjukkan kepercayaan dan sokongan yang diraih dari pelanggan terhadap produk jenama Kitsui.


Selain Belloss Fiber, Kitsui juga mengeluarkan produk lain seperti Kitsui Collagen White 6000mg + L-Glutamine dan juga Kitsui Meal Replacement Program (KMRP) yang Murni pernah review sebelum ini.

  

 

Pengalaman sendiri

Sebagai seorang yang memang selalu menghadap masalah sembelit ni, sampai kadang-kadang dah tak tahu macam mana nak buat, buntu memikirkan jalan penyelesaian. Lepas cuba Kitsui Bellos Fiber ni, dah tak ragu lagi untuk consume sebab dalam satu sachet tu lengkap semua nutrien yang diperlukan. Tak payah susah payah nak cari dan makan buah & sayur satu demi satu.

Tambahan pula, produk ini sudah ada ribuan testimoni yang telah berjaya dikumpul & dipercayai oleh pasaran selama 20 tahun.





Maka, takkan korang nak biarkan masalah sembelit ni menghantui hidup korang. KITSUI Bellos Fiber boleh didapati di outlet Watson’s , Guardian dan di Shopee juga. Go and grab it now!

Selamat mencuba!