Bila buat carian tentang Wireless Earphone ni, memang dah banyak jenis yang masuk bakul Shopee. Tapi seru belum sampai untuk bayar sebab rasa tak jumpa lagi yang betul-betul berbaloi. Sehinggalah saya jumpa satu jenama ni yang ramai rakan bloggers pakai.
Sebelum nak beli, kena tahu apa kepentingan dan kegunaan wireless earphone ni dalam hidup kita. Macam saya, suka tengok Kdrama sambil layan anak-anak. Kalau pakai jenis yang berwayar tu, alamatnya memang asyik kena tarik je la dengan si comel kat rumah ni.
Saya juga suka dengar podcast sambil buat kerja. Jadinya, memang sesuai la wireless earphone ni untuk saya. Tambah pula takde la drama tudung sememeh dek kerana nak adjust earphone, kan?
Sejak dah berjodoh dengan Sudio Nio ni kan, rasanya macam taknak lekang pula. Mudah betul kerja dibuatnya. Korang pun mesti nak tahu apa yang best sangat tu, kan?
Ada 4 saiz pilihan wing tip untuk keselesaan telinga anda
Teknologi Dwi Mikrofon
Jangka Hayat Bateri Bertahan Sehingga 20 Jam
Kawalan Panel Sentuh dan Pemadanan Bluetooth Secara Otomatik
4 Pilihan Warna Yang Menarik
Bagi memenuhi citarasa pelanggan yang pelbagai ni, Sudio Nio dihadirkan dengan warna Hitam, Putih, Sand dan Hijau. Pilihan warna ini sesuai untuk semua lapisan umur juga.
Bagi anda yang sedang mencari wireless earphones, jom saya share promo code yang korang boleh guna untuk dapatkan diskaun 15%.
PROMO CODE : SHEAYANG
Penghantaran adalah percuma dan warranty selama 3 tahun dengan Sudio Sphere. Boleh dapatkan Sudio Nio idaman anda di https://www.sudio.com/my
Daaaa~~~
xoxo,
sheayang