HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, June 18, 2019

Imanina Maisarah; 1 Syaaban's Baby


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Seperti yang anda maklum, saya dah selamat melahirkan bayi yang ke-3 pada 7 April 2019 selepas azan Subuh. Dan kebetulan jatuh pada 1 Syaaban 1440.

Dua minggu sebelum kelahiran, aku memang dah mula rasa tak sedap hati. Nak keluar rumah pun takut, nak pergi attend wedding invitation pun rasa seram. Sabtu Ahad je baby buat onar. Dia bagi false alarm.

6 April, birthday Angah aku. Ada la juga niat nak baby keluar tarikh sama dengan Makngah dia tapi lewat sehari pula. Siang tu aku buat kerja-kerja macam biasa tapi macam extra rajin pula sebab aku kemas balik beg hospital yang aku dah packing dua minggu sebelumnya.

Macam tau-tau je kan.

Benda jadi makin tak keruan bila malam tiba. Mula Maghrib tu aku dah rasa lain sebenarnya tapi chill lagi la. Bila nak tidur, rasa tak kena je. Aku start landing pukul 11 malam. Pukul 11.30 malam makin resah gelisah dan aku bangun buat milo dan makan roti. *the instinct of mom*

Aku duduk je kat dining hall tu sambil layan contraction. Mana la tau kot-kot Braxton Hicks pula ke kan. Suami masa tu dah landing dah.

Dalam pukul 12.15 tengah malam, aku ke toilet nak buang air kecil. Bila nak flush je, nampak ada darah kat toilet bowl. Haaa, sudah. Terus kejut suami la. Suami pula call parents dia sebab nak tinggalkan Maryam & Mizwar. Takkan nak bawa diorang pergi beranak sekali pula kan. :P

Dah settle part budak-budak, suami pun apa lagi, pecut pergi Hospital Melaka. Tengah malam, jalan tak sesak sangat, tapi suami aku tetap tak boleh chill bawa kereta. Dah macam naik ambulans dah rasa.

Betul la orang cakap, lelaki ni ada 3 benda yang buat dia ketaq.

1) Masa Berkhatan
2) Masa Akad Nikad
3) Masa Isteri Nak Bersalin

Cuba la tanya suami masing-masing ye.

Dah sampai hospital, terus ke Kecemasan tapi mereka minta pergi ke Labour Room terus, maka exercise la kita di malam hari. Lalu pula Hospimart, tapi tutup. Lupakanlah hasrat nak beli kudap-kudap sementara menunngu nak bersalin tu nanti. Nasib la sempat makan roti cicah air milo tadi, kan.

Sesampai ke Labour Room, terus register dan tukar baju. Bukaan masa tu baru 3cm. Nak rehat pun masa tu dah mula rasa tak selesa. Kontraksi makin menjadi-jadi. Dalam pukul 3 pagi, aku memang dah tak boleh tahan sakit tu. Pening doktor tengok aku ke hulu ke hilir, terus dia check lagi bukaan. 

4cm.

Terus dia suruh standby Bilik Bersalin. Dalam 30 minit juga la baru ditolak ke Bilik Bersalin. Suasana memang tenang la. Tapi perut rasa bergelodak kot. Dalam pukul 5 pagi dah mula shivering, peluh jantan betina dah mula keluar, bibir pucat, muka pun dah tukar warna. Tapi air ketuban belum pecah lagi.

Serius rasa nak teran. 

Aku siap gegar-gegar pagar katil tu kot-kot ada staff yang meninjau keadaan aku. Bila ada yang meninjau, aku cakap la aku dah tak tahan. Dia tanya 'air ketuban dah pecah ke belum?'

Jawabku 'belum' dan dia pun berlalu pergi.

First time aku dengar air ketuban pecah dan rasa kehangatan air tu mengalir membasahi tilam. Seriau dah maiiii... Aku gegar lagi pagar katil dan bila staff tinjau je aku bagitau air ketuban dah pecah. Tapi dia masih cool. Masa ni memang kau rasa nak lari laju-laju dan tumbuk muka dia. Hahahaha.

Dia datang kembali dan pakai sarung tangan getah sambil berkata 'saya nak check bukaan ye'.

Check la check la. Dah tak tahan sangat ni, kataku dalam hati.

Baru 6cm. Baru 6cm?

Awak dah ready nak push ke? Iya. Dah tak tahan. Tunggu sekejap (sambil prepare barang-barang dan panggil pasukan sorak).

Aku dah tak larat nak tunggu, terus push je. Dan hasilnya, koyakan yang teruk. Padan muka kat diri sendiri. Tapi Alhamdulillah, syukur baby selamat keluar dan sihat. Memang pertarungan tu makan masa dari yang sebelum ni tapi aku taknak la compare. :P

Baby dah keluar, baru suami sempat masuk. Terus ambil wudhu' dan iqamatkan baby.

Punya la masing-masing terkejut sebab kami expect baby boy, tapi yang keluar baby girl. Terus gelabah cari nama baby girl.

Dan kami namakannya Imanina MaisarahIman kamiKetenangan.


xoxo,
sheayang

Monday, June 10, 2019

Alhamdulillah, Selamat Semuanya.

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Selamat Hari Raya Adilfitri, Maaf Zahir & Batin. 

Raya kan sebulan. Tak pernah lewat untuk sesuatu ucapan itu dilafazkan. Sempena bulan mulia ini, aku memohon maaf jika ada hati yang tersakiti dek kata-kataku dan perbuatanku. Manusia memang tak pernah lari dari kesilapan, dan kesilapan yang sama janganlah diulang kembali. Nanti jadi kisah si pengembala biri-biri dengan sang serigala pula.


Alhamdulillah, syukur juga ke hadrat Ilahi kerana memudahkan urusan bersalin pada 7 April 2019 yang lepas. Cerita ni aku share dalam next entry nanti, inshaAllah. Semoga diberi kerajinan yang melebih-lebih.

Alhamdulillah juga kerana aku mula bekerja semula hari ini selepas bercuti pantang & raya, 2-in-1 aku bedal. Syukur masih ada kerja weh. Hihihi.

Hari pertama mula bekerja hari ni agak huru-hara sikit. Maklumlah, dah bertambah lagi seorang ahli. Kakak Maryam patutnya cuti lagi hari ni, tapi disebabkan ibu dia terlebih excited nak pergi office, dia pun kena siap pergi sekolah.

Pergi sekolah hantar anak, sekolah tutuppppp... Padan muka aku!

Rasa macam duduk dalam gua pulak sebab tak tahu perkembangan semasa. Padahal, sebelum cuti, cikgu dah bagi surat dah, KPM pun dah announce. Haihhh...

Lepas hantar Kakak Maryam, Abang Mizwar & Adik Maisarah, shoot pergi kerja. Nak scan card, sekali access card tertinggal. Adududuuuuu....

Ibu rasa urat Ibu ni dah maksimum tahap putusnya. Mohon tak ada yang minta untuk putuskan lagi. Cukuplah engkorang 3 ketul adik beradik setakat ini, inshaAllah. Tapi kalau ada, siapa Ibu nak menolak rezeki Allah. Cuma bagi Ibu masa sikit la nak adapt dengan suasana baru ni. Kismis pun Ibu kena telan extra sikit.

Cukuplah mengarut takat ni hari ni. Sambung lagi entah bila pula.

xoxo,
sheayang