HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, October 30, 2017

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Fuh fuh. Kasi hembus-hembus sikit nak menang giveaway ni. Hahaha.

Belum apa-apa lagi dah poyo, kan. Eh, rasanya belum pernah join giveaway sepanjang mengendalikan blog ni. Ke ada? Ke lupa?

http://www.siqahiqa.com/2017/10/october-book-giveaway-by-blog-siqahiqa.html

Blog siqah ni memang antara favourite blog and the writer herself inspires me to write & read more and more. Tiap kali buka Instagram je wajib tengok instastory dia sebab selalunya dia akan update kat sana. And she is really good person. Kadang-kadang ada je benda yang aku tak faham pasal blogging, templates, books etc., aku tanya dia je. Ibarat google bergerak la juga dia ni. Orang selalu baca buku memang la banyak ilmunya. Aku senang banget sih ada sahabat seperti dia.

Eh, ni nak bodek ke acaner ni? Muahahaha.

Tapi serius, Siqah memang baik.

Berbalik kepada tajuk, giveaway ni dia offer 2 books & mystery gift uolls. Terus teruja, kan. Buku pun buku calang-calang authornya. Yasmin Mogahed tau! Lagi satu buku tu pula tajuk dia memang interesting sebab it teaches you 'How to be interesting'. Haaa... Kisahnya dah lama tak beli buku. Kalau dapat buku ni, Alhamdulillah memang rezeki la. Dapat la saya merealisasikan impian nak ada home library. Gittew.

Ada lagi lebih kurang 2 minggu untuk giveaway ni berakhir iaitu pada 12/11/2017. Pada yang masih belum mencuba, please give a try. Tak rugi pun, seronok kot. Klik je banner tu dan anda akan berada di alam blog siqah. Muahahaha.

Okay. Settle dah nak mengarut apa pun tak tau.

1. Follow Blog Siqah - DONE!
2. Follow Facebook Page Siqah - DONE!
3. Follow Instagram @haqisfila - DONE!
4. Komen pada mana-mana entri - DONE!
5. Copy banner & buat satu entri seperti tajuk di atas - TUNGGU NAK PUBLISH JE NI.
6. Publish entri & tinggalkan link - BAIKLAH.

Okay. Siqah dah halau. Marilah kamu join giveaway ini. Semoga berjaya pada semua.

XOXO,
sheayang

Thursday, October 12, 2017

Fasa Kemurungan Dah Tamat

Bismillah.

Assalamualaikum & Hi everyone!

Awkwardnya rasa after so long tak menaip entry di sini. Rasa macam baru belajar menaip dalam kelas komputer lepas habis SPM dulu. Miahahaha.

Eh, dah boleh gelak riang suka hati nampak. Sesuai la dengan tajuk, kot. Satu fasa yang aku tak suka nak hadap walaupun tak ada pun aku pergi jumpa doktor psikiatri untuk tentukan tahap kemurungan ni. Cuma, ye la, when we feel unhappy, we commonly address it as deppression. Entah apa masalah yang besar sangat yang nak deppress bagai entah. Mengalahkan Pak Jib yang perlu mengelola negara pula.

Memandangkan mood aku dah berada dalam keadaan baik, nak recall la sikit fasa-fasa yang tak best untuk diingat tu. Walaupun tak best, tapi tetap nak tulis juga. Peduliiiiii!

1. Blogging Slump
Mula-mula aku tak tahu menatang apa blogging slump ni sehinggalah aku tengok blogger Siqah guna term tu. Baru la macam 'Oooo. Aku kena tabah hadapi fasa ini.' Gittew. Sebulan lebih tu bukan la lama sangat tapi aku dok baca-baca blog orang lain yang update 3-4 jam sekali, jealous juga. Tapi namanya nak update blog sendiri, tetap nan hado. Sedih!

2. Keguguran Rambut
Bangun tidur je, penuh segumpal rambut kat tangan. Hari-hari macam tu memang jatuh hukum wajib stress. Kadang-kadang sampai takut nak basuh dan shampoo rambut sebab rasa macam lagi banyak je gugur. Mizwar pun dah pandai main air liur (entah apa kena mengena entah). Kesudahannya, aku nekad untuk potong rambut jadi pendek. Alhamdulillah, lega sikit sebab dah pendek satu hal. Rasa macam kurang sikit la gumpalan rambut tu. Syukur! Tapi ada aku baca kat mana entah yang gugur rambut tu bagus sebab apa entah. Nanti aku cari balik artikel tu.

3. Ekzema Teroxx
Acah-acah hipster pula kan. Ekzema teruk, sebenarnya. Dah tua-tua kena ekzema, dia punya perasaan tu ada lain macam sikit la. Miahahaha. Mula-mula macam tak dapat terima hakikat, rasa macam kena penyakit teruk sangat sampai kena operation gittew padahal ekzema je. Tapi tahukah anda perasaan orang yang menghadapinya? Haaaa. Tak tau, kan? Ekzema ni aku kena buat entry lain, inshaAllah sebab rasa macam banyak je nak share. MACAM je weh. Lepas tu rasa MACAM RAJIN je! :p

4. Sawan Tangis / Gangguan Makhluk Halus
Eh, bukan aku tapi Mizwar. Tidur malam aku memang tak lena la sejak dia mula buat hal. A few days before he reached 4 months, dia start melalak tanpa sebab. Penat cari punca. Mengantuk ke kembung perut ke ada sakit kat mana-mana ke. Baby, kan. Dia tau nangis je la, kita pula dok teka apa yang tak kena dengan dia. Ada juga pergi berubat ke beberapa tempat dan Alhamdulillah now he's a happy baby. Punca masih tak dapat dikesan. Aku syak ada kaitan dengan kediaman baru kami tu tapi wallahu'alam.

5. Banyak akal
Kakak Maryam sekarang banyak akal yang aku kena hadap. Penat weh. Siang kerja, balik jaga anak, malam sah-sah tidur-tidur ayam kalau adik Mizwar buat hal. Akal yang dibuat tu semua nak sama macam adik. Adik minum susu kat pangku, dia pun sama. Adik baring pakai baju, dia pun nak. Lepas tu makan nak bersuap. Nak orang tatap je muka dia. Ya ampun. Bila buat tak reti, lagi la dia tantrum bagai. Sakit jiwa. Tapi itu la, amanah Allah, kan. Marah-marah pun nanti pujuk balik. Hihihi.

Alhamdulillah, aku okay sekarang walaupun belum dapat my beauty sleep balik (memang takkan dapat kot). Doakan aku terus kuat untuk hari-hari mendatang demi keluarga kecilku ini dan demi korang yang suka baca rapuan aku. Miahahaha. Setakat ini je la coretan ku kali ini.

Apa yang membuatkan anda rasa murung sekarang?

XOXO,
sheayang