HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, October 22, 2015

Tips Mengurangkan Gejala Gedik Anak Perempuan

Bismillah.

Ini perkongsian dari FB untuk kita sama-sama kongsi dan renungkan. I am a mother to a daughter and of course I am worried much dengan gejala gedik ni. Next entry kalau berkesempatan, saya akan kupas sikit isu ni. Untuk kali ni, kita baca je.

GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.

Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.

Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.


PERANAN BAPA
Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.

Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.

Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.

Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.


LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL
Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.

Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.

Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.

Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.

Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.


KESIMPULAN
Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.

Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.

Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.

Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.

Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus belajar.

Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.

Kredit untuk Kudap Parenting, WARGA PRIHATIN

XOXO,
sheayang

Thursday, October 15, 2015

Susukanlah Mereka

 
 Bismillah.

Pada suatu malam yang hening, seorang suami telah menghantar screenshot melalui WhatsApp berbunyi seperti di bawah:-
 

  

Sesungguhnya sangat terkesan pada aku yang telah bergelar ibu ni. Ya, Maryam masih menyusu badan. Masa aku mula-mula start kerja dulu, payah juga mak mertua nak bagi dia susu botol. Memang reject habis. Susu badan yang aku perah pun dia taknak minum. Nak direct feed juga. Last-last bagi minum susu pakai cawan. Settled!

Standard la ibu-ibu suka menyakat anak dia. Aku pun suka sakat Maryam. Time dia terkedek-kedek nak mengopek, aku buat muka tak tau sampai dia menangis. Hati mak mana tak sayu weh. Tapi comel kan tengok baby menangis. Nak-nak pula yang saja mengada buat-buat menangis. Memang cubit la makan dia. Hahaha.

Satu perkara yang aku tak faham, tu la, yang kat atas tu. Jenis mak yang taknak susukan anak sebab nak jaga badan. Takat mana kau nak jaga badan? Esok dah tua, kerepot juga. Kesian!

So far, aku ada kenal seorang ni yang memang tak susukan anak dia. Sekarang anak dah 5. Tak pasti la yang the last two dia bagi ke tak. Yang first to third memang tak bagi. Alasan dia? Macam tu la. Takpe la, orang senang. Beli je la susu, bukan susah pun. Harapnya dia dah insaf sekarang. Mana la tau muncul yang ke-6, susukanlah.

Alhamdulillah, aku dapat suami dan mak-mak yang memahami. Tetap sokong aku teruskan breastfeeding. Harap sampai Maryam 2 tahun. Walaupun aku tau mungkin dia takkan kenyang sangat, tapi the bonding is there. InshaAllah. 

Okay, till then. Nanti kita merapu lagi ye.

XOXO,
sheayang

Wajah baru, Hobi baru dan Hari Sukan Negara


Bismillah.

Alhamdulillah. Akhirnya, blog saya berwajah baru. Wink wink. Big smile sangat. Sangat berpuas hati dengan hasil kerja adik Huda. Walaupun simple (as per requested), amatlah menggembirakan hati saya yang buta coding ni.

Last mengcoding ni zaman MySpace dulu. Perghh... Memang terror la time tu. Rasa hari-hari nak tukar background dan template. Kih kih kih. Maklumlah masing-masing bersaing nak tengok siapa punya paling up-to-date.

Diharap dengan adanya wajah baru ni, akan lebih banyak entry-entry yang akan menyusul. 

Nak cerita panjang pun tak mampu. Ni pun curi-curi masa rehat. Nasib Maryam dah tidur. Aman sikit nak menaip. Hihihi.

Baru sebut je, dia bangun dah. Alahai anak. Tidur lena dulu batu Ibu dapat sambung. Taip malam, siang baru post. Who cares?

Hurm. Aku baru je nak start berjinak-jinak dengan hobi baru. Sebagai langkah pertama, aku beli barang. Of course yang murah dulu. Later dah ada bajet lebih baru kasi angkat yang power punya. 

Siapa kata hobi tak perlukan modal? Masuk toilet pun kena 30 sen. Kecualilah toilet rumah kau.

Nak cari modal, kena la kerja. Hujung bulan dapat gaji baru boleh spend. Kalau student pula, tunggu elaun PaMa la. Tapi tak boleh nak underestimate bebudak sekarang. Bukan apa, aku tengok kekecik dah gigih meniaga. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati setiap sen yang adik-adik tu dapat. Sumpah akak jeles! Akak kekecik dulu pandai main galah panjang je. Hihihi.

Berbalik cerita hobi tadi, modal dia tak besar. Tapi memandangkan aku ni agak particular sikit, semua harus ada pada masa yang tepat. Takpe, benda kecik. Nak hold pun, takde hal la. Washi tape tu aku beli 1 meter setiap 1 design. Cantik, kan? Alhamdulillah, murah sis tu jual. Tu je aku mampu beli dulu. Hari tu pergi Daiso dan Mr DIY berhajat nak cari planner. Namun tiada yang memikat hati. Kita hold la dulu. 


10102015 Hari Sukan Negara. Jam 7 dah terpacak kat meja pendaftaran. Patutnya pukul 6.45 pagi dah kena ada. Maklumlah kaum ibu ni banyak benda yang harus diselesaikan pepagi. Bertindak sebagai AJK Pendaftaran taklah merumitkan memandangkan kat table tu je ada dalam 7-10 orang yang jaga. Terkial juga la cari space untuk menyelit. Hihihi.


Dah nama pun AJK Pendafraran makanya segala aktiviti tak dapat nak join. Betul-betul bersukan pun cuma aerobik. Itupun sikit-sikit tengok takde orang nak daftar baru buat. Ada acara Walkathon 5km memang tidak ku larat. Silap-silap boleh pitam macam 15 tahun lepas. Pengajaran tu weh. Kalau rasa tak confident, tak payah teruskan. Jangan nak acah-acah cabar diri sebab nak tunjuk kat orang. Nanti diri sendiri yang malu. Eh, terlebih sudah.

Ha, tu je la nak kongsi. Lain kali kita merapu lagi.

XOXO,
sheayang

Wednesday, October 7, 2015

Kerja Orang

Bismillah.

Entah kenapa lately asyik rasa nak marah je. Entry plak asyik cerita pasal kemarahan je. Teruk sangat anger management awak ni.

Dalam pekerjaan, mendapat arahan dari orang lain untuk kita selesaikan sesuatu tugas tu adalah sangat annoying. Means, arahan yang bukan dari boss kau, tapi kau kena buat juga sebab nanti orang tu akan report ke boss kau. Padahal, kerja tu bukan kerja kau pun, maybe

Dah la buat kerja entah apa-apa, siap main ugut pula tu. Kau rasa? Huhuhu

Kadang-kadang bukan rasa nak merungut sangat pun, tapi lebih kepada rasa mahu dihargai. Orang keliling bukan nampak apa yang kita buat, kecuali kalau buat benda tak baik. Cepat je diorang tangkap. Amar maaruf nahi mungkar katanya. Cuba bila kita buat kerja yang menyenangkan orang lain. Kau rasa?

Semalam hari yang sangat lebih. Patutnya kalau ke luar dari office, rasa seronok. Tapi disebabkan tugas orang lain ni, kita jadi bengang. Huhuhu. Dah la kerja pending kat office tak dapat nak settle, kena pula menunggu bulan jatuh ke riba kat luar, siang-siang hari pula tu. Kikiki. Merapu sudah.

Dah, lega dah lepas kat blog. Ayuh, cari semangat baru untuk kembali bekerja.

Oppsss, kejap lagi kena keluar untuk buat tugas sendiri. Yeeehaaa...

XOXO,
sheayang