Saturday, March 15, 2014
#43 : Doa kita
Bismillah,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Kami, seluruh warga dunia
Memohon kepadaMu
Agar Kau temukan
Pesawat MH370
Kau tunjukkanlah di mana mereka
Kerana kami merasa
Kesakitan
Keperitan
Kesedihan
Kerana Kau yang Maha Esa
Kami memohon
Pertolongan
Perlindungan
Semoga doa kami dimakbulkan
Amin Ya Rabb.
#DoaUntukMH370
#PrayForMH370
#MH370
Salam,
sheAYANG
Saturday, March 1, 2014
#42 : Kehilangan
Bismillah.
Kesayuan adalah nikmat dari Allah untuk hambaNya.
Redha adalah kasih sayang Allah untuk makhluk ciptaanNya.
Kelahiran adalah hadiah atas kematian sebelumnya.
Tapi,
Tak semua orang rasa kesayuan itu adalah nikmat, cuma sesuatu yang pedih untuk diterima.
Tak semua orang tau yang redha Allah itu hadiah, kerana yang ada cuma ketidaksabaran.
Tak semua orang rasa kematian itu harus berlaku demi melahirkan generasi baru.
Sayu aku rasa bila kau tak ada.
Tapi macamana sukar pun aku kena redha.
Kerana bakal diganti dengan kelahiran lain.
Maznita binti Maznah,
perempuan yang tak pernah lekang dari senyum manis,
wanita yang baru ingin mengecap rasa bahgia dalam rumahtangga,
sepupu yang tidak banyak karenahnya,
semoga kau aman di alam sana.
Hanya doa mampu kami titipkan.
Hanya air mata yang mengiringi pemergianmu.
Tapi kami harus kuat, sebagaimana kau kuat melawan penyakitmu.
Al-Fatihah.
Buat Maznita binti Mazlan.
1988-2014
Salam,
sheAYANG