HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, February 29, 2016

Happy Leap Day

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Hai hai hai...

Hari ni 29 Februari 2016. Ye, semua orang ingat, kan?

29 Feb babies mesti rasa teruja tunggu hari yang datang 4 tahun sekali ni. So, enjoyyyy...

Happy birthday and stay young. Hehehe.

XOXO,
sheayang

Friday, February 26, 2016

Cinta Teruna Kimchi

Bismillah.

Tajuk tu jangan la gelak. I know, I know. Muka nampak ganas tapi hati tetap bunga-bunga. Ganas ke? Hahaha.

Semalam last episode. Aku follow la cerita tu. Tapi kadang-kadang terlepas dengan sebab. Contohnya hari Jumaat terpaksa akur pilihan suami nak tengok Gerak Khas (walaupun siaran ulangan). :p

Tak ada nak komen pun cuma aku teruja la masa cerita tu start. I never like Nazim Othman before, honestly. Tapi aku respect and salute dia dalam drama tu. Well converse in Korea and Bahasa Indonesia with Korea slanga.

Sumber : Google

Walaupun muka dia tak berapa nak Korea but who cares? As long as he did his job well, aku suka. Saya bagi 5 HA. HaHaHaHaHa.

Suka Nazim Othman. Tapi sayang kat suami nan seorang je. :p

Okay la. Nak bagitau tu je. Kikiki. Salam Jumaat.

XOXO,
sheayang

Tuesday, February 23, 2016

Pedoman Cerita Si Anak Perempuan & Si Ayah

Bismillah.

Lewat malam.
Seorang ayah menanti anak gadis kesayangannya dengan penuh kerisauan... Di ruang tamu. Seketika, kelihatan kereta masuk ke porch. Baru balik. Entah dari mana.
"Kamu, duduk dulu. Ayah nak cakap sikit." Anak gadisnya duduk malas-malas. "Kamu dari mana?" Anaknya menjawab malas. Tahu ayahnya nak membebel.

"Keluar. Dengan kawan."

Ayahnya bertanya lagi. "Kawan lelaki atau perempuan? Jujur."

Ah. Habis.
"Lelaki."

Ayahnya mendengus. Mungkin sesal. Mungkin kecewa.

"Ayah tak izinkan lagi kamu keluar malam. Tak kira, dengan kawan lelaki atau perempuan. Ini bukan kali pertama ayah perhatikan. Sudah banyak kali."
Anak gadisnya membentak.
"Tapi, bukan buat apa-apa pun. Takkan nak keluar makan-makan, pergi shopping, tengok wayang pun tak boleh?"
Ayahnya cuba bertenang. "Boleh. Tapi bukan dengan kawan lelaki. Tapi dengan suami yang sah kamu nikahi. Bagaimana kamu boleh kata tak buat apa-apa, sedangkan pakaian kamu mengatakan ada apa-apa? Lihatlah pada baju sendat yang kamu pakai, legging yang kamu pakai. Walaupun kamu bertudung, adakah itu tidak menjadikan mata lelaki itu tak terjejas apa-apa? Adakah kemaluan lelaki itu tidak respon apa-apa? Adakah nafsu lelaki itu tidak berkecamuk jadinya?"
Anak gadisnya menggelengkan kepala.
"Ayah, sumpah tak buat apa-apa. Dia lelaki baik. Dah lama kenal hati budi."
Ayahnya mencantas kata. "Lelaki yang baik tak akan bawa keluar anak dara orang malam-malam. Cuba kamu fikir dengan logik akal. Sekiranya dia berani bawa kamu keluar malam begini, apa alasannya mustahil dia tak berani bawa keluar gadis lain di lain masa? Lelaki yang tidak menjaga diri atau maruahnya akan menyebabkan perempuan yang bersamanya tak terjaga sama. Kamu berpakaian untuk dia. Supaya dia suka lihat. Supaya dia rasa bangga dapat keluar dengan kamu. Dan ya, dia selamba memuji kecantikanmu. Kamu mempamer, dia sambut dengan pujian. Macam mana lelaki yang baik akan memuji apabila melihat seorang wanita tidak berpakaian menutup aurat dengan sempurna? Adakah ayah mengajarkan kamu pakai begini dulu? Mengapa bila kamu meningkat dewasa, masuk universiti akhirnya fesyen pemakaian berubah? Degree menjadikan kamu lebih pintar atau menjadikan kamu lebih mungkar? Bukan salah pada degree, tapi salah pada iman sendiri."

Anak gadis merah muka. Diam. Nak menjawab. Tapi kelu.
"Adakah sebab ayah dah tua, ayah tidak berdaya, ayah tidak berkuasa, maka pudarlah rasa kamu untuk jadi anak yang beragama? Hormat luntur ikut usia. Anak ayah yang ayah sayangi..."
Nada suara ayah ada getar sendu.
"Kamu kena ingat. Syurga itu tak sepenuhnya bergantung kepada reda suamimu. 25 tahun misalnya kamu hidup dengan ayah dan ibu, kalau kami tak reda 25 tahun itu, kamu juga susah untuk dijemput ke Syurga. Meski suami reda, tapi kami tak reda, kamu masih di antara Syurga dan Neraka. Sekiranya kamu buat air mata suami menitis kegembiraan kerana baiknya layanan kamu kepadanya, patuhnya kamu, solehahnya kamu untuknya... Tapi kamu buat air mata ayah ibu jatuh tanpa kamu rasa sesal sedikit pun..kamu masih tidak layak untuk Syurga. Buat kami reda. Buat suami reda. Syurgalah bagi kamu."
Anak gadisnya itu menitiskan air mata. Rasa sebak di dada.
"Lelaki itu bukan untukmu. Ayah tidak akan membiarkan anak yang ayah dukung di bahu ayah ketika kecil, tangis tawa, susah senang hinggalah kamu mampu berdiri sendiri, disakiti oleh lelaki yang kurang imannya."
Si gadis bersuara perlahan.
"Tapi, dia selalu ada masa saya memerlukan..."
Ayahnya mencelah,
"Tidak. Selama ini kamu lemah, siapakah yang menguatkan? Ayah ibu. Pada siapa ayah ibu panjatkan doa supaya kamu kuat? Pada Allah.
Allah yang menguatkan dirimu di kala kamu memerlukan, di saat kamu jatuh, di setiap detik kamu layu lemah. Demi Allah, kamu tidak kuat. Kerana Allah, kamu harus kuat. Bukan kerana lelaki yang baru muncul setahun dua."
Air mata anak gadis itu berjuraian jatuh dari pipinya.
"Anakku...ayahmu ini lelaki. Lelaki kenal wajah sebenar lelaki. Lepaskannya pergi, bangkit kembali. Kuat kembali. Allah sentiasa di sisi."
Anak gadisnya itu terus memeluk orang tuanya itu. Sungguh segalanya benar. Sejak mengenali pemuda itu, yang ada hanya kata sayang dan pujian. Hanya kata-kata khayalan dan angan-angan. Tidak menjadikannya lebih baik. Cuma menjadikannya lebih berfantasi dan nak happy. Sedangkan Syurga berlantaikan iman. Hatinya berbisik, "Subhanallah.. aku banyak dosa ya Allah.."

"Demi Allah Aku Tidak Kuat, Kerana Allah Aku Harus Kuat.. ampun kan aku Ya Allah"

😭😭😭

************************

Karya: Penulis Misteri

Biarlah penulis tu terus menjadi misteri dan cerita ini terus disebarkan demi pedoman anak-anak perempuan di luar sana. Kerana ayah kita juga seorang lelaki, maka dia lebih kenal siapa di sebalik 'lelaki' itu.

XOXO,
sheayang
 

Thursday, February 11, 2016

My Little 18 Months Baby

Bismillah.

Maryam reached 18 months equals to 1 year, 6 months on last 4th February. Tragically, she got fever attack. Pity her. 

Sesungguhnya, I felt guilty for bringing the virus to her. My hubby almost kena juga luckily his antibodies still strong, just like him. :)

Eh, macam dah cerita pasal demam tu, kan?

Nevermind, recall supaya ingatan jadi kuat seperti Maryam.

Just to update myself and Maryam (when she grows up and read this) tentang perkembangan semasa dia. 

1) Actively walking and running (kejar ayam+kucing). Kalau pergi mall yang ada tangga, dia akan grab tangan aku and walk together. Kalau jalan-jalan dekat taman pun camtu gak. Rasa secure, maybe?

2) Sudah faham arahan yang simple. Macam aku suruh tanggal baju, dia akan pegang baju dia dan act untuk buka. Arahan kena jelas supaya dia mudah faham. Kalau guna English words, make sure fully English sentence. Sama juga sebaliknya. 

3) Start talking. Mula-mula dia akan babbling je macam lalala. Kena rajin bercakap dengan dia dan ulang perkataan yang sama beberapa kali. Bagi la perkataan yang senang macam 'Sedap', 'Go', 'Sleep'. Perkataan yang kita guna dalam daily activities akan lebih cepat dia absorb.

4) Pantang nampak cermin. Dia mungkin sedar yang diri dia adalah entiti yang berbeza. Dah mula act depan cermin nak sikat rambut la, lambai-lambai tangan la, kenyit-kenyit mata la. Comel!

5) Eat less. Ni bukan perkembangan, ini pengecutan. Tak suka tau! Berat dah turun and of course I'm getting worried (a lot). Doktor suruh monitor je di samping mengenalpasti favourite food dia and get back to her after two months. Kalau turun lagi, jawabnya mak kena pergi kelas buat makanan la diknon oiii.

Banyak je perkembangan-perkembangan kecil yang kita kena telitikan. Parents please beware of your actions. Don't smoke in front of your toddlers, don't do nasty things (deep & broad).


Rindu budak tembam ni. Okay, got to go.

XOXO,
sheayang